Friday, August 19, 2016

Penantian berakhir

Assalamualaikum,

Dear all,
Please be informed that sejak dah nak jadi mak-mak ni blog yang bersawang ni mungkin akan terkena tempias jadi diary seorang ummi pulak lepas ni. Kikiki. So maaf kalau takde cerita melainkan cerita pasal budak kecik conet dalam perut ni.

So, dear sayang ummi,
Let me tell you the story once ummi know that you are exist.

Cerita bermula bila period ummi dah macam terlalu lama tak menjengah. Its been 68 days. So masa tu ummi dah terpikir macam-macam penyakit. Am I healthy? Is it cyst? Is it fibroid? Ahh tuhan je tau macam mana ummi rasa rindu nak period. (over!) Dalam masa yang sama ummi excited sebab mungkin kah ini petanda awak akan muncul?

Lepastu ummi beli Urine Pregnancy Test (which is dah berapa puluh kali nak test dari setiap kali ummi lewat period termasuk yang ini). The result is macam biasa negative. hurrmm. Ummi dah agak dah. Memang ummi tak expect apa-apa pun. Then ummi ajak ayah pergi jumpa doktor untuk check and scan if ada apa-apa penyakit. Sebab masa tu ummi sentiasa dimomokkan dengan segala jenis penyakit moden. Dasar ummi paranoid! -.-

Then jumpa doktor, doktor scan perut ummi. kosong... Ummi rasa happy sebab tak ada penyakit pun dalam perut & rahim ummi. But still, ummi rasa sedih tengok rahim yang kosong tu. kalau lah ada isi time tu kan best. huhuhu, Lepastu, doktor bagi ummi ubat untuk regularkan balik hormon ummi & nak bagi ummi period.

First time ummi makan pil perancang.

Ramai juga yang bangkang kenapa ummi insist nak jugak makan pil perancang padahal ummi nak sangat baby. Takpe la, ummi rasa mungkin bukan tahun ni rezeki ummi untuk dapat baby. Maybe ummi kena take a rest dulu tahun ni. Enjoy every silly moment dengan my dear darling baby beso (ayah).

Tapi, sejak ummi makan ubat tu ummi rasa side effect teramat teruk. I mean, panas, pening kepala, sometimes rasa nak muntah, yang paling teruk ummi rasa sangat sensitif dengan bau. Pernah satu haritu boss assign ummi untuk transfer duit kat IME dan dalam tu terlalu ramai foreign worker, balik dari IME ummi nangis semahu-mahunya. Even officemate ummi pelik kenapa teruk sangat emosi ummi masa tu. Kahkah. Bongok la ummi time tu. Malu kat orang tau.

Semakin lama side effect semakin teruk, selera makan ummi jadi semakin kurang. Langsung tak boleh nak sentuh nasi. Semacam tak boleh terima apa pun makanan. kena pulak time tu time puasa. Haaa, kurus betul ummi puasa tahun ni. Rasa slim ni rasa ringan je badan. Ummi cuba untuk masak sedap-sedap. Sudahnya macam biasa la ayah engko tukang habiskan segala jenis benda. Ummi gigih jugak habiskan cycle pil perancang tu. tapi period ummi langsung tak menjengah. Nak cakcak pun tak nampak bayang. Haih.

So, once dah habis pil tu ummi rasa nak ajak lah ayah cakap kat doktor pil tu tak guna betul. Hasil tak ada, effect dia pulak yang teruk. kurang ajar betul pil tu kan. hahaha. Tapi sebelum pergi jumpa doktor tu ummi beli lagi sekali UPT sebagai syarat memang ummi tak hamil. Tak serik betul ummi ni. And guess what?????

Assalamualaikum sayang ummi!!

Ummi macam tak percaya dengan result tu. Dahla masa tu bangun sahur. Dengan mamai lagi. Ummi gosok mata banyak kali. Lepastu ummi letak tepi dulu. Prepare makanan sahur untuk ayah. Lepastu ummi kejut ayah, ummi sua UPT tu kat ayah. Dan respon ayah time tu buat ummi frust betul. takde perasaan langsung!. Hahaha jahat betul la ayah kan. Tapi ummi tak salahkan ayah sebab ayah mamai time tu. hahahaha.

Sepanjang hari tu berlalu seperti biasa. kahkah. Tapi hati ummi berbunga-bunga plus confuse. Siap tanya maklong dengan makde benda tu ada tak kemungkinan tak hamil, mungkin tak cuma effect pil tu. Maklong dengan makde beriya yakinkan ummi yang ummi hamil. tapi still ummi tak percaya. Satu hari tu juga ummi suruh ayah check betul ke tak masih dua line. ke dah tukar jadi 1 line semula. Tau ayah cakap ape?

''Alamak sayang.. dah tukar jadi tiga line la. Kena report kat ayahanda ni.''

Huwaaaa. Camgitula ayah engko selalu treat ummi. Sengal betul. Sakit jiwa ni ha. hahaha.Officemate ummi pun dok suruh check dan scan mana tau memang rezeki ummi ayah. Jadi, petang tu jugak ummi pujuk ayah jumpa doktor balik. Mana tau kalau bukan hamil, tapi ada penyakit lain pulak kan.

So then bila jumpa doktor, doktor scan perut ummi. Mula memang nampak kosong. Tak nampak apa pun. Doktor tekan-tekan sikit perut ummi. Dan tadaaaaa

Comeinya diaa

Hehehe. Ummi so excited nampak ada budak kecik dalam perut ummi ni. Rupanya dah 8minggu dia dalam tu. Halahaii. Tapi yang peliknya masa mula-mula check UPT negative. saje nak suprisekan ummi dengan doktor la ni ye. Biase die, kecik-kecik lagi dah naughty. hehe. Tapi tula, since doktor pun confuse sebab ummi makan ubat, jadi doktor cakap tak boleh nak pastikan lagi sama ada budak kecik ni ada ke cuma kantung sahaja. masa tu ummi rasa sedih pulak, macam tak boleh berharap apa-apa lagi. Tapi cukup lah sekadar ummi tau dalam rahim ummi ni ada budak kecik. Cuma semuanya bergantung pada Allah, kalau cuma sekadar sekejap Allah bagi ummi rasa, ummi redha.

So, setakat ni dulu ummi cerita ya. Nanti ummi sambung lagi cerita. Rasa macam dah panjang sangat pulak karangan ummi ni. haha. Take care my dear nyawa.