Sunday, August 26, 2012

dah 2 tahun dah!

Assalamualaikum
dah 2 tahun dah
usia blog yang tak seberapa ni

diam tak diam
dah lebih daripada 140 entry yang di merapukan
dan dah lebih 30 orang follower yang ada
(belum tambah silent reader lagi)

oke, oleh itu
aku nak say thanx
firstly kepada sifu Syed Mohamad Firdaus
sebab dia orang yang bertanggungjawab menggalakkan aku untuk buat blog
dan ngajar sikit sikit pasal dunia blog ni
thanx brader.
semoga 'persahabatan' hang dengan si budak kecikcomel tu sentiasa berjalan dengan lancoo

seterusnya kepada follower follower
terimakasih semuanya
maaf kalau isi entry aku kadangkadang ( bukan selalu ke?) meloyakan 
dan tak lupe juga kepada follower yang rajin mengkomen
Diya, Cik Areqil, Wan Rosnita, Azian, FarahWahida, Kak miza

Kepada silent reader yang banyak bagi galakan 
dan suka pada entry dalam blog ni
dan yang sentiasa baca apeape kejadah dalam blog ni
terimakasih la ye kerana meluangkan masa
maaf kerana membuang masa kalian nak baca

and for my little shy bloggie
happy 2nd ink drop bebeh
my bestfriend, my diary, my sharing place
keep it modest, keep it simple.
berblog bukan untuk mencarik follower
berblog bukan untuk mencari publisiti
tapi berblog untuk berbagi pendapat

Maaf kalau ada isi entry yang kurang berkenan di hati
maaf jugak sebab tak bagi meng'copy.heee

Jadi, kepada Blog Farieda Sikicik
Nah, hadiah untuk awak


psstt : teringat lagi entry yang pertama. tah hapehape tah.hoho

Friday, August 24, 2012

YUSOF & AN-NISA l SOLEMNIZATION

Assalamualaikum
dan salam lebaran

Alhamdulillah
akhirnya cousin aku dah selamat mengakhiri zaman bujangnya
dengan gadis pilihan hati
Tahniah abang Usop!! ^^,

Anak lelaki pertama dalam keluarganya yang dah berkahwin
Dalam umur yang agak lewat tapi agak matang
Ala, standard la lelaki kawin umo 30 kan?

So, macam biasa
ade beberapa gambar yang nak dikongsikan dengan korang semua
Let pictures speak then

hantaran dua belah pihak
theme : pink & blue

the main character ^^,

simbolik rukun nikah

selamat pengantin baru Yusof & An-Nisa

menanti penuh debar

parents pihak perempuan

parents pihak lelaki

the RM22.50's thing

cousin's family
the whole gambar ni ditangkap oleh incek Sulman bin Su'udi
dan di edit oleh cik aku
jadi,kalau ade sesiapa yang perlukan khidmat kami sila hubungi aku
( ceh, start dah verangan)

to Abg Usop 
selamat pengantin baru
jumpa lagi this saturday & next week untuk reception's ceremony

ape ape pun
peace!
wink!


 psstt : ade lagi dua cousin yang masih tak boleh dilangkahi bendul. jadi, takboleh kawen lagi. ^^,

Friday, August 17, 2012

Puding cocktail

Assalamualaikum

Lately ni semangat nak masak rasanya dah naik tahap 120% pulak
kali ni nak kongsi resepi puding cocktail pulak
tapi maaflah, tak sempat nak amek gambar bagai
sebab dah macam nak berperang kat dapur yang kecik tu
# mak membebel : time orang nak masak untuk buka time tula baru nak start masak -,-''
i'm sorry mak.heee

oke, here we go
actually, dapat resepi ni daripada blog akak yang pandai masak ni
check it out girls

so, it is my first time ever buat puding cocktail ni
jadi, jangan buang masa


*Kastard*
1 cawan tepung kastard
1/4 cawan susu pekat manis
4 sudu gula
5 cawan air (boleh adjust kalau kastard pekat sangat)

Kalau ikut resepi asal, masukkan semua bahan-bahan tu dulu dalam periuk baru letak air. Tapi aku letak air dulu baru letak bahan-bahan lain. But it's ok kot as long as sentiasa jaga and kacau adunan tu dalam periuk. Bila dah likat masukkan dalam loyang (tapi aku masukkan dalam tupperware plastik. loyang main sembunyi ibu (takjumpe.huhu).Then, sile sejukkan dalam peti sejuk.

* Kuah cocktail*
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
2 cawan air
1 tin cocktail dalam tin
* kalau ade buah-buahan segar boleh campur sekali

Masukkan semua bahan sekali. Masak sampai mendidih. sejukkan. dah siap!

******

Amacam?
Senang ke tidok?
Actually kan yang tang buah cocktail tu ade la aku adjust sikit sebab salah masuk.haha
tapi takpe, mak cakap 'kite buat die, bukan die yang buat kite'
dan buah-buahan tu aku tambah sikit dengan anggur segar
Hasilnya?
It was awesome dear
Rugilah sape yang tak rase
dah nak habis dah pun
heee


gambar memang tak memuaskan langsung.tak menselerakan langsung.haha
psstt : lepas ni nak letak target selagi tak master dalam atleast 20 masakan tradisional, selagi tu taknak kawen. :P

Thursday, August 9, 2012

a moment with si kicik

Assalamualaikum

presenting
a moment with si kicik
Muhammad Mustaqim bin Sulman
(berposing hasil tunjuk ajar mak andak.ngee)

upss, mak andak terlebih amek space. i'm sorry


oopppciiiyy

senyum dan nganga?? haha

ngeeee~

tutup mata! ada monster mata besar


yeah!

oke, back to normal. :)

psstt : dialah madu, dialah racun, dialah Mustaqim bin Sulman =)

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan yang semakin berlalu


Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita semakin mendekati fasa terakhir ramadhan
Dimana ganjaran lailataulqadar sepuluh malam terakhir  sudah tiba
Dan semakin berlalu ramadhan meninggalkan kita
Berganti pula dengan syawal yang bakal menjelma

Disaat  radio-radio rancak  mengumandangkan alunan lagu raya
Disaat manusia semakin sibuk mencari-cari kelengkapan raya
Dan disaat peniaga-peniaga semakin ghairah mempromosikan barangan mereka
Namun, sedar tak kita perbuatan itu seolah-olah  menghalau ramadhan supaya lebih cepat berlalu
Tanpa pernah terlintas adakah mampu kita berdepan dengan ramadhan tahun hadapan

Akhir  Ramadhan sinonim dengan
Apa warna baju raya kita?
Berapa jenis kuih yang perlu dibuat untuk raya?
Adakah langsir, sofa semua bertukar baru?
Sudahkah dipasang pelita dikeliling rumah?
Juadah apa yang harus dimasak di pagi raya?

Namun kita sering terlupa pada
cukupkah solat 5 waktu kita?
Pernahkah kita bersedekah?
Sudahkah dibayar  zakat kita?
Masih mampukah kita untuk terawih 20rakaat dimasjid?
Mampukah 30 juzuk dikhatamkan?
Sudahkah kita memperbaharui diri agar lebih baik?


Jadi, apa makna ramadhan bagi kita wahai teman?


Psstt : muhasabah untuk diri sendiri. 

Sunday, August 5, 2012

hadiah hari jadi


Assalamualaikum



Alhamdulillah
30 Julai 2012
maka genaplah umur anak ke4 pak Su'udi and Mak Semah

yang ke 22 tahun 

terima kasih diucapkan kepada siapa siapa yang wish
sama ada secara sengaja atau kebetulan
seriously, sebenanya memang takde feel pun nak selebret
apetah lagi mintak hadiah yang macam-macam

entah, mungkin sebab dah rasa diri ni dah tua kot
sebab tu tak excited langsung
plus memang kalau boleh taknak tambah usia pon
boleh tak nak muda je sampai bila-bila?

bukan apa,
semakin meningkat umur
semakin besar tanggungjawab
semakin banyak yang kena pikul
malah bertambahtambah la masalah yang timbul
heee

tapi apepon
ade dua hadiah yang istimewa yang aku takkan lupakan

yang pertama
set berbuka puasa bersama encik Hati kering
bersama dengan hadiah yang die bagi
tadaaa

selebret birthday style orang hati kering utk orang hati tawar

'saya harap, internet tu takkan buat awak boring'- en. hati kering

dan yang kedua
hadiah yang takkan terlupakan
alhamdulillah result sangat membanggakan
dapat pecahkan rekod diri sendiri
and even lebih baik daripada result stpm dulu

terfikir jugak sebenanya
time exam haritu
itulah exam yang paling teruk pernah aku rase
pressure lain macam
dengan internal and external problem
tapi alhamdulillah
Allah nak tunjukkan hikmah
ujian tu sebenanya lebih menguatkan kita bukan melemahkan

dan satu lagi hikmah
hadiah yang Tuhan berikan bukan setakat material saja
tetapi juga dari segi rezeki dan kebahagiaan

jadi bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan
terimakasih yaAllah
terimakasih dengan kurniaan rezeki 
malah kebahagiaan yang Kau beri
dan sekarang fokus untuk cari kerja pulak
mudah-mudahan dipermudahkan 
Aminn

dan untuk awak
ye awak, encik silent reader
terima kasih sebab bagi hadiah
hadiah kebahagiaan
'tak kirela kite kawan ke musuh ke kalau hati masing-masing dah terikat,
jauh mana pun jarak,kuat manapun halangan, kalau Allah dah tetapkan dia jodoh kita, akhirnye tetap akan bersatu jugak'
hipotesis diterima!

psstt : tapi kalau result meletup, kerja tak meletup pon payah jugak ye dak?! dilema penganggur~