Thursday, July 26, 2012

Puding Roti

Bahan-bahan :

4 keping roti gardenia
500ml susu segar
2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 sudu tepung kastard
sedikit esen vanila
kismis ikut suka

bahanbahanya ialah.....


sos kastard :

5 sudu besar gula
1 cawan susu sejat
3 sudu tepung kastard
sedikit esen vanila

Cara-cara :

1. potong roti kepada 4 bahagian (nak potong kecik-kecik pun boleh) dan rendamkan dalam susu segar selama lebih kurang satu jam.
roti yang direndam dalam susu

2. Sementara tu pukul campuran telur + gula +butter+tapung kastard +esen vanila sampai kembang.

kakak suruh promote bende alah merah yang die baru beli ni.haha
3. Jangan lupa panaskan oven dulu.Aku panaskan dalam 10 minit je.
4. Sementara nak tunggu roti mengembang. Boleh buat sos kastard dulu.cara-cara nak buat sos tu senang saje. cume campurkan semua bahan sos tu dalam periuk dan tunggu sampai masak.then sejukkan kejap pastu baru masukkan dalam esbok (ikut sebutan mak aku).Oh,ye..tepung kastard tu make sure campur dengan air dulu sebelum masuk dalam acuan takut jadi berketul pulak.

sos yang mudah dibuat. =)
5. Sapu marjerin pada loyang yang nak dimasak.
6. Tuangkan acuan dari step no.2 dan masukkan jugak acuan step no.1. Biarkan kejap dalam beberapa minit sampai kembang dan acuan sebati.Then taburkan lah kismis tu ikut suka.

roti saya sudah kembang! ehem, loyang pon baru beli. =p

7. Kemudian, bakar dengan suhu sadarhana (iklan masterchef kejap) dalam 180 darjah celcius dalam masa 25-30 minit.

cekcinya awak!!nyum.nyum


8.tadaaaaa!!siap dimakan.bubuhla sos kastard sekali.tapi,sungguh enak bila dimakan begitu saja =)

sos dia macam cheesy wedges pulak kan?

psstt : 1st time jugak guna oven. mulamula tak menjadi tapi lepas beberapa adjustment akhirnya jadi jugak.berbaloi berjaga malam semata-mata buat bende alah ni.hehe

Agar-agar laici

bahan - bahan

1 tin laici segera (ala,yang orang selalu buat cocktail tu)
2 sudu susu pekat (susu cair pun boleh)
1 peket agar-agar yang macam suhun tu
1 cawan gula (nak kurangkan ikut tahap kemanisan pun boleh)
1 sudu kecik esen vanila (buat syarat)

bahanbahan yang mudah disediakan


Cara- cara:

1. Mulamula, keluarkan 3-4 biji laici dan carik-carikkan kemudian asingkan.
2. Air laici & laici yang tinggal tu di blenderkan bersama-sama dengan 2 sudu susu pekat. (Tips bagi sesiapa yang takda blender, boleh la asingkan laici tu kat satu plastik dan tumbuk laici tu (in this case aku tumbuk dengan lesung.huahuahua) sampai agak-agak nak hancur)

Air laici + laici+susu

3. Dalam masa yang sama, masak agar-agar dengan diletakkan sedikit air (asalkan agar-agar boleh tenggelam dalam air).
agar-agar yang tengah dimasak

4. Bila agar-agar dah larut dengan air, masukkan bahan yang dah diblender tadi tu.
5. Ingat lagi laici yang diasingkan tadi? oke, sekarang tabur kat atas acuan.
6. Bila dah rasa bahanbahan tu semua dah likat dan serasi bolehla letak dalam acuan.Bentuk acuan adalah atas kreativiti masingmasing.heee..

comel tak acuan saya?haha
7. sejukkan dalam peti sejuk.taraaa!! siap dimamam dimakan. =)

nom.nom.nom
psstt : pertama kali buat.Alhamdulillah respon yang meyakinkan.tapi agak manis jugak walaupun dah terlebih air.

Tuesday, July 24, 2012

Accepted with condition


Assalamualaikum
Permohonan untuk sambung master dah keluar
but still bersyarat
semuanya depends pada result yang bakal keluar 31 Julai ni




Alhamdulillah
permohonan diterima
tapi perasaan saat ni
entahla
bercampur baur

niat hati naaaakk sangat sambung study
peluang dah ade depan mata
tapi dalam masa yang sama 
berbelah bahagi
dengan hutang PTPTN lagi
dengan expenses harian lagi

kena balik bincang dengan mak
and ahli family yang lain
apepun bersyukur yaAllah
masih layak untuk sambung belajar

psstt : best jugak kalau dah kahwin. biar suami yang tanggung expenses harian. eh, terverangan lebih pulak.maapkan saye~

Saturday, July 21, 2012

Salaam Ramadhon 1433H

Assalamualaikum
Salaam ramadhon 1433H
1 ramadhan 6tahun dulu merupakan satu kenangan yang tak terlupakan
detik dimana seseorang mengketuk sang pintu hati 
mungkin sekarang belum berjodoh
tapi dimasa depan
harapan untuk menjadi sang makmum kepadanya tetap dinanti
^^,

walau apapon terjadi tetaplah tersenyum
senyum dan terus senyum
itu terapi pada diri sendiri

personal achievement yang harus dicapai ramadhan kali ni :
* puasa penuh. mudah-mudahan
* khatam al-Quran inshaAllah
*terawikh tak miss selagi mampu
*solat 5 waktu tak tinggal
*bersedekah kepada yang memerlukan
*mengelak dari bercakap tentang orang lain
*berzakat guna duit sendiri
*mampu beli baju raya sendiri

mudah-mudahan dapat dicapai
aaminn


hari yang mendebarkan : merempat part IV

Assalamualaikum
sekali lagi perjalanan hidup merempat bersama sang roomate
yeah, hari penentuan. hari penuh debaran

firstly, nak story pengenalan kisah
buat pertama kalinya naik feri pada waktu malam
pertama kalinya jugak naik feri malam dengan cik As 

entah hapehape budak dua orang ni

tadaaa.. kanakkanak rebina.
oh,baju kotakkotak, keserasian disitu


kami stay sehari awal sebab nak buat training untuk test JPJ
jadi, oleh sebab terlalu amat banyak masa yang tak patut dibazirkan
kami pun menghambek keputusan untuk meluangkan masa bergethergether
since lepas ni entah bile lagi nak hangout disebabkan hubungan jarakjauh (ayat lesbian giler!)
haha

oh, ini bukti tanda amaran kat depan pintu surau.hewhewhew

ouch, saheizy sam nak pukul kite!
watching 8jam yang suamsuam kuku~

muke orang yang tak sabo nak buka puasa
nasi putih + ayam padprik +padkapau+sotong+tomyam udang
Jadi,
sempatla jugak tengok wayang 2 kali
dan semuanya dibelanja oleh As
8jam - boleh la~
ice age 4 - best tahap maximum!!

dan....
tibala pada hari yang dinantikan
test JPJ kami
jengjengjeng
penuh debaran
semua orang aku mesej bagitau nak JPJ
mintak restu
berdebar punye pasal
sampai mulut pun taklepas dari terkumatkamit baca apa yang patut

so, pada siapa nak test JPJ tu
ni prosedur die
first, pagipagi datang check nama kat list ujian JPJ
make sure nama kita ada and make sure ade nombor giliran
dan nombor giliran aku no.17

then, dalam pukul 10 pagi gitu geng-geng JPJ mai
fuuhh, alhamdulillah semua lelaki
kawan aku ade pesan kalau JPJ perempuan dia strict sikit
oke,yang tu taktau
tapi geng JPJ ni memang macam geng KL gangster
kecut perut nak~
salah seorang geng JPJ akan bagi briefing tentang do & dont's

then, lepas briefing, diorang akan panggil beberapa orang kat kerusi persediaan
serius macam nak terkencing duduk kat situ
macam tunggu masa hukuman gantung
(see, hiperbola kan nervous aku ni!)
nombor bertuah buat sitangan gemuk
oke,untuk bersiap sedia untuk ujian bahagian 1 & 2
bahagian 1 -bukit
bahagian 2 -parking & three pointer
terus terang untuk bahagian ni aku tak nervous sangat
sangat steady alhamdulillah
walaupun orang cakap tang bukit tu yang crucial sikit
tapi dengan kesemengatan wajawirapesonakancil
alhamdulillah pass
lepas pas je terus mesej mak bagitau

menunggu untuk ujian bahagian 3 pulak
bahagian 3 -road test
haaa, kalau yang tadi terasa macam nak kencing
yang ni pulak rase macam nak terberanak
aduhh, lagilagi bila tengok kereta tu dipandu balik JPJ
kalau kereta tu dipandu balik JPJ tu maknenye memang tak pass la tu
untuk road test ni aku gelabah sikit (actually gelabah banyak)
sebab dengan background aku yang memang agyrophobia (takut jalanraya)
tapi aku taktau mana datang kekuatan keyakinan aku tu
mungkin berkat kekuatan doa mak kot
terharu bila mak cakap
"sambil mak kerja mak tak lepas doa untuk adik"
thanks mak, sayang mak thiisssss much~

actually, kelemahan aku bila nak masuk simpang tak retireti nak slow
madah nak laju aje
oke, kalini memang dah setkan kat minda
"bila masuk simpang jangan laju eh bila masuk simpang jangan laju eh"
sampai otak aku pun dah penat dan bosan dengan monolog dalaman tu

jadi tibalah giliran aku
mulamula masuk je dah gelabah
ade ke patut pakai tali pinggang baru betulkan seat?
oke,cuba bayangkan betapa payahnye aku nak setkan seat
dan betapa bengangnya dengan pakcik JPJ yang berwajah serius
(mungkin gelak dalam hati kot.haha)

oke,then keluar simpang steady je
tibetibe rase tak selesa dengan seat
berhenti kejap kat simpang dan cakap kat encik JPJ
"cik, jap eh.saya nak laraskan seat kejap"
aku rase encik JPJ tu menahan jela dengan aku

tang nak naik bukit pulak
punyela lame nak apply teknik bukit
sampai encik JPJ cakap
''ni berapa lama nak bagi orang belakang tunggu ni"
dan aku membalas balik
"mahap.mahap"

then segalagalanya jadi smooth 
nampak simpang je cakap dalam hati 
"oke,slow oke slow oke slow"
tapi tibatiba nak masuk simpang nak ke tempat sekolah memandu
tersalah tekan bawah
nak masukkan brek pegi tekan minyak
kelamkabut encik JPJ tekan brek
dalam hati cakap
"mati aku mati aku.failed suda failed suda"

so,aku pon dengan sedihnya bawak kereta masuk
bila berhenti encik JPJ hanya gelengkan kepala dan suruh aku sign kertas ujian tu
aku pon pasrah terima dan aku pasti aku failed
terus frust takmau tengok kertas tu dah
bila duduk As tanya
hang lulus ka?failed ka?
sebab dia tengok reaksi muka aku macam tenuk sangatsangat
aku pon cakap
"entahla, kau tengokla sendiri"
then bile die bukak
"Fida, hang lulus!!!tahniah!!"
seriously, aku rase macam dah terberanak kat situ
nasib baik tak terkentut
yeke?yaAllah..tak jadi nak frust dah
hahaha
proses menukar-i-nye-pon lesen L kepada lesen P

tapi, ade jugak cerita yang kurang best
kehepian aku tu aku takleh nak tunjuk sangat
sebab as tak pass tang bukit
even die cemerlang kat bahagian 3
tapi die kena buat retest bukit sebab if bukit tak lulus
bahagian 2 pun tak boleh buat
jadi,die kena mai Penang balik untuk retest
maaf As, kali ni aku tak boleh nak join
sebab aku pun dah muak dengan kemerempatan kite ni
takpe, atleast kau ade tempat berteduh
kakak kau kan ade kat penang
aku ni memang nak kena balik dah
takde siapa boleh tengokkan aku kat penang tu
ahai, ayat tacing macing~

alhamdulillah,berakhir semuanya
boleh balik dengan tenang dah
dan officially that day was the last day we were being together
lepas ni masingmasing buat hal sendiri
mungkin jumpa time nak konvo aje
takpe As, kau nak kawin nanti panggil aku jadi pengapit eh
hehehe

menunggu bas, sayu je muke die.huhu

frust punye pasal.sampai nekad pakai inai even kat dalam bas pun

goodbye my little heaven Penang

inilah saat terakhirku melihat kamu jatuh airmataku
wuuu, sedih gila!

khas untuk As :

all this madness
all this pain
all this suck
will be repaid by success
and believe me
it will remains in our memory together
and will be told to our future generation
that we have to be hurt to success

thanx for being there when i need the most shoulder to cry on
hanya aku dan kau je tau macamane sedihnya keadaan kite
macamane peritnye susah kite
walaupun dibibir kite sentiasa terukir senyuman manis
dan aku sayangkan kau sangatsangat macam adik beradik aku sendiri
ikhlas dari hati suci aku
(haha, muntah darah tak kau bace?)

psstt : mak, nak balik JOHOR. homesick tahap gaban!

Monday, July 16, 2012

dia yang bernama...

Fazley Yaakob
familiar?
yeah, finalis top 2 Master Chef Selebriti Malaysia

dia yang jarang keluar kaca TV
dia yang jarang keluar album baru
tapi dia yang jadi idola aku
sejak berkurun lamanya
(amboi, hiperbola betul ayat)

siapa Fazley Yaakob ni?
jom berkenalan dengan beliau

nama diberi Fadzli Yaakob
lahir pada 18 April 1978
orang nogori Sombilan ni
dapat gelaran Dato' pada usia muda (2011)
but still humble menggelar diri Fazley Yaakob atau Paji

sumber : google image
apa yang buat aku bangga dengan beliau ialah daripada segi pendidikan beliau :
pernah bersekolah kat Jakarta International School
Mendapat 8A1 SPM ( St. John Instituition)
Pemegang diploma dari Taylor's College
Bachelor's Degree of Victoria University of Wellington, New Zealand
Master Pentadbiran Perniagaan dari United Kingdom
Doctor of Bussiness Administration, UK

mudamuda dah dapat title Dato'
dan mungkin ramai taktahu 
selain daripada jadi artis (pelakon, penyanyi, pengacara)
beliau jugak ade memegang jawatan lain
such as
Pengarah Eksekutif di Putra World Trade Centre (PWTC) KL.
Pengarah Urusan Seri Anjungseri Production.
Pengarah Eksekutif dan pengasas Fazley International College
Kolumnis tetap yang bertugas menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk berbagai media cetak mainstream seperti E-Baca, Mangga, Skor SPM, Remaja dan Utusan Malaysia.
Motivational Speaker 
Bussinesman

apa yang buat aku suka sangat dengan beliau ni

oke, 1st dia memang seorang pakar motivasi yang buat aku jatuh cinta dari motivasi pertamanya lagi
masa tu umur aku belasan tahun.
cara dia dekati kami sangat mesra, sangat humble dan sangat enjoy. dan masa tu aku terfikir
"hey, dia penyanyi, pelakon but still dia boleh jadi motivator? and his educational background was superb. jarang nak tengok artis yang sangat mementingkan pendidikan"

sumber : facebook page beliau

2nd,  dia adalah seorang lelaki yang terlalu amat mementingkan keluarga.
seorang abang long yang sayang kat adik-adik dia
seorang anak yang baik dan rapat dengan mak dia
seorang suami yang loving, caring dan tabah
(mungkin tak ramai yang tau mak kepada isteri die adalah orang yang bertanggungjawab nak menjatuhkan beliau)
seorang ayah kepada tiga hero (Payish, Piyash, Piyush) yang sangat bertanggungjawab


bahagia dengan isteri dan anak-anak

3rd, dia sentiasa berpegang pada agama
ye, mungkin tak alim but still
dia akan sentiasa bawak anak-anak solat jumaat
dan alhamdulillah berjaya mendidik isteri untuk bertudung


solat jumaat dengan anak-anak 


haaa, cukupla dengan 3 sebab ni
sebenanye ade banyak lagi yang dia ade yang buat aku 'jatuh hati' kat dia
tapi nanti xlarat nak bace pulak ye dak


dulu,
pantang nampak dia dalam suratkhabar
mesti cop suratkabar tu taknak bagi orang bace pasal beliau
siap simpan cebisan suratkhabar yang ade kisah tentang beliau
pernah jugak jadikan pembalut diary.haaa, amekaw!
tu belum hardcore lagi
sanggup beli buku motivasi beliau dan masih disimpan sampai sekarang
segala berita tentang beliau
gosipgosip pasal beliau semua amek tau
senang cerita jatuh bangun beliau semua aku amek tau
and alhamdulillah
walau banyak mana cubaan and cabaran yang datang
beliau tetap cool dan tak pernah patah semangat

dan seperti yang korang tengok kat masterchef selebriti
beliau sentiasa cool
dan takde drama king pun (tak macam certain contestant tu)
sentiasa steady sentiasa profesional
Abang Paji, i know u can do your very best
goodluck and i'll always support you!

all the best!!

minat aku pada beliau bukan sebab beliau artis
again. bukan sebab beliau artis!
tapi sebab kehidupan beliau
sebab cara beliau yang buat aku rasa
'yeah, he is my idol and will always be'

oh, by the way
this is his facebook page Fazley yaakob
and thisss is his twitter FazleyYaakob
sokong beliau untuk jadi juara masterchef selebriti malaysia yang pertama

psstt : takkan pernah lupa masa ternampak beliau kat BJ masa birthday aku yang ke 20. what a sweet memory -incidentally- birthday present for me

Tuesday, July 10, 2012

the activities : merempat part III

Assalamualaikum

Saya sudah berada di Kulim sekarang
winkwinkwink
(takpayah nak soo comel sangatla farieda)

Jadi,
aku nak mengongsikan aktibiti yang dibuat sepanjang merempat
di saujana USM


aku pon taktau ape name game ni
tapi aku bagi nama game bola tangan
sebab main bola pakai tangan
and it was so grreeaaaatt
ketawa sampai nak pengsan main game ni

lokasi : bilik tv Saujana


makan kat Padang Kota for the last time (hopefully not)
with Tan Kee Hui
dan melepak serta merempit (dengan berbekalkan lesen moto L as)  sampai 1 pagi dengan beliau
sebab esoknya beliau akan balik Johor and will flying to Sarawak
and laicikang itu sungguh sedap tetapi sangat maniss
eh,ade pasemboq juga tapi takdan nak tangkap gambar sebab dah habes makan.heee

lokasi : Padang Kota


eh, makan lagi
ya, kali ini bukan bersama Tan lagi
tapi bersama dengan abang silat As
ecececeh
ops, jangan gosip. mereka hanya abang adik saja (for now la~ hewhewhew)

lokasi : restoran tepi pantai sambil nampak Penang Bridge


mentengok movie bersamasama
sampai movie tu yang tengok kitorang
see, tengok movie pon bosan
hailah, memang hari yang membosankan

lokasi : bilik TV saujana


ini la bilik kami
besar bukan?
hahaha
oh,sebelum keluar dari surau semalam baru notice ade amaran kat depan pintu bertulis
" AMARAN : AMBIL BARANG ANDA, DILARANG MENGINAP DIDALAM SURAU"
uppsss, kantoi sudey
(bile lagi nak buat kerja gila dan berisiko kan.inilah time nye)

lokasi : surau saujana


menu berbuka puasa
kewangan semakin berkurang
ade hati lagi nak makan sedapsedap
menu : nasi kosong + telur dadar + sup cendawan + bandung cincau
(sup cendawan mengingatkan aku pada budak bernama Noorfieza sebab itu menu favret die)

lokasi : Restoran Jawi, Ivory USM




tau meja ape?
itu meja snooker
ye, saujana memang kaya
bukan itu saje
ade jugak mini gym
(nak tergelak bile ingat balik style as main snooker.haha)

lokasi : bilik TV saujana



oleh kerana kerinduan aku kepadanya
aku pon meng'order mee rebus mamak
tapi tetap tak sama dengan mee rebus haji wahit
waaa, nak balik Johor!!

lokasi : Restoran Khaleel, Ivory, USM



tempat biasa kami menunggu untuk training lesen
kelihatan disitu As sedang mengobrol dengan keluarga
ehem ehem keluarga ke cik abeng ke? =p

lokasi : Teratak Restu


yayayaya
ini dia pemandu terhebat abad ini
tu cahaya kehebatan tu
alhamdulillah samasama lepas ujian kelayakan
lepas ni nak struggle untuk jpj pulak

lokasi : Sekolah memandu Mutiara, Sg. Dua

psstt : for now rest dulu dirumah masingmasing dan akan kembali merempat for the next two weeks forward

Monday, July 9, 2012

membebel aje~ : merempat part II

Assalamualaikum 


" Awak, kite on the way nak ke USM, sorangsorang."
"As? die kena balik rumah. ade urusan"
" tido jela kat manemane, tak kesah pon"



oke, reaksi ni mengundang kepada bebelan yang amat panjang dari orang yang terbabit

" awak sorang? biar betul? as mane? nak tido mane? sorangsorang? blablablablabla" (panjang lagi sebenanye mesejnye)


reaksi aku?

dalam hati : '' Hahahahahaha, macam pakcik pakcik la die ni. membebel aje~ "


di mulut : '' Hehe, jangan risaulah. tumpang bilik junior ni ha"


dan dijawab dengan

" hehe..hehe..jangan hehe sangat. suke tau die ni. Berani pulak nak stay sorangsorang gelapgelap. sure ni kat bilik junior? jangan tipu"

yang paling taktahan bile aku cakap aku nak tido kat surau sorangsorang. beliau berpesan



" nak tidur, tidur kat penjuru. jangan tidur kat tempat yang senang orang nak usha. pastikan triple level safety awak tu"

hahaha, so sweet of you la pakcik.
and awak buat kite terharu

u know what? makin awak membebel makin kite suke
sebab dari situ kite tau tahap mane sayang awak kat kite
and kite akan ingat katakata ni

" selagi saya tak ade depan awak, selagi tu saya risaukan awak"


psstt : kadangkadang tak perlu ade official relationship untuk tunjukkan sayang kite pada seseorang. :')

Thursday, July 5, 2012

kisah merempat : merempat part 1



Assalamualaikum

Merempat
itu kot ayat yang sesuai dengan situasi aku sekarang ni

oleh kerana plan yang tak berapa nak pandai
sampai tertunda hal nak settlekan lesen
jadi macamnila akhirnya

baru aku tau
macamane perasaan orang homeless
tidur kat manemane
beralaskan ape saje
makan ape saje
eh,tapi aku tak seteruk tu

mungkin masih boleh makan makanan kedai 
walaupun makan sehari sekali
masih boleh tidur dengan selesa 
walau di bilik TV or surau hostel
masih boleh jalanjalan
*walaupun hanya temankan orang dating
dengan kekangan bajet yang tinggal berapa sen je ni
well, ini semua pengalaman

takpelah berkorban sikit je
insyaAllah rahmat Tuhan tu luas
Dia akan bagi ganjaran bergandaganda
cume taktau bila
itu rahsia Dia

dan untuk masa sekarang
aku cume perlukan semangat
dan sokongan positif
dari orang sekeliling


Mak,
jangan risau eh
adik oke
takpe, ni untuk sementara je
insyaAllah nanti semuanya settle
adik balik JB
adik keje dekatdekat dengan mak
taknak susahkan mak lagi

sayang mak
mak, sori tersusahkan hati mak 

T.T

Tuesday, July 3, 2012

Jagalah diri



Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi

Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali



Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa



Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir



Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya





Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir



Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir



Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya



Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Sumber : Lirikami
song by Jaclyn Victor


psstt : oke, even lagu ni meleret tapi lirik die terbaik! huhu