Saturday, June 22, 2013

dwihati - yuna & Aizat

 Dwihati

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

 psstt : lagu ni sangat sweet. terasa macam dialam fantasi.hihi. do check it on youtube.^^,

Sunday, June 16, 2013

selamat hari bapa, BAPAK

Assalamualaikum
so,bersempena dengan hari bapa ni
mai aku nak habaq satu hikayat

Dulu, mase aku dajahanam (darjah 6)
Mrs. Yeoh (cikgu BI aku) pernah pesan begini
' anak-anak, jangan lupe u wish u punya bapak happy father's day,
give him something, even that is just a simple thing, aiyaaa
kalau malu takpa, u buat air untuk dia cukup, mesti dia suka'

ya, bapak memang seorang yang sangat garang dan super tegas
antara aku dengan dia, we have that lack of communication
even kalau aku nak mintak apaapa mesti mak yang jadi orang tengah
so,then tiba hari bapa
seriously, itu hari bapa pertama aku pernah wish kat bapak
ya dan itu juga kali terakhir. ( phew, seriously bergenang airmata)

cara aku selebret mungkin lain dari orang lain
kalau orang lain mungkin depa peluk bapak depa, kiss bapak depa
tapi bukan pada aku..
aku cuma hidangkan air kegemaran bapak
ya, coffemate.itu kegemarannya.
sambil tangan aku terketarketar dan mulut aku antara dengar dan tak dengar
menyebut 'selamat hari bapa, pak'.

hell,yeah
aku taktau bapak dengar atau tak ape yang aku cakap
tapi aku ibarat dah melepaskan segunung beban dalam dada aku
puas!akhirnya aku dapat jugak wish.
dan siapa sangka
itu juga kali terakhir aku sebut perkataan tu pada seorang bapa.

untill now, tiap kali hari bapa
aku teringin nak hadap muka bapak
dan nak cakap
selamat hari bapa, bapak
kenyataannya, yeah takkan pernah terjadi kan?
aku tahu tu. 

dear all
aku harap macammane pun bapak korang
tegas/baik/sporting/garang nak mati
aku harap korang hargai die
walau bukan dengan perkataan
biarlah dengan perlakuan
aku jamin, jauh disudut hati mereka
mereka akan bangga membesarkan korang
sampai tahap sekarang ni.
 

and bapak
adik tahu bapak takkan pernah tahu ni
adik rindu nak bapak peluk adik sepertimana bapak peluk adik kali terakhir dulu (erat & syahdu)
adik teringin nak tengok airmata gembira bapak mase adik grad dulu
adik teringin nak bapak jadi wali time adik bernikah nanti
adik teringin nak bapak genggam tangan menantu bapak sampai die rasa nervous
adik teringin nak bapak warning sesiapa yang kacau anak bapak ni

and untill now bapak
adik rasa kekok nak berhadapan dengan bapak orang lain
sampai adik taktau nak cakap apa dengan mereka
sebab adik dah TERLALU biasa dengan keadaan tanpa seorang ayah
dan adik taktahu lagi macamane keadaan hidup dengan seorang lelaki bernama ayah.

semoga kamu tenang disana wahai SU'UDI BIN MANSUR
terimakasih kerana berada disisi saya sepanjang 13tahun.
kamulah pendekar di hati saya yang banyak mengajar erti susah payah kehidupan.
terimakasih bapak. Alfatihah 




Psst : Hargailah keluarga anda, jangan nanti hanya mula menyesali bila sudah tiada. ^^,


Tuesday, June 11, 2013

Aloq Setaq with Love

Assalamualaikum
hah, nindia mood update blog baru sampai
lepas seminggu balik johor
baru nak bercerita pasal jalanjalan kat aloq setaq

Perasaan bile berjumpa balik roomate setelah beberapa bulan tak jumpe
ibarat macam nak jumpe pakwe for the first time
excited.nervous.taksabar semua ada
hailah..

perjalanan sejam lebih dari Kulim ke Sg Petani terasa macam berharihari lamenye
niat hati nak turun kat Aloq Setaq tapi oleh kerana keloqlaq-an kunun nak beli tiket on the spot
menyebabkan aku tertinggal 15minit dari jam bertolak,
kalau nak tunggu kena tunggu lagi 3 jam
so, amek keputusan jumpa kat Sg Petani.

Bila dah berjumpa. hah hamek kau
macam dah 10tahun takjumpa
berpeluk bagai sampai orang keliling tengok semacam.hahah

lagi eksaited bile tengok die dengan kereta barunye
wahhh, im happy for u As.
oh, lupe. sebenarnya ade sorang lagi yang join
incek Ehsan Sabri our coursemate (skandel As.hahah acah je Nami oii)

ehem.bau kedai!


then perjalanan diteruskan menuju ke tempat utama -> Aloq Staq
dan masingmasing pon dah lapa tahap cipanzi
jadi kami berhenti makan kat satu kedai Arab

tiga budak gemok. :P


hah, tau jela kalau kedai arab serve nasi macamane
hah, tudiah setempayan nasik die bagi
kalau tak kenyang tu bukan manusia la kot
gua rase macam tak boleh bangun dah der
serupa ular sawa lepas makan seekor kambing,haha

macam nasi tomato tapi bukan die.hehe

then seterusnya kami berjalan mencarik masjid untuk solat Zohor

masjid Zahir sentiasa jadi pilihan hati,tenang sangat solat kat sini
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Pekan Rabu
beli oleole untuk family & familymertua
dan lepas tu beli tiket balik JB kat Shahab

acahacah poyo kat dalam kereta sambil kereta sebelah tengok kitorang.haha
Settle beli tiket kami pergi plak ke Kota Kuala Kedah
A place like Kellie's Castle
tapi die tepi laut, macam jeti or perkampungan nelayan gitu
sesuai untuk shooting for wedding
so,kami tak lepas peluang buat shooting for nothing,haha

ade orang cakap diorang ni newlywed.hahah

ini semua poyoo!

Picture of the day.love it much

 After that kami berjalan pulak ke Aloq Setaq Mall untuk kununkunun nak tengok wayang
tapi wayang tutup kami pon window shoping saje and Solat sekali
Destinasi terakhir kami adalah Joned Chicken Chop
Kedai Chicken Chop yang agak famous kat Aloq Setaq some said in Kedah.hee
Oleh kerana bateri phone dah habis, jadi takde moment yang dapat di snap
rugi.haih!

Dan akhirnye tibe mase untuk berpisah semula. Jam 10malam kami berpisah dan kembali ke destinasi masingmasing
Dear Asriani eh silap,ehem dear cikgu Asriani. thanks so much for the time
and dear pakcik ehsansabri thankz bawak tempattempat best
lainkali kite jumpe lagi & jangan serik belanja aku
hahah

psstt: perempuan, bile dah jadi bestfriend, perasaan die akan lebih daripada perasaan pada kekasih.tapi itu bukan perasaan seorang lesbian.hahah. it's a fact bytheway.

untuk 3 hari

Assalamualaikum
hai semua
ape kabar?
actually, i'm still in the mood of vacation
^^,

oke, ceritanya gini

Setelah agak sekian lama tak berjumpa dengan kawankawan
akhirnye timbul satu plan nak bervacation sensama
jadi, lepas dah berapajuta kali plan
tolaktambah dengan takde respon/kebusy-an mereka
akhirnya plan diteruskan dengan Hanis & Pzah
itu pon lepas tolaktambah beberapa orang yang sepatutnye join.
bertiga pon ok jugak sebenarnye
hehe

ok, cukup dengan pengenalan
let's review some of our vacation
actually malas nak menceceh
biar gambar je yang explain ok?


lepas beberapa bulan akhirnye kite bertemu. ^^,

sarapan at Oldtown White Cofee before pegi jemputan kawen

tadaaa. pengantin umur 23tahun, kawan hanis. 


amek berkott~

yes. its Bukit Tinggi!

model sambilan tak bergaji.kuikuikui

and its us. three of us :)

hai incik kuda!

geram tengok arnab. tak berani nak pegang

yeah.memang lawa

terasa macam kat Europe. eh, over tak? :P




sempat menyinggah untuk jenguk sipakcik ni


eating sushi king for the first time ever. tq hanis :)


masa untuk balik.wuuuu

psstt : thank you guys for this three great days. will never forget it. sayang korang!