Friday, April 27, 2012

Cek Mek Molek

Assalamualaikum
OHooooohhooii~
Kalau dah mata bertentang mata
blablablablabla (nyanyi dalam versi laju tahap 32X)
Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek

Oke, bukan nak nyanyi
cume nak kongsi respepi cek dah yang baru

Ye puanpuan datindatin
Arini cek dah nak kongsi dengan u olls macamane cek dah buat cek mek molek..
Ape?tak penah dengo? Haa, itu la..
orang tengok rancangan masakan kau tengok telenovela

Cek Mek molek ni sejenis kuih
bukan nama orang atau nama nyanyian
Jadi nak tau macamane?
Checkidaut

Bahan - bahan :

Ubi keledek
tepung gandum
Gula

Cara - cara :
1. Rebus ubi keledek sampai lembut.

keledek yang dah direbus (kami potong kecik - kecik supaya cepat lembut)

2. Lenyek - lenyek keledek tu then masukkan tepung sikit demi sikit sampai jadi doh.

Doh besar dan doh kecik (taknampak pendek umo)
3. Buat doh yang lebih kecik daripada doh besor tu.
4. Penyekkan tengah doh dan masukkan gula ( buat style macam nak buat ondeh - ondeh), ketipkan (tutup) bahagian yang ade gula tu then gentel doh menjadi lonjong.

sape taktau bentuk lonjong? haa, nila die

5. Goreng dengan api yang sederhana
6. Toskan
7. Tadaaaa, siap! mudah saje kan?

tadaaa, nomnomnom
Resepi ni memang sesuai la dibuat untuk orang yang malas nak masak (macam aku).. Lagi sedap kalau dihidangkan dengan ayaq teh sambil tengok anak-anak bermain bola dihalaman. puhh, futuristik sungguh. hehe. Oke, selamat mencube tawantawan ^^,

psstt : orang duludulu kalau pandai masak je dah boleh kawin. So, kalau tak pandai kena jadi anak daratua la eh?

Happy Birthday Mak ENon



Assalamualaikum
A little bit late updating post for her birthday

by the way,
selagi kau masih ade baki beberapa hari untuk free call          Selagi tu aku tak terlambat nak update 


'You're not getting older, you're just getting close to death'
haha.sentap ke tidok?? =p



so
HAPPY 23th BIRTHDAY
Ainun Syafiqah Rusli



dah serupe sangat dengan muke kau

orang seronok dapat kek

Mastermind and the cheerleaders

happy birthday beb. Lepas ni takyah nak perasan mude sangat ok

psstt : Untonglaa ramai orang sayang, satu hari sampai 2 kali dapat makan kek. >,<

Saturday, April 21, 2012

fajar di Puncak Bukit Jambul

Assalamualaikum
Salam Keindahan

Fajar di Bukit Jambul
kenangan Pertama kalinya ber'hiking kat Bukit Jambul
dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah
Subhanallah,
tak hentihenti aku memuji keindahanNya dalam hati
and untuk itu, jom aku kongsikannya dengan kalian

7.00 pagi - bergerak dari USM ke BJ (Bukit Jambul).
Xsampai 10minit pun nak kesana.
Kami di sambut dengan anjing anjing yang jinak (ke?) yang menunggu kedatangan pengunjung.
Cik Farah Wahida nebes tak sudasuda tengok anjing anjing tu padahal depa (anjing) buat relaks saje.
hahahaha..punyela fobia anjing.. (actually, aku pon cerin jugak. cume buat muke macho je)


8.00 pagi - bermulanya ekspidisi hiking kami.
bermula dengan warming up yang diketuai oleh guider yang berwibawa Incek Keith Tan (name glemer beliau)
dan dihaktui'i oleh kami. (ngehehehe)

1,2,3,4 haaaa semput~

baru berapa tapak melangkah dah semput. ape la kan.ish ish ish 

Bile nak sampai ni =.=''
dan akhirnya, sampai jugak kaki kami di puncak Bukit Jambul

Yeay! akhirnya sampai jugak (dengan eyebag yang semakin membengkak)

muke eksaited dapat sampai puncak.hehehe
ade open gym kat atas ni. boleh la kalau nak work out

L.O.V.E

our famili potret (awat muke aku putih semacam? =.=)
 Dah alang alang ade kat atas tu, kami tak lepaskan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. dalam hati tak henti henti memuji. cantik sangat lukisan alam ni. Jadi, untuk abadikan kenangan, kami pon snap la beberapa gambar untuk kenangan. ^^,









subhanallah!! cantek kan? =)

9.00 pagi - tibelah saatnye untuk kami ucapkan selamat tinggal kat Bukit Jambul. Alhamdulillah, arini aku dapat tengok fajar menyinsing dengan penuh kesyukuran (biasenye time time gini masih ngorok lagi kat bilik). Thank you Allah sebab beri peluang untuk aku melihat indahnya dunia.

nampak jambatan pulau pinang dari kejauhan.
durian kecik. comel tak? ^^,

kami nak turun dah

semoga dapat naik lagi :)


dah sampai di kaki bukit semula
9.30 pagi - maka habislah penjelajahan pertama kalinye hiking kat Penang dan kedua kalinya pengalaman hiking. Berbeza sangat masa hiking kat Gunung Angsi. Track kat Bukit Jambul sangat curam dan letih lututlutut nak naik. kalau silap langkah boleh cerera (cedera). Alhamdulillah kami dapat menghabiskan hiking kami. Cume guider kami yang nakai sikit cedera sebab mainmain dengan keta sorong yang dah berkarat. kan dah luka. nasib baik takda pape. hehehe. Jadi, bile dah penat, perut pon mintak diisi. Apelagi, serbu kedai makan!!!

haaa, baguslah tu. lepas bersenam minum teh tarik. 'sihat' sangat!

Akhir kalam, hiking kali ni mengajar aku erti tak berputus asa dan sentiasa bersemangat. Selagi kita tak cuba mencabar diri kita, kita akan sentiasa rasa diri kita lemah. betul tak kawankawan? 

psstt : Rasa tercabar dengan uncle and auntie yang sangat relax naik dan turun bukit tanpa berhenti di tengah jalan.

Tuesday, April 17, 2012

TbL - TbS - TbP

Assalamualaikum
Everybody say yooo!!
(takde keje betul cakap sorangsorang)
Gile tajuk sangat tak best kan?
Tah hapehape je
Ape tu TbL?
Ape plak TbS?
Kejadahnye TbP plak?
Ya, itu adalah perjalanan cik saya (amboi,supan betol ayat)
iaitu bermula dari Terminal Bas Larkin (TbL)
seterusnya singgah kejap ke Terminal Bersepadu Selatan (TbS)
dan akhirnye sampai ke Terminal Bas Penang (TbP)
saje nak buat bagi nama pelik sikit
kali ni perjalanan aku lebih indah dari biasa
tau sebab ape?
jengjengjeng
Biarlah gambar berbicara
.
.
.

sorangsorang dari JB tanpa berteman


dah nak sampai TBS blur kejap.cuak dan terus gelabah takut bas taknak stop

Bila dah sampai buat muke yang sangat meyakinkan (hati masih cuak sebenarnye)

lepas solat terus carik makanan.lapaa tahap gaban (tapi kenyang tibetibe bile berdepan dengan orang yang ditunggu)
suprise!! happy advance birthday :)


meeting the girls.then jalanjalan sekitar KL


in front of AirPancut KLCC  (asek nak sebut airterjun aje)

kami jumpe caption ni!! suke sangat.hehe (oke,tau aku taklawa)

nak balik Penang dah. kami conquer bas ni . 4 orang je penumpang. heaven~

thank you Konsortium. (duadua pemandu kami pun perempuan, cume seorang je penumpang lelaki)
sangat respek dengan akak yang memandu.sempoi!!
tak siasia berjalan.dapat jugak hasil.hehe
by the way, saya AMAT merindui hardisc saya yang entah dimane sekarang
[T,T]


psstt : Sindrom Jetlag masih tak hilang sampai sekarang. ngantok ya amat tapi tak boleh tido dengan lenanya.
                                         

Sunday, April 15, 2012

diTAG dan ngeTAG

Assalamualaikum
Salam Kehepian

^^,

Noticed that cikAzianiZolman telah mengeTAG aku dan memaksa aku untuk join die ke lembah keTAG'an.haha
By the way, since game ni COOL . Aku rela menjoinkan diri.

Oke, untuk pengenalan, game ni aku namakan game TAG mengeTAG. sebab, once kite di TAG kite kena TAG orang lain jugak.(kire macam permainan berantai la ni).
So, whats the rules?


  • tak boleh tag orang yang sama.
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry.
  • Pastikan mereka tahu mereka di tag.
  • ceritakan 11 perkara tentang anda dan bukannya orang lain.
  • Jawab semua soalan yang diberi oleh empunya soalan
  • Cipta 11 soalan lain untuk orang yang di tag
.
.
.
FIRST STEP
.
.
.


11 perkara tentang diri sendiri (alamak, aku agak failed kalau nak cerita pasal diri sendiri ni). So, aku akan share sesuatu yang orang mungkin taktau tentang aku.

1. Nama diambil sempena nama exmajikan mak yang merupakan seorang guru dengan harapan suatu hari aku akan jadi seorang guru (mampu? guru untuk anak-anak jela kot)
2. Anak perempuan paling manja dalam keluarga. (Adik aku pon lagi matured dari aku)
3. Dah dapat title nenek muda (seriously!)
4. Mempunyai keluarga yang besar (12 adik beradik lain mak sama bapak - and its not called TIRI ok)
5. Selalu suke nak berteman. Rela tak makan kalau takde kawan
6. Mak save nama aku as 'DATIN' kat phone die dan aku taktau kenapa. (do i look like datinwannabe mak?)
7. Selalu akan gunakan alasan 'aku rindu ayah aku' bile sedih. 
8. Suka berkawan tapi once aku rasa tak selesa untuk berkawan, aku akan terus tarik diri dalam apajua aktiviti dengan orang berkenaan.
9. Suka ketawa dan merasakan yang ketawa itu adalah penawar segala duka.
10. Suka tengok bulan, bintang dan air tejun. ( terasa sangat sayu bile tengok bulan di perantauan)
11. Akhir sekali, suka berjalan kat tempat baru tapi taksuka berdiri dalam tempoh masa yang lama (faktor kaki kecik)

.
.
.
SECOND STEP
.
.
.

Untuk langkah berikutnye, aku kena jawab soalan daripada beliau.

1. Makanan paling sedap pernah dimakan?
~ Of course bakso buatan mak aku. Tak pernah aku rase bakso sesedap itu diluar sana. ( makan sebaldi pon tak cukup kot.ehehe)

2. Sapa paling nakal dalam adik beradik?
~ Herm, yang paling nakal kompomla lelaki kan. So, abang aku kot. sebab die selalu kena sebat dengan ayah aku mase kecikkecik dulu,

3. Genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
~ Sebat je semua jenis genre. Tapi elakkan genre ganas. Aku tak suke keganasan. haha.

4, Plan nak kawin masa umo berapa?
~ Ayok, ini payah sikit nak jawab. Err, yan. kalau skip boleh tak?haha
maybe dalam umo 26 tahun kot. tupon kalau ade yang sudi nak minang. [ Blushing tibetibe ]

5. Citacita masa sekolah?
~ Selalunye aku letak 'cikgu' as pilihan pertama. Pernah jugak berangan nak jadi pramugari.dang! haha

6. Perkara yang membosankan adalah?
~ Perkara yang buat aku bosan memang membosankan.haha 
hidup takde kawan memang bosan bhai~

7. Apa yang menjadi keutamaan sekarang?
~ Lepas grad carik keje, beli rumah untuk mak dan kalau ade duit lebih nak bawak mak balik kampung halaman die (Indonesia).

8. Celik dari bangun apa yang korang buat?
~ On suiz laptop, klik Google Chrome, Taip Facebook. sambil pejamkan mata..hahaha

9.  Masakan apa yang paling expert dimasak?
~ kek batik, sphageti bolognise dan masak nasik. (aku lebih expert buat airmilo daripada masak megi)

10. Suka kereta ke suka motor? model ape?
~ Lebih suka kereta. Yang penting kereta tu mesti kecil dan berwarna merah. Moto? ducati merah idaman hati. (kau mampu?haha)

11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?
~ when someone say saya sayang awak. Bile teringat kenangan yang kelakar. bukan setakat sampai ke telinga. sampai ke ubun-ubun rambut kalau ingat kenangan yang kelakar tu. (hah, takpayah nak membayangkan sangat macamane senyum sampai ke ubun)
.
.
.
.
THIRD STEP
.
.
.

ke tahap yang lebih susah. kena create 11 soalan pulak. (kang aku keluarkan soalan SPM kang)
Bersediakah kalian?
oke, here we go.
1. Apekah nama timangan anda dalam family?
2. Benda/kejadian apa yang paling kelakar dan memalukan masa anda kanakkanak?
3. Permainan tradisional apa yang paling anda suka dan mungkin masih minat sampai sekarang?
4. Apa yang membuatkan anda marah?
5. perkara paling nekad dan gila yang pernah anda lakukan.
6. Bile sedih anda buat apa?
7. kawan sekolah mana yang paling anda ingat sampai sekarang (sekolah rendah/menengah/ipt).dan kenapa?
8. 3 perkataan yang melambangkan empunya soalan ( Farieda).
9. Sebab utama anda berblogging?
10. Hadiah paling berharga yang anda dapat dan daripada siapa?
11. Siapa rakan yang akan anda tag dan kenapa mereka perlu di tag?

haha.susah tak soalan aku?
tak sesusah soalan stpm tahun 2008 kot
.
.
.
FORTH STEP
.
.
.
sila la tag kawan anda yang lain
Jadi,dengan ini saya dengan rasminya mengeTAG my bestest bestie Cik Areqil, my gigirl (marah die kalo aku panggil gigirl) e-girls friend Diyaixora, and my cutey junior Cik Qayyun dan one of mybestie jugak cik Wanrosnita (tupon kalo sudi).hehe and yang tak tertag tu bukan taknak tag tapi takut taksudi.tapi kalau nak join sangat dialualukan.hehe..

psstt : mood kenangan manis kau dan aku takkan terlupa.haha

Thursday, April 5, 2012

happy go home!!

Assalamualaikum

selamat bercuti seminggu kepada semua siswa siswi
yang bekerja tu sile commit dengan kerja anda ye

Bila cerita pasal cuti seminggu ni
pastinye ramai student yang merantau (kecuali sabah sarawak)
berebut beli tiket nak balik rumah
pada yang takdapat beli tiket direct terpaksa beli tiket transit
(tula, taknak beli awal awal.hehe --> pernah terjadi pada diri sendiri)

ada insiden yang melucukan dan mengannoyingkan tentang tiket bas dengan seorang kawan
ceritanya macamni...

bagi student USM pastinye tau yang kaunter tiket kat sungai Nibong tu memang mengannoyingkan
die akan ikut kite sampai kite ke kaunter tiket diorang
dan sepanjang jalan tu depa dok desak desak kite nak beli tiket kemana
memang mengannoyingkan kan?
jadi, masa kami nak beli tiket tu
macam biasela depa dok desakdesak
tibetibe kawan aku marah depa
'Sabarlah! takpayahla nak paksa paksa!haih,serabut tau tak'
abang tu terus terdiam.(kami pon terdiam sekali.taksangke!haha)haaa, amek kau!
Jadi, kesimpulannya. Jadilah berani macam kawan aku ni.
(naseb baik muke ko cantik kawan, kalau aku mungkin abang tu akan sound balik.haha)
oke,tamat cerita pasal tiket

Actually, mak tak kasi balik rumah
Tapi aku ade sebab yang kuat untuk balik.
Selain nak jumpe baby, ofkos nak balas dendam kat Akim
''oh.,bile mak andak tepon kau tak mau cakap ye.tengokla mak andak balik mak andak gigit pipi kau!''
hahaha,geram aku!
Tapi tujuan utamanya untuk menenangkan fikiran
yang terganggu dari perkaraperkara kecil yang bersentuh pada persahabatan lama yang semakin pudar
Seriously, i miss our old friendship
Mungkin sekarang kau bahagia dengan kawankawan baru. Aku gembira tengok kau gembira.tapi dalam kegembiraan tu ade yang menangis dalam hati ni. ye,aku kena faham yang aku bukan kawan yang paling baik untuk kau lagi.
(oke,takpayah nak syahdu sangat Farieda!)

Tapi, sebenanye memang tak rase pon nak balik
excitement dah takmacam dulu
kalau dulu seminggu sebelum balik uma dah siap kemas barang
sebulan sebelum balik uma dah beli tiket
sekarang?hurmm..entahla..

Mungkin sebab sayang nak tinggalkan USM kot
tak lame lagi nak grad dah
so,kalau bole nak luangkan sebanyak mungkin mase untuk USM
hahaha,poyo sangat!

Jadi, selamat tinggal bunga kekwa yang semakin layu
selamat tinggal kumakuma yang comel menjadi peneman kaki yang selalu diabaikan
Selamat tinggal periuk belanga
selamat tinggal kangkung hidroponik  (pastinye lepas seminggu kau dah takde)
selamat tinggal bantal peluk
selamat tinggal semua
jumpe lagi seminggu akan datang
( pasaipa sedih sangat taktaw )


and lastly

HAPPY GO HOME!!
(homework jangan buatbuat lupe ye :) )

psstt : HOME is where the heart is.Thats why people say HOME sweet HOME. Rumahku Syurgaku. :)


Monday, April 2, 2012

happy birthday Diya Ixora

Happy 23th birthday Nurul Nadia Mohd Nor a.k.a Diya Ixora
amboi,pandai nak rahsiakan tarikh kelahiran ye
terkantoi jugak akhirnye.hehehe

ingat lagi tak kenangan selebret birthday setahun yang lepas?

fffuuuuhhh~
Haaa, banding pulak dengan kenangan kali ni punye..
tadaaaa...

Nah, for you

Fiza bajet birthday girl.haha

Modelmodel kek of the year.lalala~
Thanx Diya sebab belanja kami makan pijahat
(pesen ape la birthday girl yang belanja tukang selebret)
hahaha

Psst : Bestnye kalau ade yang selebret birthday saya. (untunglaa tiap kali birthday mesti kena time cuti ).=.=''