Wednesday, November 30, 2011

Agyrophobia

Assalamualaikum
hey,there

aku percaya yang tiap daripada kita ada fobia sendiri
walaupun tanpa kita sedari
dan kebanyakan orang yang sedar mereka ade fobia ialah golongan wanita
( sebab lelaki ego , xmau ngaku )


..Fobia..
ape yang korang tau pasal fobia?
Fobia ni actually suatu ketakutan yang tak rasional, 
tak waras pada sesuatu benda atau situasi
yang memaksa kita untuk mengelakkan diri daripada apa yang kita takuti

Ada 3 jenis fobia actually
i.spesifik fobia 
(ketakutan pada sesuatu objek atau situasi.cth : labahlabah, ketinggian etc)
ii.sosial fobia 
( fobia pada sesuatu yang membuat korang malu dan takut dimalukan oleh orang ramai)
iii.agoraphobia
( fobia untuk berada di tempat yang dirasakan tak selamat)

simptomsimptom fobia :
korang akan rase nafas korang naik mendadak bile ada dalam situasi tertentu,
 jantung berdegup kencang, tangan berkeringat, panik 
dan ada yang lebih teruk lagi boleh jadi macam separuh gila,

kalau nak disenaraikan
mesti korang xterlarat nak baca
tapi setiap seorang daripada kita
mesti akan ada satu fobia
cume kite sendiri je yang xprasan


dan aku ada satu fobia
yang sampai saat ni tak boleh nak dibuang
AGYROPHOBIA - fobia pada jalanraya
dan memang aku tak bergurau kalau aku cakap
aku memang sangat takut nak seberang jalan
lagilagi kalau seorangdiri.

setiap kali aku nak seberang
mesti harus ade seseorang yang boleh aku pegang
dan aku akan jalan sambil pejam mata

pada korang mungkin tu satu perbuatan yang mengadangada
tapi seriously, aku rasa teramat takut
sampai kadang aku rasa nak menangis 
sebab saat tu aku terbayangkan
kalau lah aku seberang jalan
dan saat tu ada kenderaan yang laju dan tak bermoral
langgar aku, mesti mati katak


dan aku sangat takut nak seberang
sebab aku dapat rasakan semua kenderaan tu nak langgar aku
silly kan!
tapi tu la yang aku bayangkan
sebab tu kalau aku seberang, kadangkadang aku akan pejam mata
seolah  pasrah kalau ada kenderaan yang nak langgar

bukan setakat seberang jalan saja
benda tu berlaku jugak bila aku menunggang
even aku just menunggang basikal
aku terlalu takut untuk seberang jalan yang busy 
dengan basikal
dan aku pernah accident sebab tak yakin boleh menunggang atas jalanraya

bukan aku takpernah cuba untuk atasi
tapi terlalu susah
sebab setiap kali kaki aku nak jejak kat jalanraya
mesti akan menggigil
cume kalau takda kenderaan je aku berani seberang jalan dengan tenang.
tahla,macamana la aku nak amek lesen kalau seberang pon takut.


sekarang, aku cuba untuk kurangkan fobia ni
dengan membina keyakinan dan buang semua fikiran negatif 
tentang melintas jalanraya
pada pengguna jalanraya
tolong hormati orang yang melintas
jangan sesusaksuki korang je bawak kenderaan lajulaju

psstt : pada yang insist nak tau phobia korang.meh check blog nih type of phobia



Tuesday, November 29, 2011

a day with friends and family

Assalamualaikum
salam kedamaian :)
today i would like to share a very-great moments in my life
the day where my family and friends gathering together
(amboih,speaking london ko jah!)

destinasi utama adalah
majlis resepsi Menyambut Menantu
Hanna & Hafis di Lunas

oke,firstly..
pukul 11 pagi dah berkumpul
knonkononnye nak pegi PenangHill
tapi,terlampau 'sikit' yang beratur
jadi,kami pon sekadar amek bau penangHill jela

anakanak 'mak' yang xreti dok diam
then,kami decide pegi rumah kelahiran P Ramlee
wah,sangat 'lawatan-sambil-belajar' kan?
wakakaka
dan kami berbangga sebab kami buat lawatan sambil pakai baju kenduri
kuikuikui

jemput masok
rumah p Ramlee
muke suchi awal muharram.ehek~
gadis melayu menunggu pinangan
sape duduk kat tangga lambat dapat jodoh!haha
sopan giler!haha

next destination,Chow Rasta
mencarik survenior untuk family yang datang
dan hadiah buat pengantin

takpernah bosan tengok bangunan kat Georgetown
jalanjalan carik pasai
usha hadiah untuk pengantin
cikgu disiplin dan ank murid.haha
menunggu hadiah dibalut

i'm falling in love with this classic architecture
dah lepas puashati dengan hadiah dan survenior
kami pon bergegas ke destinasi utama
yeah,i admit that Tan memang pandai tentang selok belok jalan
senang giler nak carik uma pengantin
(aku yang berkali-kali pegi pon masih xcam jalan)
thehehe~

tan kee hui a.k.a a good firend of me
anda nampak kurus.hehe
with pengantin
'safee sali' and kakak saye
kakak!anda cantek sangatla.
 sayangnye,sebab xdapat amek gambar dengan famili
sebab mase tu famili tengah sebok makan beradab
jadi,aku just berposingposing dengan kawankawan jela
(psst : mak saya sangat vogue aritu ye,kacamata hitam kaw.kaw ade?)

kami pulak yang jadi pengantin.hihi
main renjisrenjis pulak

main kawinkawin.hehe
lawaa sangat yang ni!
dengan besfriend saya.cik areqilah
sekejap je dapat bebual dengan die :(

cik areqilah with pangeran hati

senyum colgate!hehe
lepas gudbye kisses dengan famili yang nak teruskan perjalanan ke johor
aku berjumpa plak dengan bestfriend kesayangan--> cik areqilah
cik areqil,saya xpuas la jumpe awak
nak gosipgosip pon xbole..hurmm

then,kami meneruskan perjalan ke penang
ingatkan nak naik feri.tapi feri pun full!
jadi,kami naek je jambatan penang
dan lokasi seterusnya
Laksa Janggus Balik Pulau!

model laksa janggus.hahah

gadis sepanduk?pon boley~
oleh kerana aku xbrape suke laksa
so,aku xnak komen apeape tentang laksa kat sini
rasa macam laksa biasa
dan sampai sekarang masih tertanyetanye
tang mana janggusnye?
hoho

dan last destination kami
(memandangkan mase tu dah suntuk)
kami pegi ke Feringghi Night market
melalui jalan lama yang berliku
dan agak menyeramkan (kecian kat driver) 
perjalanan kat situ memang mencabar
dan kat Feringghi Night market
mase kami dok gembira berjalanjalan mencuci mata
ruperupenye van buat hal.
naseb baik Tan pandai settle
takde die memang susah hidup kami
thanx Tan..terharu (^,^)

dan kat sini kami jumpa zuriana akmam
kawan rapat mase first sem dulu
rindu sangat nak hepihepi macam dulu

as orang paling hepi sebab dapat bergambar dengan Harrier putih
(kereta idaman hati)

weeee..kami disini!!
so,selepas tu
kami pun teruskan perjalanan balik ke usm
cukupcukupla 12 jam perjalanan
sehari suntuk berjimbajimba

and ucapan terimakasih tak terhingga 
untuk orang yang banyak berpenat lelah  sehari suntuk tu
Tuan YB Tan Kee Hui
tanpa anda macamane la kami nak bergerak
hehehe

orang paling susah nak bergambar
nipon candid
iyela, maklumla dah kurus
hehehe
psstt : dapat sumbangan kemanusiaan daripada mak.jimat duit blanje makan untuk beberapa waktu.akhirnye,dapat jugak melepaskan rindu pada bakso mak..thanx for the rempah mak.(n,n)

Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikum 1433H

Assalamualaikum, 
salam kesejahteraan (n,n)

di saat warga pesbuk dok sebok menge'share
link,post and video tentang Tahun hijrah yang baru
di saat inilah aku terfikir
apa sahaja kebaikan yang aku buat untuk tahun ni
then the result comes nothing 
(T_T)

Hijrah itu perjuangan
hijrah itu pengorbanan
tapi terfikir tak korang ape perjuangan korang pada islam korang
ape pengorbanan korang pada islam korang
dan bile aku fikir aku jadi sedih
aku sendiri tertanyatanya pada diri aku
apa jasa aku pada islam selama setahun ni
jangankan nak dakwah kat orang
diri sendiri pun takboleh nak berjuang menentang sifat mazmumah
astagfirullahal'azim

jadi,marilah kita samasama muhasabah diri
dan aku jugak tak perlukan azam
sebab selama aku berazam
selama tu jugak azam aku tak tercapai
cume berdoa pada Allah
agar kita kan menjadi insan yang lebih baik daripada semalam
dan kalau rasa diri sudah tergelincir dari landasanNya
cepatcepatla bangkit
kita sudah takbanyak masa untuk bertaubat
sedarlah,hari kiamat itu semakin hampir dengan kita
jadi,sebelum pintu taubat itu tertutup
jangan malas untuk meminta keampunan daripada Allah atas segala dosa yang kita buat

Jika kita tak mampu untuk bersamasama jihad di medan perang
cukuplah sekadar kita berjihad dengan peperangan melawan nafsu dan sifat mazmumah


*selamat menyambut maalhijrah 1433H*
*jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun*

psstt : teringat malam tahun baru 1432H, sidia mengimamkan solat magrib kami dan saat itu aku berdoa biarlah dia yang menjadi imamku sampai ke akhir hayat.Amin.

pasca wedding of HannaHafis

masih lagi dalam mood wedding of HannaHafis
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar
walaupun masih xdapat nak tutup mulut orang
 yang mengata, mengumpat, mengeji
dan yang sewaktu dengannya.
tapi aku tetap berbangga sebab
walaupun tanpa seorang lelaki yang bernama suami
mak aku masih boleh manage majlis tu
dengan kerjasama anakanaknya.

dan biasela majlis kawen
pastinye ramai yang akan bercakap
tentang giliran siapa pulak yang akan jadi pengantin
bile soalan tu dituju kat aku
senang je nak jawab
''xpe,orang tunggu mak kawin dulu,pastu baru orang take turn''
ape macham?style x?
hahaha

eh,tapi kan
famili aku memang style kawin pada usia yang muda
mak kahwin umur 16tahun (sekarang anak ade 6 orang)
kakmega kahwin umur 19tahun (sekarang anak 4)
abangman kahwin umur 23tahun (sekarang anak 1)
kakhana kahwin umur 24tahun (baru je kahwin)
jadi,kemungkinan besar aku pun akan kahwin muda la

kahwin muda?
hahaha
takmungkin rasanya
sebab apa tak mungkin?
1.sebab nak bermanja puaspuas dengan mak.
2.adik masih perlukan masa dan kawan untuk menjaga mak.
3.sebab nak beli rumah dan nak kumpul duit memerlukan banyak masa.
4.sebab xda yang masuk meminang lagi haha.
5.biar mak berjumpa jodohnya dulu.(ini yang paling xboleh belah).

kadangkadang aku terfikir
alangkah hepinye kalau mak aku sudah berpunya
sebab aku tau die sunyi
dan kesunyian tu xdapat nak dihilangkan dengan kasihsayang anakanak je
yela,bile dah anakanak pun bz dengan keluarga sendiri + belajar jauhjauh
jadi sunyi orangtua tu
yang jadi pengubat cume cucu je.

dan hikmah yang paling besar aku rase
sempena majlis besar ni
semua adik beradik (xkire sama ibu atau tak)
berkumpul termasuk abang aku yang sangat jarang nak nampak muka
dan abang aku daripda indonesia yang sudah 10tahun takjumpa
(mase berpisah dulu aku masih sekolah rendah)
walaupun kami bukan seibu tapi alhamdulillah dengan adenye majlis macamni
dapat jugak berkumpul adik beradik
thanx abang udin & abg mili
(^^,)V

and some photos for ya
malam berinai and khatam Qur'an
(gambar majlis bersanding xdak sebab aku
 sangat-terlampau-bizi-sampai-berdoa-mintak-tangan-and-kaki-lebih)
cekidaut!

masingmasing tengah bersiap

perarakan masuk raja & permaisuri

ayang,senyum banyakbanyak tau
sakit pipi pun xpe bukan selalu

bapak pengantin lelaki menepung tawaq

mak pengantin lelaki

mak pengantin perempuan

akim pun nak menepung tawar

famili belah lelaki

famili belah perempuan

my family
famili abang udin yang susah-nak-jumpe
aku sudah ada dua cucu dari keluarga ini.hehe
(btw,umur abg udin lebih tua dr umur mak aku but still he call my mum as mak)

selepas 10 tahun
akhirnye jumpe jugak dengan abang aku yang sorang ni

kakmega
mengandung 5bulan
berseri je tengok

malam berinai Hafis&Hanna

amboi,manjenye die.;p

yang kecik ni cucu kami.sumpah taktipu!

bersama cucu aku : Haikal & Fitri
dan anak menakan : Wani & Intan

adoila anakanak..sangat chomel la kalian

majlis khatam Qur'an
pagi before majlis bersanding

alhamdulillah
terdidik akhlak terdidik generasi
ustajah pilihan incek hapis
hikhikhik
psstt : “Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Surah An-Nur 24:32)