Friday, May 17, 2013

Welcoming new khalifah

Assalamualaikum

memperkenalkan putera sulung Hanaliya Su'udi & Muhammad Hafis

nama diberi Muhammad Nafis Zafran bin Muhammad Hafis
Lahir pada 20 April 2013
Berat Masa Dilahirkan cume 2.7kg

sekian berita melaporkan,
hihi

psstt : ini anak saya yang ke-6

selamat hari cikgu, cikgu sedunia!

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru kepada guruguru sedunia!
Especially cikgucikgu yang penah mengajar saya di :

1. Tabika Perpaduan Kampung Ubi Baru
- kenangan paling takboleh lupa sebab time tu banjir besar sampai tahap cecah kat atas bumbung tadika.
Yang paling best bile dapat berenang disamping pakcikpakcik bomba yang baik hati lagi gagah. Seronok! Paling taktahan bile asek kena kacau dengan Nathan (budak paling 'baik' kat tadika).

2. Sekolah Kebangsaan Sri Amar
- Kat sini saya cipta sejarah sebagai pelajar yang terpilih  untuk amek exam Penilaian Tahap Satu (PTS) dan membolehkan saya untuk melompat kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Seriously time tu xtau pon ape fungsi exam tu. Yang saya tau kalau saya lulus exam tu saya dapat jimatkan yuran sekolah selama setahun. hehehe

3. Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu
- Menjadik pelajar yang baru berpindah dengan environment baru, kawankawan baru, cikgu baru senang citer semua baru la. nak compete dengan kawankawan yang setahun lebih senior dari kite lagi.fuh, sangat mencabar tahu! but still boleh survive jugak. alhamdulillah :)

4. Sekolah Agama Puan Hajah Rahmah
- belajar sampai setakat darjah 4 apela sangat yang boleh dibanggakan. kekadang jeles tengok kawankawan yang dapat pangkat 1 darjah khas. tapi apepon, pencapaian yang boleh dibanggakan ialah dapat melompat kelas dari darjah 1 ke darjah 3 tanpa masuk darjah 2.heee

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau
- Setahun belajar kat sekolah ni mungkin tak banyak benda yang boleh di cerita, tapi satu benda berharga yang tak boleh lupa, dua kali nak dilantik jadi pengawas, dua kali tula yang tak menjadi. mungkin bukan rezeki kat situ. ade jugak sedikit sebanyak belajar tentang erti kehidupan remaja yang baru nak naik. biaselah, masingmasing dah rase besar.heheh

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
- Mungkin boleh dikatakan coincidence masuk sekolah ni. kalau diikutkan memang takkan dapat masuk sekolah ni, apetah lagi masuk asrama, tapi mungkin Allah bagi rezeki. Alhamdulillah. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan environment baru dengan kawankawan baru. tahuntahun pertama memang tahun yang menyesakkan, sampai boleh dikatakan takde kawan, down sangat. Tapi once dah dapat sesuaikan diri, rase taknak balik rumah. seronok sangat. Paling best mase tingkatan 6 sebab time tu rase betulbetul rapat dengan kawan sekelas even ade yang berlainan bangsa.

7. Universiti Sains Malaysia
- Saya akui pada mulanya memang taknak masuk usm, sebab bukan u favret saya. tapi once dah kat sane, takde 1 hari pun hari yang membosankan. sangat seronok sebab sambil belajar sambil melancong. ape yang takde? air terjun?laut?shopping?makanan?heaven~ semua ade. belajar benda baru, budaya baru memang seronok, Paling best kawankawan yang sangat sempoi. Ingat lagi, sanggup keluar kelas time lecturer mengajar sebab nak makan dengan alasan nak pegi toilet. hahah. nakal sangat! assignment? lecturer bagilah berapa banyak masa sekalipun, pasti akan buat last minute punye. yang kelakar tu, 6 bulan lecturer bagi tempoh siapkan assignment, boleh buat dalam masa 4 hari je. tupun siap pergi tengok konsert maher zain lagi. hang mampu?! time tu mulela nak menyesal kenapa tak buat awal-awal, dan harap markah lulus pun jadilah. hahah.

8. Sekolah memandu
- terimakasih cikgu zizan sebab tabah mengajaq kami yang super duper nervous tahap anxiety disorder. paling tak boleh lupa tagline beliau 'takpa, fida blajaq pelaan pelaan, fida buleh punya, abang zizan ajaq kasi pandai (sambil mengelap peluhpeluh didahi)'.* dear as, ingat lagi tak cabarancabaran yang kita tempuh sematamata nak blajar memandu ni.hahah*

9. Kelas mengaji
- terimakasih obek toyyib yang mengajar sampai saya boleh khatam dengan jayanya. sampai sekarang masih ingat lagi tajwidtajwid yang diajar dan kitab shafinatunnajah yang diajar.(tapi kebanyakannya dah lupa. ampun bek!hehe)

10. Kelas silat
- Masih ingat katakata seorang guru 'setinggi manapun kita belajar, banyak manapun kita belajar, kita tetap kosong dihadapanNya, pada akhirnya kita hanya akan berharap padaNya'. 

11. Paling penting sekali sekolah dirumah
- family lah cikgu sebenar kita. sebelum kita menjejakkan kaki ke sekolah, mak ayah antara orang pertama yang mengajar kita bertatih, berjalan, merangkak dan paling penting kenal erti hidup. adik beradik jugakla yang menjadi guru kita untuk berkasih sayang antara sesama kita.

eh, tak lupa jugak pada kawankawan yang bakal menjadi guru atau yang dah pun menjadi cikgu serta cikgi.
Susah kan sebenarnya nak jadi cikgu ni. banyak kerenah anak-anak murid yang menjadi cabaran. hehe

TERIMAKASIH BANYAKBANYAK KEPADA SEMUA CIKGU & CIKGI DIDUNIA!!
selamat dapat hadiah banyakbanyak. seronok ngat aih~
maap tak reti nak bersajak bagai.
ini saja yang mampu
dan tanpa kalian
mungkin saya tak dapat berdiri menjadi seorang saya sekarang ni.
terimakasih banyakbanyak
jasamu akan dikenang sepanjang hayat

eh, ade gambar  dengan cikgu time sekolah dulu
jom tengok!
 psst : maapla cume gambargambar ni je yang mampu diupload sebab dulu takde duit nak beli camera apetah lagi handset canggih tak mampu nak beli.

alhamdulillah, memasing mungkin dah menapak tangga kejayaan ^^,


ibu Azah. cikgu sejarah tingkatan 6

persatuan agama Islam.


Sidang Redaksi

cikgu PA kami. ^^,



cikgu ekonomi. cikgu salina

pengawas pusat sumber. eh, paling 'tinggi' la.haha

Kelab kaunseling.hihi
 psstt : takde hadiah yang paling berharga bagi seorang cikgu melainkan dengan melihat kejayaan anak murid mereka hasil daripada didikan & ajaran mereka sendiri. based on true story (pernah jadi cikgu tusyen & mengajar untuk adikadik 1st year dulu)

Thursday, May 16, 2013

Flashback : cik semah pegi umrah

Assalamualaikum
dah lame rasenye tak update blog
maaf kerana kebusy-an & kepenatan bekerja
^^.

24/02/2013
merupakan tarikh keramat buat cik semah
sebab pada tarikh tu buat pertama kalinye beliau menunaikan umrah
Alhamdulillah lepas 2x tak jadi
kali ni dapat jadi tetamu Allah

Jadi, sehari sebelum berlepas
kami sekeluarga ada buat kenduri kecil-kecilan
just panggil geng yaasin mak
dan keluarga saja
tak lupe jugak singgah kubur arwah bapak
nak bagitau bapak yang mak nak pegi umrah
:')

sekitar kenduri geng yaasin Taman Ehsan Jaya

Bakti seorang cucu

pada hari kejadian
aku diberikan ujian kecil
demam panas pulak datang
mungkin demam sebab bakal ditinggalkan
tapi depan mak, aku gagahkan jugak

sekarang dah cukup seminggu mak kat sana
Alhamdulillah seronok dengar suara mak dari sana
boleh dikatakan setiap hari mak kol & sms
suaranya pon kedengaran happy sangat

mak cakap
' mak baru lepas melawat ladang kurma'
'mak kat masjid sebelah kaabah'
'ramainye orang macam semut'

terasa macam nak pergi jugak
mudah-mudahan dikurniakan rezeki yang melimpah
supaya dapat jejakkan kaki kat sana jugak

untuk mak
buat ibadah banyakbanyak ye mak
jangan lupe doakan kami disini
semoga mak sihatsihat selalu
dan balik dengan selamat
sayang mak!

bibir tersenyum hati sayu


cucu yang susah nak berpisah dengan mak

anak bongsu cik semah dah besar dah

Antara tukang hantar.heee

sebak!

specky ana saya sudah buyung.comel sangat!

TAKE CARE MAK

I MISS U SOO MUCH

Pssstt: she's my roomate, housemate, bestfriend so as precious mom.

Le JBAPC's Family

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berjaya bertahan selama 6 bulan kat Johor Bahru Account Processing Center (JBAPC), Giant Hypermarket.
Dikala ramai pekerja keluar masuk cabut, akhirnye dapat jugak aku bertahan 6 bulan & berhenti dengan cara baik.
seriously, bukan senang tau nak kerja under stress dengan gaji xberapa bersesuaian dengan kerja yang dibuat


by the way,
aku berhenti bukan sebab kawan-kawan
ye mungkin ade terguris hati
terutama bile kite buat kerja dengan iklas tapi makian & cacian yang kite dapat
sedih memang sedih
tapi benda pun dah berlalu. its ok.

Yes, agak menyesal berhenti sebab kena jadi penganggur semula
tapi ade sebab kenapa aku berhenti
and atleast selama 6bulan kerja ni
aku dah achieve personal target aku sendiri
antaranya :

1. Separuh dari tambang mak ke umrah dapat di ringankan


2. Dapat beli handset canggih manggih hasil titik peluh sendiri

3. Dapat belikan laptop untuk adik tanpa berhutang dengan siapasiapa

4. dapat bayar PTPTN atleast sikit
5. Dapat belikan beras untuk 3 family adikberadik

mungkin gaji yang ade tak seberapa
tapi aku puas sebab dapat buat orang tersenyum

dan pada kawankawan JBAPC
korang takkan rugi sesen pon kalau aku berhenti
kan?
dan untuk future job
mudah2an Allah permudahkan segalanya

Aamiin

ok, jom tengok gambar kenangan mase kat JBAPC dulu.

jejak jugak kaki ke JOMHEBOH

saya sudah pergi sini. anda bila lagi?

our gudang

Acah-acah buat kerja


pengganti kakak saya

antara ofismate yang paling rapat - kak dila

our section

officer yang kiut miut




hari terakhir pegi kfc sbg pekerja

heeee

mentor.tukangmarah.baikhati - kak eni

thank you for the present. heee


psstt : tekanan menjadik pemetik anggur. huuuu