Friday, June 24, 2016

Dugaan Bertunang

Assalamualaikum,

Terasa macam nak share experience dugaan sepanjang bertunang since ada kawan-kawan yang sedang bertunang dan ada masalah-masalah tertentu.

I tell you la, tak mungkin tak ada dugaan bertunang tu. Mesti ada. Cuma semua tu terletak pada diri kita dan pasangan. Antara kuat atau tak je.

So, meh i ols nak share ke you ols apa dugaan kami masa bertunang dulu.

1. ORANG KETIGA

Perasan tak, bila bertunang ni kita akan rasa or jumpa orang yang lebih baik bahkan lebih layak jadi suami kita berbanding pasangan kita. Ada juga segala EX, YAI, ZEK yang datang kembali merayu simpati. Aicewwahhh. Haha
Ok, as for me. Jujur diakui kenangan bersama EX, YAI, ZEK selalu mengganggu proses masa tu. Yela, since kami pun berpisah mungkin bukan dengan cara yang baik dan since kami pun dah terlalu lama berkawan, memang susah sangat nak move on tahap tak ingat langsung. Kadang tak perasan bila kita lebih bercerita dengan tunang (masa tu) how broken our heart when it happened berbanding berbincang pasal hal kahwin. Ewah inglis kelaut Fida ni. Sampai satu tahap kita sedar sendiri like 'WEI KAU PEHAL NAK CAKAP PASAL BENDA-BENDA YANG BUAT KAU INGAT DIA BALIK NI'. So, start dari masa tu dah berhenti bercakap pasal benda tu lagi bila tengok usaha tunang (masa tu) untuk buat yang terbaik untuk perkahwinan ni. Dan now, i am completely falling in love with my HUSBAND cause he still remain the same like before marriage.

2. KEHILANGAN

Masa kami bertunang dulu, sempat jumpa arwah abah yang memang nampak sehat walaupun dengan penyakit yang beliau ada tu. Tapi, mungkin Tuhan nak uji keluarga belah suami bila sebulan lepas bertunang arwah pergi meninggalkan keluarga. Masa tu suami nampak sangat serabut, ulang alik Nilai Johor semata nak tengok arwah abah. Takpela, dah terlalu lama sangat abah menderita, ALLAH lebih sayang abah. Masa kenduri arwah abah, masa tulah first time melawat keluarga sebelah sana, Tak sangka first time pergi sebab kenduri tahlil bukan sebab hari Perayaan. Alfatihah buat abah.

3. KEWANGAN

Rasanya ni la paling teramat amat mencabar. Awalnya, suami dah tunjuk jumlah yang memang sangat cukup untuk buat kenduri kahwin. Malah, beliau lagi nak mempercepatkan majlis kahwin sebab betul-betul dah bersedia katanya, (Padahal gatai dah time tu. KIKIKI). Tapi since memang lambat lagi majlis, duit tu dilaburkan dengan niat untuk buat tambahan kalau ada rezeki untuk buat beli rumah, Tapi Tuhan betulbetul nak uji, segala duit tu lebur sekelip mata bila ada masalah dengan pelaburan tu. Dalam hal ni suami jadi mangsa keadaan. (TAKGUNA TOK BELAGAK!) Bayangkan, lagi sebulan nak majlis, duit catering langsung tak bayar lagi. Lucky sangat duit wedding planner guna duit hasil gaji tiap-tiap bulan dan barang-barang lain bayar dengan duit main kutu. Masa tu Tuhan je tau betapa stress nya nak cakap dengan mak. Dan kalau mak tau masa tu jugak mak akan tunda majlis. Huhuhu. Alhamdulillah, things getting well pada akhirnya.

4. JARAK PASANGAN

Haaa, percayalah, tak banyak sikit akan ada masalah komunikasi bila pasangan duduk jauh. Nak berjumpa tak boleh selalu padahal konon-konon banyak benda nak settle bersama. Masa kami dulu, lagi teruk sebab bila suami kena kerja shift dan cuti yang tak menentu. dan bila dia balik johor, kita pulak susah nak cuti dengan beban kerja yang memang berlambak. Masa tu banyak bermain airmata jugak la bila kebanyakan benda settle dengan whatsapp je. Nak pilih bridal-whatsapp, nak pilih kad-whatsapp, nak pilih ini itu semua whatsapp, beli barang pulak gigih minta kak Mega or mak temankan even kat Kota Tinggi nuh. Bayangkanlah sehari nak jadi raja sehari masih lagi hantar mak pergi pasar borong, konon siang tu berurut berspa, sekali malam tu kena angkat bahan mentah dengan barang-barang dapur, Habis lulur ai ols tauu. Kadang sampai nak bergaduh dengan mak sebab kena ikut style mak, tahan je air mata even tak setuju tapi alhamdullillah lepas majlis mintak ampun  peluk cium mak sebab masingmasing mengaku jadi sangat stress.

Jadi guys, ni nasihat dari orang yang pernah bertunang tau, hadapi semua dengan minda yang terbuka. jangan terlalu difikirkan pada masalah, fikir jalan penyelesaian. Komunikasi antara pasangan sangat penting. Tolak ansur dan Give and take tu sangat penting lagi-lagi bila nak buat pilihan, Dan paling utama jangan lupa Tuhan. Setiap kali doa, mintak Tuhan tetapkan hati. Baik buruk tunang kita, kita yang dah pilih untuk jadi suami. Niat kena betul lillahitaala. Bukan kau niat lepas kahwin nak honeymoon mana, nak anak berapa etc etc etc. Dan nak bagitau dunia selepas kahwin ni sangat-sangat indah lagi-lagi bila jatuh bangun berdua bersama. Subhanallah taktau nak cakap indah cemana. Hehe

Jadi, enjoy moment masa bertunang sebab nanti pasti kita akan merinduinya. :)