Monday, November 10, 2014

Fasa kedua : meniti perubahan status diri

Bahagianya aku hari ini bukan kerana sebentuk cincin.
Bukan hanya kerana status diri.
Bukan juga kerana manisnya darah.

Tapi kerana engkau sang pujaan hati.
Yang sudi membahagiakan diri ini walau langsung xsempurna seperti wanita melayu terakhir layaknya.

Pesanku wahai kekasih.
Tolonglah tuntun hati ini dari kenangan lama yang maha menggugat jiwa.
Kuatkanlah hati itu dengan segala kekuatan jiwa yang engkau miliki.

Terimakasih kerana menerima diri ini seadanya.








Million thanks for those yang menjayakan Majlis ni dengan jayanya iaitu

Mekap by kak khairunisa (kakak ipar)
Fotografi by sulman (abg kandung)
Mini pelamin by aznis bridal
Katering by cik yati
baju by d'finas (kota tinggi)
tudung by qaqacollection (kawan bita)
hiasan manik by kak siti (jiran sebelah)
Bekas hantaran recycle by hanaliya (kakak kandung)
tepak sireh by obek (makcik)
Tajaan bakso by asmah ( mak kandung)
Drebar by firdaus (adik kandung)
Cincin by faiz (tunang bukankandung)

Dan tak lupa juga sokongan dari kedua belah keluarga.


Psstt : ada masa nanti aku update bajet untuk mejelis . Yang penting gambar semua meleps.


Monday, October 6, 2014

Fasa pertama

Assalamualaikum

Fasa pertama sebelum satu ikatan perkahwinan
Fasa dimana tak semua orang akan buat
Fasa yang cuma dikatakan adat.

Merisik.
Fasa pertama sebelum bertunang dan nikah
Fasa yang kau tak buat pun takpe
Fasa yang kau boleh sekali kan dengan majlis tunang

Tips : 

Actually aku bukan orang yang pandai nak cerita pasal benda ni.
Tapi pada sesiapa yang berhajat nak merisik tu bolehlah aku kongsi
Sikitsikit apa yang aku tau.

- pakaian. Bersopan

Perempuan berbaju kurung.lelaki up to u. Nak berbaju melayu lagi nampak hemsem.
Tapi kalau rase skema sangat, pakai jela t shirt yang sesuai. Nak lagi best takyah datang.haaa.amacam?haha

- buah tangan

Tak perlu hantaran.tak perlu tepak sirih. Cukup sekadar macam nak jumpa mak.mertua. bagi buah ke bahulu ke kalau mase tu tengah raya boleh bawak lemang, ketupat, rendang.

- cincin

Ni nak habaq. Ampa baru nak merisik.baru nak cop pasangan.tak perlu bagi yang mahal. Cukup sekadar dalam range harga rm150 - rm300. Manamana lelaki yang nak bagi cincin surprise make sure tau saiz jari manis pasangan.beli saiz lebih satu saiz dr saiz pasangan. Cth : pasangan jari saiz 10 beli saiz 11. Takpun boleh bawak pasangan beli samasama. Atleast pasangan boleh pilih sendiri mane yang berkenan.

- pakai jari kiri ke kanan?

Ni antara yang buat orang dilema.pakai jari kat tangan mana.
Ok antara tips yang aku tau. Kalau majlis merisik asing dengan majlis bertunang, pakai kat jari manis kanan. Tapi kalau majlis merisik sama dengan majlis bertunang pakai kat jari manis belah kiri.

- rombongan

Rombongan tak perly bawak orang kampung.cukup sekadar family dan adik beradik.
Kalau takde adik beradik cukup mak ayah saje. Simple je kan?

Ok tu je kot setakat ni. Kalau ada lagi aku akan edit dalam blog ni lagi ye.

gambar sekadar hiasan


Psstt : blog updated via phone. Kindly ignore typing error if any.