Monday, October 17, 2016

Review Scan 3D / 4D

Assalamualaikum,

Halo. Halo. Halo ebriwan!!

Hahaha, amboi kemain ceria lagi ummi ni kan.
Ok, entry kalini  ummi nak share review ummi pergi scan 3D & 4D tengok budak kecik dalam perut ni ha.

Sebenarnya since dari first lagi memang dah dalam 4 5 6 kali gak ummi scan budak kecik ni. Paling banyak scan masa dia first trimester dulu since ada saja problemo nye. Dengan bleeding lagi, dengan tak tau EDD (estimate due date) lagi dengan problem GDM on diet lagi.

Firstly first,
Soalan yang selalu orang tanya. TAK BAHAYA KE SCAN SELALU? orang kata nanti baby cacat.
Hmmm, tell u what. Scan dengan Imbasan X Ray tu berbeza ye ibu-ibu. Scan baby ni melalui gelombang je, yang X Ray tu yang bahaya sebab ada sinar X bagai tu. Jadi, dari awal lagi duktur kita dah habaq no worried nak scan juta2 kali pun boleh je aihhh. Tak kacau baby pun. Setakat kacau die sebab kita tekan2 perut je. kikiki. Alaa, ummi tak reti nak explain secara saintifik. Engkorang pandai-pandai la gugel sendiri ye.

Lepastu orang tanya, SCAN NI ADA MACAM2 JENIS KE?
Ye, scan ni ada banyak.

Scan 2D - yang hat gambar hitam putih yang boleh tengok heartbeat tu. Yang ni selalu KK akan buat untuk tengok perkembangan baby. Means secara details la, tulang dia, diameter kepala dia, heartbeat dia. Tapi KK tak selalu buat. Setakat mungkin sekali setiap trimester or kalau ada masalah ke ape ke. Macam ummi ni doktor KK dah pesan akan check tiap bulan (sejak dah cecah 5 bulan aritu) untuk pantau if baby besar sebabnya ummi ni di diagnosed GDM on diet, orang kampung panggil kencing manis. Hahahaha (kelakar tau kecik-kecik ada kencing manis), So risiko ummi kalau baby besar sebab nanti akan bermasalah time nak beranak. nak tengok jantina pun boleh tengok dari scan 2D.

Scan 3D - yang ni la orang buat untuk tengok cemana rupa gaya baby yang bakal keluar. ikut omak eh ke bapak eh ke. hahaha. Dia yang warna coklat tu. So, nampak fizikal dan luaran baby lebih jelas. Dari situ juga doktor akan pantau in case ada kecacatan luar contoh if baby sumbing ke or ada kecacatan lain.

Scan 4D - Dalam bentuk video. Kita boleh tengok baby bergerak dalam perut. time die bersila, time die ketuk-ketuk perut, time die hisap jari. Masa tengok Allahu taktau nak gambarkan cemana perasaan seorang ummi. Nak nangis tengok benda bernyawa boleh hidup dan aktif dalam perut kita. huhu.

Ok, so sekarang ummi nak review kat mana ummi buat scan & ummi ambik pakej scan ape je. So, here we go.

Ni pun kawan ummi yang suggest pergi tengok scan 3D & 4D kat sini since layanan yang mesra dan harga yang berpatutan.

Tempat : Klinik Dr. Nadira, Bandar Bukit Mahkota, Kajang
Lokasi : Sempadan Nilai 3 which is kurang 10minit dari Taman Semarak, Nilai
Harga untuk scan details : RM150  (week 18 - 23) (untuk tengok perkembangan baby secara keseluruhan)
Harga untuk scan 3D & 4D : RM98 ( week 24 - 32 ) (untuk tengok fizikal, jantina & pergerakan baby)
Harga untuk scan 2D : (bila-bila masa) kurang dari RM60 bergantung kepada keadaan baby

So, selepas buat appointment sebab takut nanti ramai orang & tak terjumpa doktor. kitorang pun decide nak datang malam dalam pukul 8.30 gitu. Masa sampai klinik tengok masih tak ramai orang, masuk2 daftar terus kena panggil.

Dr. Nadira pun kenalkan diri ramah mesra kejap, buat kitorang rasa selesa sangat. Layanan dia sangat sangat teramat baik. Haishh memang recommended. Masa dah baring pun masih juga dia berbual-bual mesra dengan kitorang laki bini. yang kelakar tu masa masuk tu laki ai ols tanya lah ' Boleh masuk sekali ke suami ni doktor?' Tenang je doktor jawab 'nak bawak sekampung pun boleh...' hahaha

Ok then mula-mula Doktor tengok scan 2D dulu. Tengok keadaan baby. Pergh, awal-awal die dah dapat tangkap jantina baby. Haaaa, tengok tu anak awak baby ------- (doktor terus bagitau jantina). orang yang paling happy sekali dapat tau confirm la ayah dia. Ummi ada sikit rasa terkilan la tapi tetap happy tengok baby gerak. Siap bersila lagi engko. Kemahennnn!

Lepastu baru doktor tunjuk yang 3D tapi tula budak kecik ni susah betul nak tunjuk muka. Dia tutup2 muka, alih2 muka. sampai doktor main goncang2 sikit perut ummi.Geramm punya pasal dengan budak kecik ni. hahaha. At last nampak juga muka dia. Eh eh muka siapaaa tuuuu.


Tu yang gambar atas tu muka baby. Sekali tengok pun dah tau haih ikut siapa. mestila bapak ehhh. sebab tu la selama ni kalau dia nakal dalam perut, bila tangan ayah yang pegang perut dia dok diaaaammm je. anak ayah betul. haha.

Yang gambar bawah hitam putih tu jantina dia. kalau nampak teka la jantina ape. hahaha.doktor siap bagi 200% confirmation dengan jantina tu. dah siap suruh beli barang dia lagi. hehehe

Lagi satu, Dr Nadira akan pastikan kita betul-betul puas hati dapat tengok jantina dengan rupa anak kita tu. Haritu kitorang consult dalam lebih setengah jam jugak la. Keluar-keluar tengok dah ramai patient. hahaha

So, kesimpulannya Ummi nak suggest sangat-sangat la pada sesiapa yang ada kat area Nilai ke Bangi ke kawasan yang berdekatan dengannya, kalau nak buat scan 3D or 4D tu pergilah buat dengan Dr. Nadira sebab layanan dis first class dengan harga yang amat-amat berpatutan.