Sunday, September 15, 2013

Dirisik?

Assalamualaikum

Salam Rindu buat semua
ahailah.-bajetretis-

Ape macam tajuk?
Ada terkejut ka?

Setelah sekian lame tak update blog yang berhabuk ni
Aku ade story nak bercerita dengan kamu orang
eh
sebenarnya banyak benda nak cerita
tapi tak terluah
sebab dah lame tak pegang laptop
online guna phone saje
duniahujungjari katenye

jadi, for now aku cerita satu cerita nih

Nak dijadikan cerita
Last syawal haritu
ade dapat satu kunjungan yang
pada mulanya biasa
tapi berakhir dengan sebuah pengharapan darinya
amboi

orang tu jiran sebelah blok kami
entah mana datang topik pasal kawin
tibatiba makcik tu cakap
'farida nak tak kat anak saya?'
mulanya aku anggap cuma gurauan semata
tapi bila dah berkalikali tanya
jadi terkulatkulat nak jawab
akhirnya hanya mampu tersenyum
dengan jawapan spontan
'saya tak layak untuk anak makcik, saya tak cantik, takpandai masak dan paling penting belum matang. cuma kalau dah jodoh saya, sekuat manapun saya nak tolak tetap akan datang pada saya jugak'
lalu makcik tu sambung lagi
'kalaulah kamu berdua setuju, raya haji ni jugak makcik hantar rombongan'

ALLAH
makin sesak dada den
makcik, tolonglah faham
saya tak pernah berbual sekali pun dengan anak makcik
macam mana saya nak setuju nak kahwin dengan beliau
entah dia pun sudah ada calon agaknya

makin risau bila mak cakap
makcik tu sudah lama perhatikan kamu
dan anaknya jenis mengikut cakap orangtua
dan pada akhirnya kamu yang akan memberi jawapan
sama ada YA atau MAAF

berharihari aku pikir pasal hal yang satu ni
berfikir macamana nak tolak dengan tanpa sakitkan hati manamana pihak
sudahnya mak yang beri jalan penyelesaian

'sudahlah tu adik,
kalau betul mereka nak
mak akan cakapkan bagi pihak adik
adik nak stabilkan kerja, nak jaga mak, nak balas budi mak
itu alasan yang mak akan bagi'

terima kasih mak
u are the best mom ever
mak tau mana yang terbaik untuk anak mak yang sorang ni

cuma, 
pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni
sebagai sorang perempuan
tak perlu kita menonjolkan diri pun
dah ade yang menengok dari jauh

dan memang
jodoh dari orangtua memang yang terbaik
cuma zmn skrg xsama mcm zmn mak ayh kite
terlalu ramai anak yang hipokrit dgn keluarga
baik depan keluarga- dajal depan rakan
berkenalan itu perlu utk tau dia sekufu atau tidak dengan kita
(maksud aku cara hidup)

dan last
hal kahwin ni bukan setakat sehari dua
persediaan zahir batin itu perlu
tepuk dada tanya diri
kita dah sedia nak hidup dengan orang itu?
bersedia tak nak kongsi hidup dengan orang yang mungkin berlawanan sifat dengan kita
jadi fikir masakmasak

sekadar gambar hiasan

sekian.

psstt : bila jadi benda camni dalam hidup aku, mula aku sedar. ya, aku sudah semakin ke arah kedewasaan. perlu lebih matang.