Thursday, June 28, 2012

undefined


diantara dua iF
antara rindu dan stress
alhamdulillah yang satu dah selesaikan
walaupun jawab sampai nak termuntah
tinggal yang satu lagi
give me time eh?
teruskan usaha anda
^^,

psstt : hati perempuan ibarat kerak nasi, kerasnya dapat dilembutkan bila direndam dengan air.


Monday, June 25, 2012

Gadis semasa

Assalamualaikum

lately aku banyak dengar tentang kes gadis semasa
oh, kes?! macam teruk sangat je kan
ye, bagi aku teruk dan semakin parah

budakbudak sekolah menengah baru darjah 6
dah pandai nak keluar naik motor dengan pakwe
dah pandai nak bergaya
sedangkan aku dulu
kesat hingus pon masih tak reti (ni hiperbola!)

sedih bila aku tengok gadis semasa
ya,aku bahasakan gadis semasa
'ahh,rilek la.biasela! zaman dah maju dunia dah canggih'
'wadehel dengan pakaian ketinggalan zaman, rimas la pakai baju besarbesar'
'kemonlah, modern sikit boley? standard la kalau pakai pakaian macamni.'
'ahh,persetankan fikiran konservatif itu. kite ni gadis semasa'
sedih dik. sedih!!

mane perasaan malu tu?
mane kesopanan kau tu?
mane semua tu?mane?

eleh, macam kau tak pernah buat semua benda tu!
ya, aku akui. aku pernah tersilap langkah
dan sebab itu aku nak mengingatkan
jangan sampai maruah kau hilang tergadai
baru kau nak menyesal bagai
masa tu baru sesal. mak! abah! tolong aku.

aku bukan orang yang baik untuk menasihat
dan aku sedar aku tak layak untuk tegur
sebab aku manusia bukan malaikat yang sempurna
tapi aku juga wanita
dan aku jugak akan terasa bila lelaki cakap
'ahh, pompuan tu aku dah rase. kau nak? amekla'

pengalaman, pergaulan mendewasakan aku
lelakilelaki itu dik mereka hanya nakkan kepuasan
ulang! kepuasan.
dan pernah aku dengar dengan telinga aku sendiri
lelaki yang membayangkan wanita tanpa pakaian 
dan apa alasan mereka?
"alah, diorang pakai camtu pon sebab nak bagi kitorang bayang'

sedih!
sedih bila aku kenang
gadis semasa yang hanya kejarkan kilauan kaca
yang mengejar nafsu dunia

Tuhan,
Jauhi aku dari segala fitnah dunia
ciptakanlah dinding dalam diriku
agar bila aku mau melakukannya
akan terasa aku dengan siksa azabMu

Tuhan,
lindungi juga mereka
saudara sejantinaku
agar mereka sedar
yang mana kilauan kaca yang sementara
dan yang mana kilauan permata yang sebenar
Aminn

*****
Rasa nak menangis dengar lagu ni
tolong renungkan wahai wanita

 Dilema by Hijaz

Lihatlah panorama dunia
 Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Dimanakah budinya dimanakah akhlaknya
Sungguh pilu dan Sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta

kembali kepadaNya juga pada rasulNya
pasti dihadirkan taufik dan hidayahNya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi ummul mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
kembalilah..

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza diantaranya

sekali aku silat baru tau!


Saturday, June 23, 2012

Ujian demi Ujian

Assalamualaikum

Disaat aku post update terbaru ni
kemungkinan di Singapore mak sedara aku sedang dibacakan Yaasin
al-fatehah buatnya
semoga rohnya dicucuri rahmat 

siapa dia?
dia kakak kepada arwah ayah
satu-satunye keluarga belah ayah yang aku kenal rapat
disaat mak hilang panduan hidup
sebab kehilangan arwah
dialah yang banyak bagi semangat

sekarang,
lepas 8 tahun arwah ayah meninggalkannya
dia pula yang menyusul

sedih bile terkenangkan
lagilagi bila dah lama sangat tak jumpa
obek,
adik doakan obek sejahtera bersama para muslimat solehah
semoga rohmu dicucuri rahmat

**
Tuhan, banyaknya ujian yang Kau berikan padaku akhir-akhir ini
terima kasih Tuhan :')
mungkin aku terpilih untuk menghadapinya
semoga dengan ujian yang diberikan, iman ku semakin bertambah kuat
kadang aku tak kuat menghadapinya
maka, berikanlah aku kesabaran
Aminn
selagi saya kuat saya akan terus dan terusss tersenyum walau hati saya menangis :')
psstt : i really need somebody's shoulder to cry on. :'(

Tuesday, June 19, 2012

Caution!

Assalamualaikum

Really sorryy
Currently, my heart is under construction
 
 
 
So, for now it is tooo fragile
 

jiwa kacau disaat exam
sangat naisss!
tapi aku kuat
[ kite janji walau apepon jadi kite tak nak menangis (atleast tak nangis depan orang)]

and untukorang sekeliling
nak mintak mahap awal awal kalau seandainya ade tertacing kat manemane
terkasar bahasa atau terbuat muka



by the way,
terima kasih untuk segalanya
:')

Friday, June 15, 2012

Happy Birthday Kakaks

Assalamualaikum

a big fat HAPPY BIRTHDAY wishes flying to
HANALIYA and MEGAWATI
kakakkakak saya yang sangatsangat saya cintai dan saya sayangi

happy 25th birthday untuk Specky Ana
yang menyambut birthday pada 13 Jun lepas
dengan ucapan selamat hari raya selamat hari lahir
Semoga dengan bertambahnya usia
maka semakin matanglah anda ye
dan sentiasa tabah dan bahagia disamping suami yang tersayang
(haih, dah berlaki dah kakak aku ni)
dan mudahmudahan dikurniakan anak kembar yang sihat dan cergas
dan boleh jadi pemain bola sepak yang tak dilanda kontroversi
kehkehkeh~



tak lupe jugak untuk kaklong saya, Megawati
yang dah mencapai umur 30 tahun pada hari ini (16/Jun)
selamat hari keluar perut mak diucapkan
dan jugak dengan ucapan tahniah sebab akhirnya dapat baby perempuan
semoga keluarga kakak semakin meriah dan lepas ni adelah kawan yang boleh tolong memasak
dan jugak semoga perkahwinan korang akan menjadi semakin bahagia walaupun dah 10 tahun bersama

akhir kalam,
adik sayang kat korang sangatsangat
semoga dapat menjadi anak yang solehah dan tak pernah melupakan keluarga
walaupun dah bersama disamping suami tersayang

love,
adik


psstt : Mak dan ayah kami memang pandai merancang sebab dalam family majoriti lahir bulan 6 dan 7. teringin pulak nak tau rahsia 'perancangan' diorang nih.kehkehkeh :P

Thursday, June 14, 2012

Sahabat Sejati


Assalamualaikum

untuk seorang teman
kalau kau terbace blog ni
aku nak dedikasikan satu lagu untuk kau
.
.
.

Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 
 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

.
.
.
aku betulbetul terase macam stranger pada kau
TOTALLY stranger
macam selama ni kau tak pernah kenal pun aku
tapi aku pegang pada satu perkataan
"walau teruk manapun dugaan, kalau betul dia kawan sejati, dia takkan jauh dari kita. dia akan ambik tahu pasal kita walaupun kita tak rase kewujudan dia"

cume 1 je aku harap
time aku konvo nanti kalau kau tak sudi nak jumpe aku pun
kalau kau jumpe mak aku tolonglah tegur die
sebab selama ni die selalu kirim salam kat kau
tapi aku tak mampu nak bagitau kau
maafkan aku

assalamualaikum
^^,

psstt : perempuan tak lekang dengan emonya. tapi lelaki juga tak lekang dengan egonya.

Sunday, June 10, 2012

fotoshoot bersama ahli cubbies

Assalamualaikum

(lapaq cendol pulut aih!)

dedikasi untuk ahli-ahli cubbies yang cute

korang,
2 tahun duduk 1 cube dengan korang
banyak kenangan yang aku takdapat lupekan
pahit manis suka duka
semua kite lalui samasama

and wasiat aku untuk korang

Hanan,


nanti bile dah kawen takmau garanggarang eh
teruskan pakai tudung
hanan nampak lawa sangat pakai tudung
nanti jadi isteri solehah tau
^^,

Wawa,


cepatcepatla kawen dengan irwan
kau dah layak jadi bini dah pon
pandai jage encik demok tu
^^,

Wani,


kawan yang aku anggap macam kakak
kakak yang matang
dah nak kawen jugak
nanti nak kawen jangan lupe jemput tau
^^,

Pzah,


Fida harap hubungan pzah dengan abi takkan putus
and mudahmudahan hubungan secret korang akan diakhiri secepatnya
ala, tomeytomey tengok korang berdua
kalau jadi kenyataan fida akan rase hepi sangat
^^,

Bita,


kawan sejohor sekampung
kau je ni yang single
tapi aku tau kau banyak sangat pilihan kan?
hehe..
jangan choosy sangat beb.
^^,

As,


my dearie rumet yang dah 3 tahun bersama
kejar citacita kau
sape tau dengan jual nasi lemak bole beli harrier putih sebijik kan
lagi satu,
sebagai perempuan kite jugak berhak memilih masa depan yang terbaik
goodluck babes
^^,

and ni adelah hasil fotoshoot kite aritu
memang sangat cantek
ceria saje
keep in touch girls
sayang korang sangatsangat



captured by ME

sweet moment

cekak pinggang

teleng kekanan

teleng kekiri

angkat kaki!

the cuttest side of us

aucak!

kami yang comel


flying kiss

tak terkawal

dan semakin tak terkawal

hilang kawalan

free style dah - oke, as usha sangat pelik

kaki tak jejak tanah
psstt : Thanx Min sebab dah menjadi fotografer untuk kami. ^^,

newborn

Assalamualaikum
mempersembahkan waris baru keturunan Su'udi
.
.
.
.
.

jengjengjeng
.
.
.
.



nama diberi : Nur Izzati binti Suhaimi
anak ke2 dari dua beradik
.
.
.
.

ini kakaknye
.
.
.
.
 .
.
.

erk, maap ini mak andaknye
.
.
.
.


haaaa, baru betul kakak die
namenye Nur Izwani
panggilnye wawe

congratz kat Abg Amy and Kak Epah atas kelahiran baby baru
mudah-mudahan bertambah berseri keluarga kalian dengan kelahiran baby baru
wawe dah tak gaduh dah nak suruh ibunye pegi ambik baby kat hospital lagi
lepas ni dah ade kawan nak main pondokpondok kan wawe
^^,

 psstt : bile la kak ana nak pregnant.