Wednesday, February 29, 2012

tingkatan 6 bahagian I

Assalamualaikum
khaifa haluk

alhamdulillah,ana bilkhair wa ant?
(aplikasi kelas Arab taksat)
haha

alkisah, masa cuti tu sempatla aku berbualbual dengan adik kesayangan tentang masadepan die
(see, such a nice kakak kan?haha)

''kak, manje tak apply UPU tau''
''laaa,kenape pulak? poli pon tak apply?''
''tak! orang salah step la. tak patut masuk vokasional ni''
''nak pilih UPU pon U mane je yang layak dengan course orang ni, lagipun orang takminat''
tibetibe hati aku terase sebab aku yang pulun soh die amek sekolah tu dulu
''habes tu camne? nak keje je? takpayahla. selagi boleh study, study la''
''tanak sambung course tu la. tak minat, kang nanti xleh catch up''
(dalam hati : serious macam aku duludulu)
dia sambung lagi ''errr, akak form 6 dulu camne ek? oke x? orang kate susah?''
haaa,tibetibe flashback menerajang fikiran
.......................



dulu, nama aku tak tersenarai langsung dalam senarai pelajar Tingkatan 6 sekolah
Jadi, aku taktau camane cara manual Tingkatan 6 di offer.
Then, ari pertama tingkatan 6 aku jumpe P.K HEM sekolah
(which is aku takpernah terpikir pon akan berurusan dengan beliau)

Aku : Cikgu, kenapa name saya takde dalam senarai pelajar ek?
cikgu : Awak bawak result?
Aku : Bawakbawak.. Nah, ni die.
Cikgu : Ish, mustahil awak takdapat. result awak dah lebih dari cukup untuk syarat kemasukan. cube awak pegi PPD and trus apply form 6. Awak pegi arini jugakla biar settle cepat. lagi lambat awak masuk lagi banyak awak kena catch up''
Aku : PPD?? arini jugak?? (telan air liur sambil buat muke separuh sedar)''

seriously, aku tak pernah terbayang akan berurusan dengan PPD seorang diri.repeat. seorang diri
bayangkan, dalam umur 17tahun aku kena pegi tempat yang asing bagi aku untuk berurusan secara rasmi.
Jadi, dengan langkah berani mati aku ngajak kawan aku ( jasamu dikenang Syafiqa Suhaimi) pegi apply kat sane dengan just berbekalkan result SPM, tanpa surat rasmi nak apply form 6!

oke, mase mulamula masuk pejabat dah cuak dah
pegi kat kaunter pertanyaan..
'' Assalamualaikum, tumpang tanye. kat mane ye tempat yang saya boleh apply untuk tingkatan 6''
gile ayat tunggang tebalik! nasib baik akak tu paham soalan aku. Jadi, die tunjukla ofisnye.
Bile bukak je pintu ofis tu rupenye ramai jugak orang yang senasib. 

tibetibe, 
''awak pakai camni nak berurusan rasmi?''
aku dah cuak.aku dah cuak.. erk,aku ke yang die maksudkan..
''maaf encik, saya taktau''
ffuuhh, nasib baik bukan aku..die cakap dengan budak lelaki yang pakai suar jeans koyakkoyak gaya rempit masuk PPD. dialog seterusnye malas aku nak amek tau.

oke, aku dipanggil
encik : ye, ade masalah ape?
aku : erm, saya nak tau kenapa ye nama saya takde dalam senarai tingkatan 6 kat sekolah saya.
encik : tengok result awak.
then encik tu check name aku dalam data komputer
encik : awak memang dah layak tapi masalahnye nama awak ade kat tempat lain
aku : maksudnye encik
encik : awak dapat MATRIKS untuk setahun. so, awak masuk MATRIKS jela.
aku : tapi saya tanak masuk MATRIKS
encik : apsal pulak? lagi bagus awak masuk MATRIKS dari masuk form 6.
aku : saya tak mampu nak amek subjek sains lagi la encik. Results saya pon yang menyepoilkan sume subjek sains.
encik : Awak tak cuba awak taktau
aku : saya dah cube lepas PMR lagi encik, dulu saya nak amek course account cikgu saya suruh teruskan sains,jadi inilah jadinye.. masalahnye saya tak minat sains dari darjah 5 lagi encik..
encik : kenapa pulak gitu?
aku : dulu saya amek ujian PTS, jadi saya terus lompat darjah 5. Jadi saya selalu dicicirkan kat kelas sebab takleh catch up sains darjah 5. cikgu saya mase tu anggap saya dah tau sume subjek darjah 4.
ujar aku sambil buat muke kesian tahap IV
encik : oke la, saya masukkan nama awak dalam senarai form 6 sekolah awak. saya tolak nama awak kat MATRIKS ni. jangan nyesal!
(eleh, ugutanmu tak berkesan dihatiku encik.haha)
aku : yeke!terima kasih encik, tapi saya nak mintak satu lagi la..bole tak saya nak kelas sastera?
encik : takboleh, kami kena letakkan berdasarkan result. kalau awak nak tukar kena isi borang kat sekolah nanti. buat mase sekarang ni je yang saya mampu tolong.
aku : okela, dari tak dapat langsung.hehe (naseb baik tak joget depan encik tu.cover ati, cover,jangan nampak hepi sangat)
(mesti encik tu cakap dalam hati : orang macamni pun ade ke?)

Jadi, aritu jugak aku settlekan masalah kat sekolah. dan mase aku apply form 6 aku masih lagi bertaraf pekerja part time shopping mall. Jadi, petang tu aku dipanggil untuk keje even aku dah mintak nak amek cuti. bos tarak kasi.walaoh, manyak penat woo.. (oke,part ni tak penting pon sebenanye)

keputusan yang aku buat ni nyata mencetuskan perasaan takpuas hati dalam kalangan keluarga, guruguru dan jugak rakanrakan. Dalam masa yang sama aku juga perlu memberi fokus kepada keje dan study. dan walaupun aku berpeluang masuk tingkatan 6, aku masih perlu masuk ke kelas sains.Tapi, aku tetap bermatiamatian nak dapatkan kelas sastera. kalau aku masuk kelas sastera, permohonan biasiswa aku juga akan ditolak.Jadi, apekah kesudahannya? kita nantikan di episod akan datang bertajuk Tingkatan 6 Bahagian II.

psstt : kalau ade permintaan baru aku sambung. if not takpayahla. haha


Monday, February 27, 2012

Berbakti bersama siswa/i di Kg Seri Mendapat

Assalamualaikum
Wah,tajuk macam nak tulis buletin majalah sekolah.haha
Apekejadah sebenarnya ni ?
Actually, semester 5 aku kelmarin ditutup dengan program baktisiswa ke Kg Seri Mendapat, Batu Pahat.Johor


Trivia Kg Seri Mendapat

·         90% orang kampung ni berketurunan Banjar.
·         Sebutan Bahasa Banjar ni lebih laju dari bahasa melayu,Jawa ataupun Boyan.
               Bak kata nenek angkat aku ‘ bahasa banjar macam bahasa ayam patuk jagung’.
·         Kedudukan antara sebuah rumah dengan rumah yang lain jauh.
·         Makanan tradisional dorang disebut  ‘Nasi gaul’


Jumaat, 200112
Hari Pertama

Bertolak dari USM lepas solat jumaat.
Sampai ke Kg. Seri Mendapat pukul 1 pagi
Rupa-rupanya orang kampung dah menunggu dari pukul 10 malam lagi
Masing-masing dapat keluarga angkat malam tu jugak
Aku bertuah sebab nama mak angkat aku sama dengan nama aku
Dan disitu jugak aku dapat kawan baru,Lia dan kawan lama Fiza dan depa adalah adik beradik angkat aku.
Sampai rumah keluarga angkat terus rehat dan tidur.

Trivia keluarga Encik Mahdi dan Puan Faridah (parents angkat kami)

mak, kami dan ayah
·         Dalam rumah tu ade nenek, ayah, mak dan dua adik lelaki angkat kami,Fahmi(19) dan Fifi (17)
·         Kakak mak angkat kami ruparupanya penah menang pertandingan Tilawah Alquran peringkat kebangsaan. (Fuh,bangga kejap)
·         Nenek akan mengaji setiap lepas solat subuh (mulamula kami ingat suara tv, rupanya suara nenek)
·         Mak kami memang pandai masak.dan masakan die sume sedap
·         Ayah kami pemalu tapi suka bergurau
·         Fifi dan Fahmi pulak malumalu ayam tapi kaki pekena orang.

Fifi yang pemalu gila (kakakkakak die steady je buat muke xmalu)


Sabtu, 210112
Hari Kedua


Pagi tu pukul 9pagi persatuan aerobik makcik kampung  buat persembahan aerobik samasama  dengan kami.Sangat best!

oleh kerana daun pokok kelapa ni mengganggu sesi aerobik kami, sorang macik mengamek keputusan untuk mengikatnya
*kesian kau daun*
Lepas aerobik, kami kemas surau dan ade jugak yang rewang untuk kenduri malam nanti.

amboi as, matching beno dengan orang sebelah
Petangnya pulak ade aktiviti sukaneka dengan orang kampung.depa memang sporting =)
Malam tu depa buat kenduri kecil-kecilan dan kami jugak dapat makan makanan tradisional depa.kami makan dalam dulang.geng family angkat aku makan tambah dua dulang.haha
Kenyang~

inila rupe nasi gaul ye tuantuan
Berakhir kenduri,maka berakhir jugaklah aktiviti hari kedua.

Ahad, 220112
Hari Ketiga

Pagi tu depa buat pertandingan ukir buah dan jengjengjeng..the winner is family angkat saya!!!Fiza and mak la yang mengharumkan nama keluarga kami.sayang korang la.hehe






kretip sungguh orang kampung ni yek
Fahmi pulak hampirhampir je menang pertandingan lawan tangan.aku tetap bangga sebab even die kidal die tetap boleh.tapi cume lawan die badan tegap sangat.huhuhu
And tengah hari tu majlis penutup dan diorang serahkan gambar yang diamek pada malam pertama kami menjejakkan kaki ke kg. Seri Mendapat.hah,buruk gila muke mamai aku.haha
Petangnya,ayah ngan mak ajak kami pegi jalanjalan ke Ayer Itam.dan dapat la jugak cenderamata.paling best,mak belikan hadiah untuk kami bertiga.yeay~~
Malam tu pulak kami dapat tengok persembahan kuda kepang.best la jugak.ade unsur-unsur mistik.makan asap,makan kaca.and agak seram jugak.haha.

Isnin, 230112
Hari Keempat

Time to say goodbye to them.=’(
So, berakhirlah program berbakti dengan orangorang kampung yang ramah dan ceria.
Saat yang sangat emosional bagi kami especially yang dari utara sebab bukan selalu diorang nak datang johor
Family angkat jugak dah bergelengelen air mate yang keluar.sedih bebeno.huhu
Tapi aku dah pesan kat mak, jangan tangisi pemergian kami, nanti kami pun samasama sedih.

mata wani berkaca.wuuuu 

Thanx for orang kampung Seri Mendapat,
Aku dapat sesuatu dari program ni
Dapat kenal bahasa diorang, makanan tradisi diorang, dapat family angkat yang baik, dan adik beradik yang sporting gile.
Thanx jugak pada AJK yang bagi peluang untuk kami berkhidmat disini.
Kalau ade lagi jangan lupe ajak.
.dotz.

more pictures?
check it out :















Psstt : mak angkat aku terer giler ber sms and bahasa die sangat rock.wa sayang lu la mak.hehe

Saturday, February 25, 2012

hati yang diusik

Assalamualaikum

Dah dekat seminggu bermula sem baru
Minggu yang agak busy untuk uruskan itu-ini
tambah lagi dengan semester terakhir
lagi banyak bende kena buat
pilihan subjek kena buat betulbetul sebab ni la terakhir nak buat sehabis baik
dan dekat seminggu jugakla aku meninggalkan bumi johor
meninggalkan mak dan sikicik akim

sepanjang lebih kurang sebulan cuti
banyak bende baru yang aku belajar dari budak sekecik akim
keletah die, perangai die, ketawa die semuanya aku dah hafal
dan alhamdulillah die membesar jadi anak yang sangat menawan hati

5 bende yang buat hati aku terusik dengan perangai die

hai. saya akim :)
1. Muhamad Mustaqim bin Sulman yang aku kenal akan cepatcepat carik songkok die dan bentang sejadah kat sebelah bile mak nak sembahyang. dan die akan samasama sembahyang sambil mulut terkumatkamit macam dah pandai sangat baca doa dalam sembahyang. dan die akan ikut pergerakan dalam sembahyang and it surprising me because this 2years old kid manage to do it 90% perfectly.

2. Kebiasaannya bila mak berdoa lepas sembahyang, mak akan baca doa dengan bersungguhsungguh sambil tutup mata dan kadang menangis. dan budak kecik ni akan amek tisu dan mula lap kat muka mak sambil pujuk 'mmaaaakkk''..so adorable.. rasa nak menangis bile die buat macamtu..

lap airmata mak =')
3. Dia lebih suka makan sendiri dan ade pinggan die sendiri.tak suka orang suapkan. tapi sebelum die makan die akan angkat tangan dan mulut terkumatkamit bace doa (walaupon die masih belum pandai bace doa). dan die akan marah kalau kita tak samasama angkat tangan doa dengan die.

4. Memang dari sejak dia baby, mak rajin bukak channel astro oasis time maghrib dan zikir favret die yelah hasbi rabbi.. die akan samasama ikut rentak zikir tu bile dengar. dan bile dengar azan berkumandang die akan letak jari kat bibir sambil buat 'syyhh' dan letak tangan kat telinga. hailah,comel sangat.

hantar mak andak kat stesen bas
5. bile kite urut kaki, dia akan mule carik minyak nak letak kat kaki tu then die urutkan kaki kite. semakin kite buat muke kesian semakin banyakla minyak yang die letak. haih, bile tengok die ngurut rase macam nak gigitgigit je pipi die tu. suke buat perangai yang menawan hati.

seriously, sape je yang tak tertawan dengan sikap die macamtu. die memang sorang budak yang bijak. kadangkadang tak sangka pun die akan buat macamtu. dan haritu mak telefon, die cakap akim mencarik mak andak die. die carik aku kat bilik, carik kat dapur. ' maaakkk, andak ne??'' ahai, rase nak nanges pon ade. dengan aku yang rasa tak tenang kat USM ni (aku pon taktau kenapa tak tenang) bile dengar suara die rasa macam nak meleleh airmata.naseb baik ade kawankawan. kena cover beb. Akim, mak andak rindu kamu. ='(

buah ati mak andak dah makin besar. xlarat nak 'kukung' dah

Tuesday, February 21, 2012

onde-onde a.k.a klepotan

Bahan-bahan :

Bahan A :
Tepung kanji
Air daun pandan (blender daun pandan dan amek airnya saja)
Garam secukup rasa

Bahan B :
Gula melaka yang dipotong kecik

Bahan C :
kelapa parut
Garam secukup rasa



Cara-cara : 

1. Panaskan air dalam periuk.

2. Campurkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang berwarna hijau muda (warna bergantung kepada  kuantiti daun pandan)

3. Bulat bulatkan doh tu kepada bulatan yang kecik dan comel.Seterusnya masukkan gula melaka yang dah dipotong kecik kat tengah bulatan dan tutup gula melaka semula. Biarkan ia menjadi bahan misteri dalam bulatan kecik tu.hehe..

4. Bila air dah mendidih, masukkan bulatan kecik tu dalam periuk 

5. Dalam masa yang sama, sebatikan semua bahan c dalam bekas loyang.

6. Bila bulatan kecik dah masak (tips : bulatan akan timbul kat permukaan periuk bila dah masak), toskan dan sejukkan dulu.

7. Golek golekkan bulatan kecik tu kat loyang yang ade bahan c. Bila permukaan bulatan dah penuh dengan bahan c,terus susun dalam pinggan. 

8. Hidangkan dan makan dengan teh o panas.Siap!hehe


Psstt : well, it is my first time.takla sesedap mak buat but still sedap.not bad for the first timer.hehe