Friday, December 30, 2011

kelas seni

Assalamualaikum
 salam kedamaian buat semua
V(^^,)V

disini,
aku nak berkongsi kan 
sedikit hasil contengan kelas seni aku
eh,aku budak seni ke?
bukan!bukan!
kelas seni aku = kelas ekonomi
yang memboringkan
i'm sorry Dr.
its not that u're boring, but it is me who are not paying attention
thehehehe~
but AMARAN KERAS untuk korang
hasil contengan aku memang taraf budak darjah 1 yang baru pandai melukis matahari ditengah bukit
kalau taksuka
.
.
.
.
.
.
.

chomelnye die~ wakakaka
.
.
.
oke,check it out y'all

.
.
.
cici dan goku (cici xmenjadik!)
kelas ekonometrik, 12.30pm, 300911
berangan dah kawen.hahah
serabut rambut.haha
bab rambut oke,tapi nak tacap muke memang failed! haha
oke,ni lakaran kasar je

oke, aku memang xpandai lukis mata.huuuu
dan telinga tu capang
cubaan katun bertudung 

anganangan baju raya

..............oke,thats all.........

psstt : ramai tanya kenapa signature aku dimulakan dengan S. oh,nama 1st boipren aku mule dengan huruf s. nama dia Su'udi. ya, he's my 1st love..sori incek awak,anda yang ke2. =P dan signature aku adalah nama SAFA means Su'udi+Asma+Family+Adik. means, aku akan bawak mereka kemane saje aku pegi. (^^,)//





Tuesday, December 27, 2011

cikgu fida!

Assalamualaikum

kalini cikgu Fida nak citer pasal kerenah anakanak murid cikgu Fida
(ceiiss, cikgu Fida!! geli aku)

ya,alhamdulillah
sem kali ni aku berpeluang menjadi tutor
untuk anakanak murid 1st year
kelas ni namenye KELAS INTENSIF EKONOMI
dan fungsinye untuk kongsi ilmu
dengan budakbudak 1st year yang takde basic ekonomi

Masa mulamula nak mengajar tu
ya Allah, seramnya!!
dengan soalansoalan yang sangat menguji minda
berpeluhpeluh ketiak aku nak menjawab
depa ni pandai sebenanya
tapi saja nak kacau tutortutor ni
nak bagi kalut

kami berlima yang jadi tutor untuk budakbudak ni
Shawn (ketua segala tutor), Fika, Lyana and Kak Aishah
dan istimewanya
salah seorang daripada anak murid kami
adela seorang OKU (masalah mata dan kaki)
dan aku sangat kagum dengan usaha die
sanggup naik bas dari hostel die
sematamata nak dapatkan ilmu
Alhamdulillah
Quite a bit challenging nak ajar budak ni
sebab die memerlukan perhatian yang agak khas untuk faham ape yang kami sampaikan

dan bile hari terakhir mengajar
kami semua rasa excited nak abeskan mengajar
tapi mereka plak yang sedih sebab tak dapat jumpa kami lagi
dan aku rasa sangat terharu dengan wish mereka lepas abes kelas




buat adikadik
(kotkotla terbace blog ni kan)
Kak Fida nak mintak maaf
seandainya ade ilmu yang kak fida tersalah ajar
terkurang ajar, terlebih ajar
ataupun ade salah silap sepanjang ajar korang
Jangan anggap kak Fida ni tutor sebab kak Fida tak layak lagi nak kearah tu
tapi anggap kak Fida macam kawan korang jugak
lepas ni kalau jumpa kat manamana tegur la ye
terima kasih kerana sanggup datang tetiap minggu
walaupun kami ajar banyak kekurangan
(^^,)V

and ni
gambar masa hari terakhir dengan korang
korang memang best
sayang korang la
hehe
katakata terakhir daripada 'tutors'
daripada ramairamai tinggal seciput ni je

mintak restu

akak doakan kalian

mmuaahmmuaah.haha



workaholic vs last minute

Assalamualaikum
Salam Kedamaian buat semua

Alhamdulillah,
akhirnya siap jugak assignment killer yang satu ni
cinta hati para student ekonomi
cinta sampai separuh mati (=,='')
yeah, Econometrics
jadi pada sesiapa yang buat assignment ni untuk masa akan datang
i wish u gud lak

Fyi,
Nila pertama kali aku rase susah sangat nak buat assignment
nak kena analisis statistic guna E-Views
nak kena run test ni test tu
dahla dengan kebangangan nak paham nota yang lecturer ajar lagi
seriusly, kalau kite taktau macamane nak run test
hasilnya NOL!

 Actually,
assignment ni dari awal sem dah lecturer kami dok soh buat
Tapi, oleh kerana kelengaian kami
seminggu sebelum submit baru nak pulun
hah!
mase ni dok sebok gigil, panik, anxiety
and segala macam penyakit menyinggah
laptop ni pon ha macam dah mogok semacam
kejap oke, kejap tak
(oh, barangkali laptop ni rindukan abinye kot.=p )

dan aku pon disinggahi dua penyakit utama
workaholic dan last-minute-anxiety-disorder
workaholic sebab sepanjang buat assignment ni
boleh dikira dengan jari bila aku tido dengan lena
even nak tido pon dok terbayang ekonometrik tak siap lagi
dan sebab syiok sangat buat assignment sampai tak rase ngantuk walau secebis pon (secebis?bhahaha)

dan kalau boleh taknak tinggalkan laptop
makan pon sampai salah masuk
(nak masuk kat mulut termasuk kat hidung)
mane taknye
mulut mengunyah mata ngadap laptop
nak kencing pon tu ha sampai sakit perut
(xtau la kalau lepas ni aku ade batu karang)

last-minute-anxiety disorder
(pepandai je buat istilah sendiri)
bile dapat tau orang laen dah jauh tinggalkan kite
mule dah rase macam nak melalak
rase macam sakit jantung pon ade
dah tak boleh nak buat rilex
nak demam pon ade
tido pon sampai termimpi - mimpi
damn u! hahah
tapi nak wat camne
sendiri carik penyakit
kenala tanggung
kan?

'tula, dari awal taknak buat. kan dah kelamkabut'
' Dr ajar kat depan ko sebok melukis katun'
( _ _ )''
so, sekarang ni aku taktau aku dalam kategori ape
sama ada workaholic atau last-minute-anxiety-disorder
mungkin keduaduanya kot
haha

mulanya aku takpaham
whats the purpose of doing this 'leceh' things
but then lecturer aku cakap
u will gain something in future
from what you're doing now
so,i'll keep it in my mind from now on
yeh  (tengah tanam dalam otak ni)

....dan akhirnya...
tadaaa





psstt : Tawakkal Tualallah ~

Monday, December 26, 2011

Doa buat kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Dimana nilai setia
Dimanakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara

Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih



psstt : sangat suka bila pakcik Ramli sirapSarip nyanyi lagu ni. 

Sunday, December 25, 2011

Aku dan Maher Zain

Wah, tajuk nak macam Harian Metro 
(lebih tajuk dari berita)
hahah

well,
Assalamualaikum
agak lame tak update blog
sori, tahap kemalasan untuk menaip
plus kebizian dengan incek ekonometrik yang buat
aku tak tidur malam selama beberapa hari ni
(ade orang kesah ke?haha)

dalam berbizian membuat assignment ekonometrik
aku masih lagi sempat nak berjimba
oppss,bukan jimba tapi release tension
yeah, i got a free ticket for watching MaherZain's consert

yeah.muke nak bagi jeles kat orang takdapat pegi. ;p
Actually, konsert ni free untuk orang Perak saje
sebab MB depa  yang belanja
(untunglaaa dah nak pilinhanraya.haha)
and sebelum konsert tu ade program untuk Mahasiswa Perak
eh,cop cop.
aku anak Johor kan?kenape tibetibe jadi anak Perak nih?
well, ape salahnye berlagak jadi anak Perak kejap kan
kita kan 1Malaysia (::cliche::)
(it was a hidden story to tell actually. :P )

......................................................................story begins................................................................

sedang menunggu bas yang berejam nak datang
Perjalanan ke Stadium Indera Mulia Perak
bermula pukul 11 pagi
Perjalanan hampir 3 jam akhirnye berhenti
kat depan stadium
 Lepas solat dan makan
kitorang berkumpul dalam stadium tertutup
untuk program
HIMPUNAN PERDANA MAHASISWA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

seronok beramai - ramai

dalam program ni
aku rase semangat sangant nak nyanyi lagu 1 Malaysia
rase seronok nyanyi ramairamai
'' kita satu bangsa kita satu negara''
''kita satu matlamat oouuuu''
haha

heeee~
wuuu.. disisihkan. ;P
and lagi 1 aku suka bile MB Perak cakap
''jangan cabar kuasa mahasiswa, dan mahasiswa sememangnya berfikir kritikal''
''bukan kerana menentang tapi inginkan penjelasan''
eh,trase bersemangat pulak rasenye.
dan ade jugak beberapa performance dari projek rabak
(depa berpuisi sambil ketuk periuk =,='')
and bBoys (breakdance boys)

menengok mini konsert 

Then, lepas program bersama MB
kami p tengok konsert mini kat luar
adela 2 3 artis macam ADAM, IFA RAZIAH
yang menariknya,
pakcik dan makcik yang diajak berdangdut memang active gila!
pergh, mesti rajen berdangdut pakcik dan makcik nih

dekat dengan front stage
dan acara kemuncak 
pada waktu malam
start pukul 8.00 malam stadium besar Perak mula dibanjiri penonton
kami mulanya nak tengok kat front stage
tapi bile memikiorkan tak sanggup duduk kat rumput yang basah
kami decide untuk duduk kat trek depan skrin besar je

buruk gila pakai spek!
as jumpa adik angkat yang kepoh gila.ahah
MC malam tu AC Mizal (dah dapat pangkat datuk kawan tu)
dia memang havoc and klakar
then, acara dimulakan dengan bacaan doa
dan artis pertama yang perform yela papa rock - Ramli Sarip
pakcik Ramli! saya suka lagulagu anda
really inspiring
dan paling suka lagu Doa Buat Kekasih
then, keluar plak Irfan Makki
geng - geng MaherZain la jugak
punya la lama nak tunggu dia abes nyanyi
(haha, nampak sangat taktau lagu dia)
then,last skali baru la abang Maher Zain keluar

seronok tengok ramairamai
wah,mase ni dah rase sangat excited
bukan je sebab 1st time tengok konsert live
tapi jugak excited sebab tengok maher zain secara live
(even live depan skrin je)
baru aku tau
kat sebelah pipi MaherZain ade lubang (lesung pipit)!
and last skali MaherZain nyanyi pakai baju melayu
kaw ade?hahah
oke, MaherZain nampak gemok dengan baju itu.

terasa tembam disini.well,mate penat!
dan akhirnye
dalam pukul 02.10 a.m
kami sampai di USM

thanx for the free ticket MB (^^,)

................................................story end....................................................

alamak!taksiap lagi assignment Econometric
selasa dah kena hantar
macamane ni!!
(mule nak gelabah)

psstt : orang dok sebok salam MB, tapi kami takheran pon (maaf MB, bukan muhrim ;p )





Saturday, December 17, 2011

nilai seorang kawan

update ni untuk kau kawan
tak kesah kalau kau tak bace blog aku ni pon
ni hanya luahan hati untuk kau
luahan hati seorang kawan yang sangat kecewa dengan kawannya

dulu,
bukan main kite rapat,
dah macam belangkas orang cakap
kemana saje bersama
sampai ade yang cakap kite pasangan sejoli

tambah lagi bile kite dapat universiti yang sama
seronok sangat sebab atleast kawan rapat aku dekat dengan aku
tapi mungkin sebab aku alpa dengan keseronokan kawan - kawan baru
aku jadi macam lupekan kau kejap

tapi yang kau tak tau
aku tak pernah lupekan kau
mungkin sebab kite same - same sibuk dengan kelas
dan aktiviti buat kite jadi tak rapat macam dulu

lepas tu kite pernah jauh
dan mase tu aku fikir
rindunye aku kat kawan baik aku sendiri
dan aku sedar betapa baiknya kawan aku ni

dan bila sampai sini
kau jadi rapat dengan kawan baik aku juga
aku nampak tu
 
tapi apa yang kau tak nampak
aku sentiasa akan jadi orang tengah antara korang
bila korang ada masalah, aku yang akan jadi posmen
sampai ia memakan diri aku sendiri

pernah tak kau rasa apa yang aku rasa kawan?
kau jumpa aku semata - mata nak tanya pasal dia
kau mesej aku semata - mata sebab dia
dan even aku tengah demam pun aku jumpe kau
sebab aku taknak tengok kau kecewa
sebab aku tau kau memang dah berkorban masa tu
dan aku faham macamane kecewa nya kau masa tu

ingat tak aku pernah pesan
jangan terlalu berharap padanya
aku takut nanti kau yang akan kecewa
bukan sebab aku cemburukan kalian
sebab aku tau macamana kau dan dia
dan sekarang apa yang kau dapat?

aku tak pernah menghalang korang
kau kawan aku, dia jugak kawan aku
aku pun dah pesan pada dia
jangan bagi harapan, 

siapa tak sakit hati kalau kawan baik aku sendiri di sakiti
aku bukan taknak bekap kau
tapi aku tersepit antara kau dan dia
aku tersangat faham situasi kau
aku kenal kau bukan seminggu dua
tapi aku jugak faham perasaan dia
tapi aku berdiam diri
sebab aku taknak mengeruhkan keadaan
biar korang berdua yang settlekan hal ni

tapi bodohnya aku kan
sebab masuk campur hal korang
niat aku nak membantu jadi terbantut
semuanya sebab kejadian malam ni

kau faham tak macamane perasaan maruah diinjak - injak
'jangan kacau kawan saya'
hei, ape hak kawan kau cakap macamtu kat aku?
oh,mungkin sebab dia taktau aku kawan kau jugak
atau mungkin aku memang bukan kawan kau
hah,terasa sangat bodoh

aku cuma tak sangka lah kawan
sepanjang kita berkawan
berkawan rapat
ini rupenye nilai aku pada kau
satu persoalan aku nak tanya kat kau
salah aku ke?hah! salah aku?

ya, aku faham sangat keadaan kau
kau stress dengan benda yang berlaku kat sekeliling kau
tapi, ada kau faham macamana keadaan aku sekarang
aku pon tension jugak kawan
cume aku tak cerita pada sesiapa
mulut aku yang tersenyum,tapi hati aku tengah menangis
kau tau tu?

kawan, 
bila ingat balik pada friendship kita
aku tak sangka akan jadi macamni akhirnya
mungkin aku akan maafkan kau
sebab aku tau sekarang kau tengah tak stabil
tapi apa yang jadi pada malam 16.12.2011
takkan pernah aku lupekan
macamane aku rase macam orang bodoh depan kawan - kawan kau
macamana aku tahan air mata bile tengok kau diam aje

so,
i just wanna wish u goodluck for everything you're doing
aku mungkin bukan kawan terbaik untuk kau
tapi aku cuma nak kau tau
kau antara kawan terbaik aku
dan kau kecewakan aku
terima kasih kawan
take care.

Friday, December 16, 2011

Bila Perempuan Menangis

Kenapa perempuan boleh menangis hanya kerana seorang lelaki? Bukan sebab untuk dijadikan senjata meminta simpati, bukan juga untuk menunjukkan kelemahan diri tapi hanya pabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata - mata kerana anda




So, lelaki.. Ingatlah
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya
Bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan
Berbaloikah dia menangis,
Di hadapan anda
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tak mampu lagi untuk menangis dalam hati,
Kesedihan yang dirasai menjadi semakin berat untuk disimpan




Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir
Jika sidia menangis hanya kerana anda
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali dimana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya

Fikirkan,
kerana suatu hari nanti
Ianya mungkin terlambat untuk menyesal
atau untuk ucapkan 'maafkan saya'


Guys, 
kalau seorang perempuan menangis kerana anda
Janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan
Beradalah di sisinya, temani dia,
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda

Guys,
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
Janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih perlukan anda
kerana anda akan merosakkan hidup dia

Guys, 
jangan pernah mengungkapkan cinta anda kepada seorang perempuan
selagi anda belum benar - benar yakin dan bersedia untuk bercinta
Kerana anda hanya akan membuatkan dia menangis dan sengsara
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura - pura melupakan cinta lamanya
terutama cinta pertama, tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.



Thursday, December 15, 2011

zaman comot

cherite zaman kecomotan aku dulu
CARTOON

sape je yang tak membesar dengan kartun kan?
 takkan kecikkecik nak terus tengok cerita Malaysia Hari Ini kot kan? cerita faveret time aku kecik dulu..
Firstfirst skali, TELETUBIES,
time dorang perkenalkan diri, mule nak ngikut..
Aku paling suke ikut cara Pooh cakap sebab die paling kecik dan sore die paling comel.
sampai sekarang ni pon aku dok imagine die sebut 'Pooo pastu jogetjoget tunjuk perut masingmasing, 
yang paling best sunshine die baby yang ciomel ,baby tu pon dah beso dah skarang ni kot.hahah.

Teletubies says eh-oh

then,cerita Dragon Ball yang takpernah nak abes
setiap sabtu kat tv2 dok menganga tengok Dragonball
abang ipar aku orang paling obses nengok even mase tu die dah dapat anak 1

eh,x lupe jugak cerite Doraemon,Oggy and the cokcroach, pinky and the brain, Tom & Jerry, Totally Spies (ni yang paling baru la antara sume citer kartun)

mase tu takde UPIN & IPIN lagi,apetah boboiboy.yang ade cume keluangman, mama Yokies, Along, Usop Sontorian, Anak - anak Sidek ( bulu tangkis pon bole cakap.ko ade?)

MAIN PONDOK PONDOK

Haa,ni memang style budakbudak la kan.
main kawinkawin kalao laki xemsem aku xmau jadi pengantin
(mungkin sebab tu aku takpernah jadi pengantin).
Nak jadi pengantin kena pakai cantek cket.mule la kain tudung mak aku jadi mangsa knon knon buat jadi veil. 
Time nak beranak pandai pulak bubuh anak patung kat perut, pastu duduk baring macam orang betul betul nak deliver. eh, dulu aku percaya yang baby keluar dari perut dan bukan dari rahim.haha.damn!
 tak lupe jugak main cikgucikgu. citacita aku dulu nak jadi cikgu, 
mungkin kalau jadi cikgu, aku akan jadi cikgu yang garang.

 eh, ade lagi tambahan.
 aku suka main dengan rambut orang, 
biasenye aku akan amek spray burung bapak aku (bapak aku bela burung, bapak kau ade?) 
then spray kat rambut dan akan style kan rmbut tu buat macam alaala salon,dan sampai sekarang hobi tu seakan xleh hilang even takdelah gune spray burung lagi
cume, stakat ni ade dah 2 3 orang jadi mangsa guntingan rambut cendawan aku
kahkahkah
btw, nice gak owh~

ahaks, tengteng kapaltebang

OUTDOOR ACTIVITIES

aku ni membesar kat kampung
jadi, kebanyakan outdoor activities time zaman comot dulu sangat comot dan ganaz
kalau setakat main lobang tikus, main tengteng dan main getah tak challenging lagi
cop, dulu aku suke men lobang tikus, tapi semenjak ade yang tesepak kepalahutak aku
dan sempat bodoh seminggu, mak aku trus bagi warning
sampai sekarang fobia nak main lubang tikus dah.
oke,sambung lagi
dulu, selalunya aku and the geng
akan main power rangers. dan aku takkan pernah sesekali cop power rangers pink
nyata, dari kecik lagi aku memang taksuke kaler pink
(sekarang boleh trime sikitsikit)
kami akan main lawanlawan dengan orang jahat, keluar la segala 'abukit' yang ade
selain tu, kitorang main polis sentri
wantujaga, polis mati pencurik jaga.haha

ade lagi,
cara kitorang main congkak pon berbeza
kitorang akan korek tanah buat lubang congkak
and then kutip batubatu kerikil buat jadi buah congkak
then, balik rumah dengan kuku yang penuh ngan tanah
(apelagi, kena hambat la dengan mak)

carik cacing
tupon hobi aku dulu
suke ngikut abang aku carik cacing
bile dapat pegang cacing, trase puas ati ya amat

kejar ayam sampai pitam
pon keje aku jugak
amek ayam jadi anak angkat
(trase bangang plak bile ngingat balik)
dan sebab kerana carik ayam yang ilang tula
jari kaki aku cacat sebab terkena kaca
tupon still wat muke steady even darah banyak keluar
bile kena marah kawkaw baru menanges takhingat
(fakta : aku lebih mampu tahan kesakitan fizikal berbanding kesakitan mental)

TEKATEKI

masa kecik dulu tekateki die sengal tak hengat
aku ingat lagi 1 tekateki
ali dan amin tengah berebutrebut amek rambutan kat luar uma
tapi lastlast ali yang dapat rambutan tu sume.kenape?
jawapan : sebab mak amin tengah semayang dan die sbut amin kuatkuat.amin ingat mak die panggil die, dan die pon balik
(name pon tekateki budakbudak kan?)
actually ade banyak lagi tekateki which is terlalu panjang nak citer kat sini
so,xpela..sebab aku rase entry ni pon dah macam karangan stpm
jadi sampai sini jela aku kongsi kat korang ye

so, kids. enjoy your realife. not your 'alamaya' life

korang pon mesti ade kenangan zaman comot yang tersendiri kan?
mehla share (n,n)

psstt : kids is just a kids even they're trying to be mature. (aku selalu rase nak tergelak terbahakbahak bile bace komen budakbudak bawah 12tahun yang ade facebook)

Thursday, December 8, 2011

alahai friendster ooi~

Assalamualaikum,
selamat malam semuanya
hepi lah anda walaupun anda sememangnya tak hepi 
(ape kau merepek ni labu?)

oke,maaf
aku tau lately ni kenape tah
macam hyperactive sangat nak update blog memanjang
dan aku tau anda yang meng'follow aku pastinye rasa bosan
yela,blog i tak hot macam hamis jalikha,
tak giler macam zack zukhairi
tak segojos Fatin Liyana
tak sealim blog Syahirul
(E.N.O.U.G.H!)
eh?

haaa, korang tau kan
sebelum kelahiran pesbuk 
(atau orang kampung aku panggil facebook)
mesti ramai antara kite yang jadi peminat setia friendster
memang wajib la nak buat account friendster
sape takde friendster ketinggalan jaman
(haha, gile betol sape cakap camtu kan)

then,tadi
tibatiba terlintas kat kepalahutak aku ni
'eh,macamane la rupe friendster aku agaknye sekarang ye'
jadi aku pon menekan la 'friendster'
then mase nak log in tu aku dah rase pelik
ape pasal pesen die dah lain
oh,oke..baru update pada new friendster
sebab mulemule die keluar bende alah ni


oke,then aku klik return to homepage
lepas dah log in die soh setting apekebende tah
siap soh pilih avatar
(=,='')
oke,layankan je

lepas tu die jadi macamni pulak


apekejadahnye ini?
apa neraka.
haha
gue tak paham langsung
mane peginye gambogambo lame aku?
mane peginye komenkomen mereke?
ape semua nih?
hahaha
badigol!pulang balik gambo lame aku
waaaa..

dan akhirnya,

setelah puas mencarik
yeah..
aku jumpa jugak butang 'deactivate'

selamat tinggai friendster
selamat tinggal kawankawan friendster
kite berjumpe di pesbuk
~haih~

tak payah nak over eh frenster, orang dah takminat dengan hang lagi dah
(woah,ayat kejam!)

Wednesday, December 7, 2011

tribute to my specky Ana


kakak,
Mesti kakak orang paling gembira kat dunia sekarang ni kan. Dikurniakan seorang suami yang penyayang dan mencintai kakak sepenuh hati. Tahniah jugak atas perkahwinan korang. 

kakak,
tau tak saat hari pernikahan kakak dulu. Sejak bangun dari tido lagi adik dah rasa sedih. ''Harini die bakal jadi hak orang lain dan bukannya milik kami lagi''. dan kesedihan itu semakin memuncak bila adik nampak betapa gembiranya akak lepas dah sah jadi isteri abang Hafis. Sedih adik bukan kerana jeles, sedih adik bukan kerana benci tapi sedih adik kerana seorang kakaknya yang paling rapat, yang pernah tido sebantal, makan sepinggan dan selalu bersepak terajang bersama kini bukan lagi milik adik. 


Kakak, 
ingat lagikan. kita sentiasa bersama daripada kecik lagi. Ramai yang cakap kita kembar tak seiras. Apa yang akak pakai adik pun ade. Kite pakai baju gown dan stokin rebenreben bersama. 

Adik ingat lagi, adik selalu rase rendah diri. Akak ramai sangat peminat. Adik tak secantik akak, adik tak selembut akak. Tapi akak pujuk jugak adik. Akak cakap adik pun ade keistimewaan sendiri. jangan risau nanti mesti ade yang terpikat. Adik akak ni kan manis.


Ingat lagi kan. Selalunya kite akan jalan samesame. orang lain semua jalan dengan kawankawan, akak je yang jalan ngan adik. sampai orang cakap hidup akak takde life. asek dengan famili je. sebab tu kite macam bestfren kan akak?

Dan yang paling sengal, setiap kali jumpe mesti nak gaduh. kalau tak gaduh memang tak sah. mulamula main cubetcubet lamelame kaki pon boleh naik. ganas kan kite.hahah. sebab tu mak selalu cakap 'bile jauh,rindurindu. bile dah jumpe macam anjing dengan kucing'.


kakak,
Mungkin keadaan kite tak same lagi macam dulu. Jarang untuk kite jalan samsame berdua lagi. susah untuk kite makan sepinggan dan tido sebantal lagi. Sekarang semua tu milik abang Hafis. dan kita jugak akan semakin jauh. akak nak pindah kedah sedangkan kitorang jauh di selatan. Entah bile akak nak balik Johor.

kakak,
you're not belong to us forever. it's the time for your new episods of life. Just one thing i want you to know.. bawak kami dalam hati kakak walau kemane saje kakak berade. jangan pernah lupekan kami apetah lagi pinggirkan kami. dan jauh dalam hati adik, you're the best partner i've ever had in this world. and i love you kakak.loves you so much. (T,T)


after this,
i'll miss your clumpsyness
i'll miss your crying in the morning 
i'll miss your belacans
i'll miss your laughs
and i'll miss your hidung
i'll miss your moncong
i'll miss your buncet
i'll miss your arguing with mak
about ini-itu
i'll miss your question 'nampak-cermin-mata-akak-tak-?
(padahalcerminmatakatdepanmata)


abg Hafis dearest,
tolong jage kakak saye elokelok naa,
i'll put my trust on you

psstt : korang akan rase ape yang aku rase bile adik beradik korang yang rapat dengan korang tibetibe terpaksa berjauhan dengan korang mungkin untuk selamalamanya.