Sunday, May 1, 2016

PERSEDIAAN KE KOREA- PART 1

Assalamualaikum,

Tadaaa. We are in korea now! Excited nak mati kateko. Haha. Gambar? Nantilah. Kalini ai nak share with u all persediaan ke Korea cara ai. Kekeke

1. Travel agent or sendiri?

Firstly first korang kena decide nak pergi ala backpack ke atau pun sewa kereta ke ataupun travel agent. Bagi yang pertama kali pergi ai nasihatkan guna lah travel agent. Subway kat sini berselirat nakrom. Haha. Kalau nak pergi sendiri plan ittenary betul2. Pastikan tempat nak pegi tu dekat2 je dengan subway. Kitorang pilih travel agent je sebab takut sesat dan lagi berbaloi kot sebab kalau pergi sendiri rasanya macam dok hotel makan megi je. Wakaka

Nah hamek map subway diorang. harharhar


2. Travel agent

Pilih travel agent betul2. Minta diorang quotation siap ittenary. Kebanyakan travel agent ittenary je sama tp yang bezakan tu charges tempat tinggal dengan service tambahan macam termasuk meal ke tidak, pegi tempat yang jauh ke, haa cenggitula. Kitorang mula2 jumpa travel agent yang murah harga pakej RM1300/ground. Tapi last minit cancel sebab diorang xjumpe orang lain yang nak sama group dengan kitorang. Last minute cancel pulak tu. Menangiss. 😂😂
Luckily jumpa travel agent "asftravel resources". Yang ni terpaling recommended. Pakej kitorang x termasuk theme park sebab kitorang x kecur sangat and tak berapa minat main roller coaster bagai. Tapi pakej kitorang siap meal : breakfast, lunch, dinner. Pergh heaven datang bawak duit belanja je. Ok ni rasanya akan ade sesi review sendiri ni sebab banyak sangat best travel agent ni. Haha

Pakej pilihan hati. Semua termasuk kecuali flight ticket


3. Flight tiket

Once dah tengok pakej mana yang berkenan, tarikh mana yang berkenan, ape lagi cecepatla book tiket flight. Boleh juga nak book tiket baru cari travel agent, xkisah mana2 yang lebih mudah. Kau jangan tanya tiket masa bila murah sebab hal beli tiket tu ai pass pada zauj. Ai cuma bagi tarikh je. Haha. Lebih lama tempoh korang nak pegi lebih murahla tiket noh.

4. Pilih musim.

Musim ape yang terbaik? Hmm entahla.sebab tiap musim ada bestnya. Hehe. Tapi kalau nak jimat pilih la musim bunga, xpayah beli wintercoat bagai, pakai je sweater. Lagipon musim bunga cuaca dia just nice. Tak panas dan tak sejuk. Bunga2 pun tengah berkembang jadi nak amek gambar nampak lawa la. Kitorang pergi masa penghujung musim bunga. Tapi tupun cuaca sejuk2 manja. Tidur xpernah pakai aircond bangun pun menggigil. Nasib shower ade heater kalau tak macam mandi air batu.

5. Buat research

Jangan risau. Masa memula dulu pun ai malas nak research pasal korea. Tapi lagi dekat tarikh nak fly makin banyak buat research. Sebab apa? Heksaited nokk. Haha. Korang buat la research pasal cuaca, currency rate, tempat menarik kot boleh suggest kat travel agent tambah dalam ittenary, tempat beli souvernier murah & jens souvenier yang sesuai pun ai buat research tau.haha.

6. Passport

Pada yang belum ada passport silakan buat siapsiap. Siapa yang ada passport sila check expired date. Harus diingatkan passport yang lagi 6 bulan nak expired tak boleh keluar negara. Harap maklong. Haha


Ok tu saja setakat ni. Nak siapsiap untuk trip harini. ASSALAMUALAIKUM