Showing posts with label SEMBANG. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

dwihati - yuna & Aizat

 Dwihati

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

 psstt : lagu ni sangat sweet. terasa macam dialam fantasi.hihi. do check it on youtube.^^,

Friday, May 17, 2013

selamat hari cikgu, cikgu sedunia!

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru kepada guruguru sedunia!
Especially cikgucikgu yang penah mengajar saya di :

1. Tabika Perpaduan Kampung Ubi Baru
- kenangan paling takboleh lupa sebab time tu banjir besar sampai tahap cecah kat atas bumbung tadika.
Yang paling best bile dapat berenang disamping pakcikpakcik bomba yang baik hati lagi gagah. Seronok! Paling taktahan bile asek kena kacau dengan Nathan (budak paling 'baik' kat tadika).

2. Sekolah Kebangsaan Sri Amar
- Kat sini saya cipta sejarah sebagai pelajar yang terpilih  untuk amek exam Penilaian Tahap Satu (PTS) dan membolehkan saya untuk melompat kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Seriously time tu xtau pon ape fungsi exam tu. Yang saya tau kalau saya lulus exam tu saya dapat jimatkan yuran sekolah selama setahun. hehehe

3. Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu
- Menjadik pelajar yang baru berpindah dengan environment baru, kawankawan baru, cikgu baru senang citer semua baru la. nak compete dengan kawankawan yang setahun lebih senior dari kite lagi.fuh, sangat mencabar tahu! but still boleh survive jugak. alhamdulillah :)

4. Sekolah Agama Puan Hajah Rahmah
- belajar sampai setakat darjah 4 apela sangat yang boleh dibanggakan. kekadang jeles tengok kawankawan yang dapat pangkat 1 darjah khas. tapi apepon, pencapaian yang boleh dibanggakan ialah dapat melompat kelas dari darjah 1 ke darjah 3 tanpa masuk darjah 2.heee

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau
- Setahun belajar kat sekolah ni mungkin tak banyak benda yang boleh di cerita, tapi satu benda berharga yang tak boleh lupa, dua kali nak dilantik jadi pengawas, dua kali tula yang tak menjadi. mungkin bukan rezeki kat situ. ade jugak sedikit sebanyak belajar tentang erti kehidupan remaja yang baru nak naik. biaselah, masingmasing dah rase besar.heheh

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
- Mungkin boleh dikatakan coincidence masuk sekolah ni. kalau diikutkan memang takkan dapat masuk sekolah ni, apetah lagi masuk asrama, tapi mungkin Allah bagi rezeki. Alhamdulillah. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan environment baru dengan kawankawan baru. tahuntahun pertama memang tahun yang menyesakkan, sampai boleh dikatakan takde kawan, down sangat. Tapi once dah dapat sesuaikan diri, rase taknak balik rumah. seronok sangat. Paling best mase tingkatan 6 sebab time tu rase betulbetul rapat dengan kawan sekelas even ade yang berlainan bangsa.

7. Universiti Sains Malaysia
- Saya akui pada mulanya memang taknak masuk usm, sebab bukan u favret saya. tapi once dah kat sane, takde 1 hari pun hari yang membosankan. sangat seronok sebab sambil belajar sambil melancong. ape yang takde? air terjun?laut?shopping?makanan?heaven~ semua ade. belajar benda baru, budaya baru memang seronok, Paling best kawankawan yang sangat sempoi. Ingat lagi, sanggup keluar kelas time lecturer mengajar sebab nak makan dengan alasan nak pegi toilet. hahah. nakal sangat! assignment? lecturer bagilah berapa banyak masa sekalipun, pasti akan buat last minute punye. yang kelakar tu, 6 bulan lecturer bagi tempoh siapkan assignment, boleh buat dalam masa 4 hari je. tupun siap pergi tengok konsert maher zain lagi. hang mampu?! time tu mulela nak menyesal kenapa tak buat awal-awal, dan harap markah lulus pun jadilah. hahah.

8. Sekolah memandu
- terimakasih cikgu zizan sebab tabah mengajaq kami yang super duper nervous tahap anxiety disorder. paling tak boleh lupa tagline beliau 'takpa, fida blajaq pelaan pelaan, fida buleh punya, abang zizan ajaq kasi pandai (sambil mengelap peluhpeluh didahi)'.* dear as, ingat lagi tak cabarancabaran yang kita tempuh sematamata nak blajar memandu ni.hahah*

9. Kelas mengaji
- terimakasih obek toyyib yang mengajar sampai saya boleh khatam dengan jayanya. sampai sekarang masih ingat lagi tajwidtajwid yang diajar dan kitab shafinatunnajah yang diajar.(tapi kebanyakannya dah lupa. ampun bek!hehe)

10. Kelas silat
- Masih ingat katakata seorang guru 'setinggi manapun kita belajar, banyak manapun kita belajar, kita tetap kosong dihadapanNya, pada akhirnya kita hanya akan berharap padaNya'. 

11. Paling penting sekali sekolah dirumah
- family lah cikgu sebenar kita. sebelum kita menjejakkan kaki ke sekolah, mak ayah antara orang pertama yang mengajar kita bertatih, berjalan, merangkak dan paling penting kenal erti hidup. adik beradik jugakla yang menjadi guru kita untuk berkasih sayang antara sesama kita.

eh, tak lupa jugak pada kawankawan yang bakal menjadi guru atau yang dah pun menjadi cikgu serta cikgi.
Susah kan sebenarnya nak jadi cikgu ni. banyak kerenah anak-anak murid yang menjadi cabaran. hehe

TERIMAKASIH BANYAKBANYAK KEPADA SEMUA CIKGU & CIKGI DIDUNIA!!
selamat dapat hadiah banyakbanyak. seronok ngat aih~
maap tak reti nak bersajak bagai.
ini saja yang mampu
dan tanpa kalian
mungkin saya tak dapat berdiri menjadi seorang saya sekarang ni.
terimakasih banyakbanyak
jasamu akan dikenang sepanjang hayat

eh, ade gambar  dengan cikgu time sekolah dulu
jom tengok!
 psst : maapla cume gambargambar ni je yang mampu diupload sebab dulu takde duit nak beli camera apetah lagi handset canggih tak mampu nak beli.

alhamdulillah, memasing mungkin dah menapak tangga kejayaan ^^,


ibu Azah. cikgu sejarah tingkatan 6

persatuan agama Islam.


Sidang Redaksi

cikgu PA kami. ^^,



cikgu ekonomi. cikgu salina

pengawas pusat sumber. eh, paling 'tinggi' la.haha

Kelab kaunseling.hihi
 psstt : takde hadiah yang paling berharga bagi seorang cikgu melainkan dengan melihat kejayaan anak murid mereka hasil daripada didikan & ajaran mereka sendiri. based on true story (pernah jadi cikgu tusyen & mengajar untuk adikadik 1st year dulu)

Monday, July 16, 2012

dia yang bernama...

Fazley Yaakob
familiar?
yeah, finalis top 2 Master Chef Selebriti Malaysia

dia yang jarang keluar kaca TV
dia yang jarang keluar album baru
tapi dia yang jadi idola aku
sejak berkurun lamanya
(amboi, hiperbola betul ayat)

siapa Fazley Yaakob ni?
jom berkenalan dengan beliau

nama diberi Fadzli Yaakob
lahir pada 18 April 1978
orang nogori Sombilan ni
dapat gelaran Dato' pada usia muda (2011)
but still humble menggelar diri Fazley Yaakob atau Paji

sumber : google image
apa yang buat aku bangga dengan beliau ialah daripada segi pendidikan beliau :
pernah bersekolah kat Jakarta International School
Mendapat 8A1 SPM ( St. John Instituition)
Pemegang diploma dari Taylor's College
Bachelor's Degree of Victoria University of Wellington, New Zealand
Master Pentadbiran Perniagaan dari United Kingdom
Doctor of Bussiness Administration, UK

mudamuda dah dapat title Dato'
dan mungkin ramai taktahu 
selain daripada jadi artis (pelakon, penyanyi, pengacara)
beliau jugak ade memegang jawatan lain
such as
Pengarah Eksekutif di Putra World Trade Centre (PWTC) KL.
Pengarah Urusan Seri Anjungseri Production.
Pengarah Eksekutif dan pengasas Fazley International College
Kolumnis tetap yang bertugas menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk berbagai media cetak mainstream seperti E-Baca, Mangga, Skor SPM, Remaja dan Utusan Malaysia.
Motivational Speaker 
Bussinesman

apa yang buat aku suka sangat dengan beliau ni

oke, 1st dia memang seorang pakar motivasi yang buat aku jatuh cinta dari motivasi pertamanya lagi
masa tu umur aku belasan tahun.
cara dia dekati kami sangat mesra, sangat humble dan sangat enjoy. dan masa tu aku terfikir
"hey, dia penyanyi, pelakon but still dia boleh jadi motivator? and his educational background was superb. jarang nak tengok artis yang sangat mementingkan pendidikan"

sumber : facebook page beliau

2nd,  dia adalah seorang lelaki yang terlalu amat mementingkan keluarga.
seorang abang long yang sayang kat adik-adik dia
seorang anak yang baik dan rapat dengan mak dia
seorang suami yang loving, caring dan tabah
(mungkin tak ramai yang tau mak kepada isteri die adalah orang yang bertanggungjawab nak menjatuhkan beliau)
seorang ayah kepada tiga hero (Payish, Piyash, Piyush) yang sangat bertanggungjawab


bahagia dengan isteri dan anak-anak

3rd, dia sentiasa berpegang pada agama
ye, mungkin tak alim but still
dia akan sentiasa bawak anak-anak solat jumaat
dan alhamdulillah berjaya mendidik isteri untuk bertudung


solat jumaat dengan anak-anak 


haaa, cukupla dengan 3 sebab ni
sebenanye ade banyak lagi yang dia ade yang buat aku 'jatuh hati' kat dia
tapi nanti xlarat nak bace pulak ye dak


dulu,
pantang nampak dia dalam suratkhabar
mesti cop suratkabar tu taknak bagi orang bace pasal beliau
siap simpan cebisan suratkhabar yang ade kisah tentang beliau
pernah jugak jadikan pembalut diary.haaa, amekaw!
tu belum hardcore lagi
sanggup beli buku motivasi beliau dan masih disimpan sampai sekarang
segala berita tentang beliau
gosipgosip pasal beliau semua amek tau
senang cerita jatuh bangun beliau semua aku amek tau
and alhamdulillah
walau banyak mana cubaan and cabaran yang datang
beliau tetap cool dan tak pernah patah semangat

dan seperti yang korang tengok kat masterchef selebriti
beliau sentiasa cool
dan takde drama king pun (tak macam certain contestant tu)
sentiasa steady sentiasa profesional
Abang Paji, i know u can do your very best
goodluck and i'll always support you!

all the best!!

minat aku pada beliau bukan sebab beliau artis
again. bukan sebab beliau artis!
tapi sebab kehidupan beliau
sebab cara beliau yang buat aku rasa
'yeah, he is my idol and will always be'

oh, by the way
this is his facebook page Fazley yaakob
and thisss is his twitter FazleyYaakob
sokong beliau untuk jadi juara masterchef selebriti malaysia yang pertama

psstt : takkan pernah lupa masa ternampak beliau kat BJ masa birthday aku yang ke 20. what a sweet memory -incidentally- birthday present for me

Sunday, April 15, 2012

diTAG dan ngeTAG

Assalamualaikum
Salam Kehepian

^^,

Noticed that cikAzianiZolman telah mengeTAG aku dan memaksa aku untuk join die ke lembah keTAG'an.haha
By the way, since game ni COOL . Aku rela menjoinkan diri.

Oke, untuk pengenalan, game ni aku namakan game TAG mengeTAG. sebab, once kite di TAG kite kena TAG orang lain jugak.(kire macam permainan berantai la ni).
So, whats the rules?


  • tak boleh tag orang yang sama.
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry.
  • Pastikan mereka tahu mereka di tag.
  • ceritakan 11 perkara tentang anda dan bukannya orang lain.
  • Jawab semua soalan yang diberi oleh empunya soalan
  • Cipta 11 soalan lain untuk orang yang di tag
.
.
.
FIRST STEP
.
.
.


11 perkara tentang diri sendiri (alamak, aku agak failed kalau nak cerita pasal diri sendiri ni). So, aku akan share sesuatu yang orang mungkin taktau tentang aku.

1. Nama diambil sempena nama exmajikan mak yang merupakan seorang guru dengan harapan suatu hari aku akan jadi seorang guru (mampu? guru untuk anak-anak jela kot)
2. Anak perempuan paling manja dalam keluarga. (Adik aku pon lagi matured dari aku)
3. Dah dapat title nenek muda (seriously!)
4. Mempunyai keluarga yang besar (12 adik beradik lain mak sama bapak - and its not called TIRI ok)
5. Selalu suke nak berteman. Rela tak makan kalau takde kawan
6. Mak save nama aku as 'DATIN' kat phone die dan aku taktau kenapa. (do i look like datinwannabe mak?)
7. Selalu akan gunakan alasan 'aku rindu ayah aku' bile sedih. 
8. Suka berkawan tapi once aku rasa tak selesa untuk berkawan, aku akan terus tarik diri dalam apajua aktiviti dengan orang berkenaan.
9. Suka ketawa dan merasakan yang ketawa itu adalah penawar segala duka.
10. Suka tengok bulan, bintang dan air tejun. ( terasa sangat sayu bile tengok bulan di perantauan)
11. Akhir sekali, suka berjalan kat tempat baru tapi taksuka berdiri dalam tempoh masa yang lama (faktor kaki kecik)

.
.
.
SECOND STEP
.
.
.

Untuk langkah berikutnye, aku kena jawab soalan daripada beliau.

1. Makanan paling sedap pernah dimakan?
~ Of course bakso buatan mak aku. Tak pernah aku rase bakso sesedap itu diluar sana. ( makan sebaldi pon tak cukup kot.ehehe)

2. Sapa paling nakal dalam adik beradik?
~ Herm, yang paling nakal kompomla lelaki kan. So, abang aku kot. sebab die selalu kena sebat dengan ayah aku mase kecikkecik dulu,

3. Genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
~ Sebat je semua jenis genre. Tapi elakkan genre ganas. Aku tak suke keganasan. haha.

4, Plan nak kawin masa umo berapa?
~ Ayok, ini payah sikit nak jawab. Err, yan. kalau skip boleh tak?haha
maybe dalam umo 26 tahun kot. tupon kalau ade yang sudi nak minang. [ Blushing tibetibe ]

5. Citacita masa sekolah?
~ Selalunye aku letak 'cikgu' as pilihan pertama. Pernah jugak berangan nak jadi pramugari.dang! haha

6. Perkara yang membosankan adalah?
~ Perkara yang buat aku bosan memang membosankan.haha 
hidup takde kawan memang bosan bhai~

7. Apa yang menjadi keutamaan sekarang?
~ Lepas grad carik keje, beli rumah untuk mak dan kalau ade duit lebih nak bawak mak balik kampung halaman die (Indonesia).

8. Celik dari bangun apa yang korang buat?
~ On suiz laptop, klik Google Chrome, Taip Facebook. sambil pejamkan mata..hahaha

9.  Masakan apa yang paling expert dimasak?
~ kek batik, sphageti bolognise dan masak nasik. (aku lebih expert buat airmilo daripada masak megi)

10. Suka kereta ke suka motor? model ape?
~ Lebih suka kereta. Yang penting kereta tu mesti kecil dan berwarna merah. Moto? ducati merah idaman hati. (kau mampu?haha)

11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?
~ when someone say saya sayang awak. Bile teringat kenangan yang kelakar. bukan setakat sampai ke telinga. sampai ke ubun-ubun rambut kalau ingat kenangan yang kelakar tu. (hah, takpayah nak membayangkan sangat macamane senyum sampai ke ubun)
.
.
.
.
THIRD STEP
.
.
.

ke tahap yang lebih susah. kena create 11 soalan pulak. (kang aku keluarkan soalan SPM kang)
Bersediakah kalian?
oke, here we go.
1. Apekah nama timangan anda dalam family?
2. Benda/kejadian apa yang paling kelakar dan memalukan masa anda kanakkanak?
3. Permainan tradisional apa yang paling anda suka dan mungkin masih minat sampai sekarang?
4. Apa yang membuatkan anda marah?
5. perkara paling nekad dan gila yang pernah anda lakukan.
6. Bile sedih anda buat apa?
7. kawan sekolah mana yang paling anda ingat sampai sekarang (sekolah rendah/menengah/ipt).dan kenapa?
8. 3 perkataan yang melambangkan empunya soalan ( Farieda).
9. Sebab utama anda berblogging?
10. Hadiah paling berharga yang anda dapat dan daripada siapa?
11. Siapa rakan yang akan anda tag dan kenapa mereka perlu di tag?

haha.susah tak soalan aku?
tak sesusah soalan stpm tahun 2008 kot
.
.
.
FORTH STEP
.
.
.
sila la tag kawan anda yang lain
Jadi,dengan ini saya dengan rasminya mengeTAG my bestest bestie Cik Areqil, my gigirl (marah die kalo aku panggil gigirl) e-girls friend Diyaixora, and my cutey junior Cik Qayyun dan one of mybestie jugak cik Wanrosnita (tupon kalo sudi).hehe and yang tak tertag tu bukan taknak tag tapi takut taksudi.tapi kalau nak join sangat dialualukan.hehe..

psstt : mood kenangan manis kau dan aku takkan terlupa.haha

Thursday, April 5, 2012

happy go home!!

Assalamualaikum

selamat bercuti seminggu kepada semua siswa siswi
yang bekerja tu sile commit dengan kerja anda ye

Bila cerita pasal cuti seminggu ni
pastinye ramai student yang merantau (kecuali sabah sarawak)
berebut beli tiket nak balik rumah
pada yang takdapat beli tiket direct terpaksa beli tiket transit
(tula, taknak beli awal awal.hehe --> pernah terjadi pada diri sendiri)

ada insiden yang melucukan dan mengannoyingkan tentang tiket bas dengan seorang kawan
ceritanya macamni...

bagi student USM pastinye tau yang kaunter tiket kat sungai Nibong tu memang mengannoyingkan
die akan ikut kite sampai kite ke kaunter tiket diorang
dan sepanjang jalan tu depa dok desak desak kite nak beli tiket kemana
memang mengannoyingkan kan?
jadi, masa kami nak beli tiket tu
macam biasela depa dok desakdesak
tibetibe kawan aku marah depa
'Sabarlah! takpayahla nak paksa paksa!haih,serabut tau tak'
abang tu terus terdiam.(kami pon terdiam sekali.taksangke!haha)haaa, amek kau!
Jadi, kesimpulannya. Jadilah berani macam kawan aku ni.
(naseb baik muke ko cantik kawan, kalau aku mungkin abang tu akan sound balik.haha)
oke,tamat cerita pasal tiket

Actually, mak tak kasi balik rumah
Tapi aku ade sebab yang kuat untuk balik.
Selain nak jumpe baby, ofkos nak balas dendam kat Akim
''oh.,bile mak andak tepon kau tak mau cakap ye.tengokla mak andak balik mak andak gigit pipi kau!''
hahaha,geram aku!
Tapi tujuan utamanya untuk menenangkan fikiran
yang terganggu dari perkaraperkara kecil yang bersentuh pada persahabatan lama yang semakin pudar
Seriously, i miss our old friendship
Mungkin sekarang kau bahagia dengan kawankawan baru. Aku gembira tengok kau gembira.tapi dalam kegembiraan tu ade yang menangis dalam hati ni. ye,aku kena faham yang aku bukan kawan yang paling baik untuk kau lagi.
(oke,takpayah nak syahdu sangat Farieda!)

Tapi, sebenanye memang tak rase pon nak balik
excitement dah takmacam dulu
kalau dulu seminggu sebelum balik uma dah siap kemas barang
sebulan sebelum balik uma dah beli tiket
sekarang?hurmm..entahla..

Mungkin sebab sayang nak tinggalkan USM kot
tak lame lagi nak grad dah
so,kalau bole nak luangkan sebanyak mungkin mase untuk USM
hahaha,poyo sangat!

Jadi, selamat tinggal bunga kekwa yang semakin layu
selamat tinggal kumakuma yang comel menjadi peneman kaki yang selalu diabaikan
Selamat tinggal periuk belanga
selamat tinggal kangkung hidroponik  (pastinye lepas seminggu kau dah takde)
selamat tinggal bantal peluk
selamat tinggal semua
jumpe lagi seminggu akan datang
( pasaipa sedih sangat taktaw )


and lastly

HAPPY GO HOME!!
(homework jangan buatbuat lupe ye :) )

psstt : HOME is where the heart is.Thats why people say HOME sweet HOME. Rumahku Syurgaku. :)


Thursday, March 29, 2012

do respect please!

Assalamualaikum

Aku ade satu habit yang bile aku marah aku akan diam
Aku akan pendam kan ape yang aku marah tu
sebab aku memang tak reti nak marah orang
reti cakap lepas je

dan hari ini sekali lagi ia terjadi
aku marah
memang aku marah
sampai satu tahap marah aku ni membuat kepala aku sakit
macam nak migrain

you. yes YOU . you are sooo annoying!

aku marah dengan mereka
aku betulbetul marah
takde langsung perkataan respect agaknya kat kepalahutak mereka

ya, aku tau mereka suka bergurau
aku tau mereka bagaikan family
dan aku jugak tahu siapa aku yang kononkonon baru nak masuk keluarga mereka
tapi lepas apa yang aku tengok
cukupla sekali ni je aku berurusan dengan mereka

gurauan mereka tak bertempat
kemesraan 'family' disalahgunakan
 sampai abang atasan nak bercakap pun masih boleh diperlekehkan
gurau gurau jugak tapi kadang kena serius la

siapalah aku nak mempertikaikan keadaan yang sudah mereka biasakan
siapalah aku yang sekadar orang baru dalam family mereka
yang mungkin mereka tak anggap family pun agaknya
siapalah aku

kemarahan ni bila dipendam akan menyesakkan otak
dan buat aku rasa nak menangis
bukan menangis sebab sedih tapi menangis sebab terlalu geram

takpe, tinggal beberapa hari saja aku akan tinggalkan mereka
walaupun tiada jasa aku dalam family mereka
tapi tetap, aku takkan berurusan dengan mereka lagi
cukuplah kali ni saja

Alhamdulillah,
aku punya cara sendiri nak meredakan marah
menghadiahkan bunga untuk diri sendiri yang dah lama aku tinggalkan
hati aku jadi tenang
dan juga hadirnya temanteman (terutama yang belanja makan)
membuat kepala aku rasa lebih ringan dengan gelak ketawa mereka
dan, sekarang aku sedang menaip sambil ditemani mini sunflower a.k.a kekwa kuning dengan perut yang kenyang (macamane tak makin gemuk.ish ish ish)

psstt : serius aku rasa macam nak bangun dan jerit ' hey annoying people, did your respect value left in somewhere else?!' profesional la der.

Wednesday, March 21, 2012

Result SPM : A flashback

Alkisah,,,,

Sekitar tahun 2006 ( 6 tahun berlalu dah woo )

Cik Areqil mesti ingat semua kenangan time kite  amek result dulu kan?
Result keluar pagi, tapi kami gerak dari uma tuudiah pukui 12.
Actually memang sengaja sebab nak mengelakkan dari pertanyaan 'result ko berapa beb?' yang jadi ayat wajib bagi tiap orang kat sekolah.(Itupon ade dua tiga orang dok tanya via phone)

Dalam bas,
Sang Aku : Aqil, kite takutla . result kite mesti teruk. hmm, takut je nanti nanges
Cik Aqil : eh, xde pape la. InsyaAllah oke
Jadi, kami pon berjanji takmau menangis walau apapon terjadi

kat sekolah,
dupdapdupdapdupdapdupdap
haih, sekolah dah kosong dah.
lesap dah semua student
So, tanpa melengahkan masa kami pon menyerbu akak-kerani-yang-cun-gila
' Err, akak. kami nak amek result spm'
dengan muka peliknye die jawab
' Kenape tak datang besok je dik? tau tak result sebenanye pagi tadi?'
' Errr.....(buat muke seposen)'
jadi. bile kami bukak je result
.
.
.
.
Jengjengjeng
.
.
.
.
Sang Aku : Aqil, camne? oke?
Cik Aqil : Oke (sambil buat muke steady). Awak?
Sabg Aku : Oke (padahal dalam hati tuhan je yang tau). Janji jangan nanges walau apepon jadi.

tibetibe melintas cikgu BM Aqil
' Haaa, aqila. Macamane result?'
(dan itu ayat yang buat beliau sebak)

gambar sekadar hiasan

kesimpulannya, result kami bukan seperti ape yang kami harapkan
dan itu jugakla yang buat aku down sebab result kawankawan semua gempakgempak
dan itu jugak yang buat aku merajuk bawak diri ke rumah Aqil selama seminggu
sebab malas nak jawab soalan dari sedaremare yang selalu buat high expectation kat aku
percayalah, saya hanya manusia biasa. 
tapi, bak kata pepatah (sempat lagi nak berpepatah)
there's rainbow after rain
tak sampai dua hari kat uma Aqil aku dapat dua tawaran job

tapi alhamdulillah,
sekarang aku dan Aqil berjaya jugak menjejakkan diri kat menara gading
walau jalan kita agak jauh. kan Aqil? =')

So adik adik yang nak amek result Spm
Goodluck ya
Congratz kepada yang berjaya
Jadikan ini jejak langkah penting yang pertama untuk mengejar citacita
dan yang tak berapa berjaya
La Tahzan, Innallaha Maana
Masih ade langkah lain untuk berjaya
Diploma, STPM, SPA, Politeknik, Nurses, Cikgu
dan banyak lagi jalan yang ada


And special for Firdaus Su'udi
goodluck ya
akak tak kesah berapa pon kau dapat
dont pressure yourself. akak pon penah rase macam yang kau rase
think wisely for your upcoming future
buat keputusan betulbetul
jangan ikut kawan
dan belajar selagi boleh belajar
selagi akak mampu akak akan tolong kau
kau satusatunye adik akak
kau satusatunye harapan mak yang tinggal
dan akak percaya kalau bapak ade, kau jugakla yang akan jadi harapan untuk disandarkan
Tuhan je yang tau betapa akak sayang kau ( tak rock la nak pelukcium dah besarbesar ni kan)

dah besar dah adik akak

............................................

psstt : kecikhati bile UPU cakap 'dukacita dimaklumkan anda tak berjaya blablabla...'

Wednesday, February 29, 2012

tingkatan 6 bahagian I

Assalamualaikum
khaifa haluk

alhamdulillah,ana bilkhair wa ant?
(aplikasi kelas Arab taksat)
haha

alkisah, masa cuti tu sempatla aku berbualbual dengan adik kesayangan tentang masadepan die
(see, such a nice kakak kan?haha)

''kak, manje tak apply UPU tau''
''laaa,kenape pulak? poli pon tak apply?''
''tak! orang salah step la. tak patut masuk vokasional ni''
''nak pilih UPU pon U mane je yang layak dengan course orang ni, lagipun orang takminat''
tibetibe hati aku terase sebab aku yang pulun soh die amek sekolah tu dulu
''habes tu camne? nak keje je? takpayahla. selagi boleh study, study la''
''tanak sambung course tu la. tak minat, kang nanti xleh catch up''
(dalam hati : serious macam aku duludulu)
dia sambung lagi ''errr, akak form 6 dulu camne ek? oke x? orang kate susah?''
haaa,tibetibe flashback menerajang fikiran
.......................



dulu, nama aku tak tersenarai langsung dalam senarai pelajar Tingkatan 6 sekolah
Jadi, aku taktau camane cara manual Tingkatan 6 di offer.
Then, ari pertama tingkatan 6 aku jumpe P.K HEM sekolah
(which is aku takpernah terpikir pon akan berurusan dengan beliau)

Aku : Cikgu, kenapa name saya takde dalam senarai pelajar ek?
cikgu : Awak bawak result?
Aku : Bawakbawak.. Nah, ni die.
Cikgu : Ish, mustahil awak takdapat. result awak dah lebih dari cukup untuk syarat kemasukan. cube awak pegi PPD and trus apply form 6. Awak pegi arini jugakla biar settle cepat. lagi lambat awak masuk lagi banyak awak kena catch up''
Aku : PPD?? arini jugak?? (telan air liur sambil buat muke separuh sedar)''

seriously, aku tak pernah terbayang akan berurusan dengan PPD seorang diri.repeat. seorang diri
bayangkan, dalam umur 17tahun aku kena pegi tempat yang asing bagi aku untuk berurusan secara rasmi.
Jadi, dengan langkah berani mati aku ngajak kawan aku ( jasamu dikenang Syafiqa Suhaimi) pegi apply kat sane dengan just berbekalkan result SPM, tanpa surat rasmi nak apply form 6!

oke, mase mulamula masuk pejabat dah cuak dah
pegi kat kaunter pertanyaan..
'' Assalamualaikum, tumpang tanye. kat mane ye tempat yang saya boleh apply untuk tingkatan 6''
gile ayat tunggang tebalik! nasib baik akak tu paham soalan aku. Jadi, die tunjukla ofisnye.
Bile bukak je pintu ofis tu rupenye ramai jugak orang yang senasib. 

tibetibe, 
''awak pakai camni nak berurusan rasmi?''
aku dah cuak.aku dah cuak.. erk,aku ke yang die maksudkan..
''maaf encik, saya taktau''
ffuuhh, nasib baik bukan aku..die cakap dengan budak lelaki yang pakai suar jeans koyakkoyak gaya rempit masuk PPD. dialog seterusnye malas aku nak amek tau.

oke, aku dipanggil
encik : ye, ade masalah ape?
aku : erm, saya nak tau kenapa ye nama saya takde dalam senarai tingkatan 6 kat sekolah saya.
encik : tengok result awak.
then encik tu check name aku dalam data komputer
encik : awak memang dah layak tapi masalahnye nama awak ade kat tempat lain
aku : maksudnye encik
encik : awak dapat MATRIKS untuk setahun. so, awak masuk MATRIKS jela.
aku : tapi saya tanak masuk MATRIKS
encik : apsal pulak? lagi bagus awak masuk MATRIKS dari masuk form 6.
aku : saya tak mampu nak amek subjek sains lagi la encik. Results saya pon yang menyepoilkan sume subjek sains.
encik : Awak tak cuba awak taktau
aku : saya dah cube lepas PMR lagi encik, dulu saya nak amek course account cikgu saya suruh teruskan sains,jadi inilah jadinye.. masalahnye saya tak minat sains dari darjah 5 lagi encik..
encik : kenapa pulak gitu?
aku : dulu saya amek ujian PTS, jadi saya terus lompat darjah 5. Jadi saya selalu dicicirkan kat kelas sebab takleh catch up sains darjah 5. cikgu saya mase tu anggap saya dah tau sume subjek darjah 4.
ujar aku sambil buat muke kesian tahap IV
encik : oke la, saya masukkan nama awak dalam senarai form 6 sekolah awak. saya tolak nama awak kat MATRIKS ni. jangan nyesal!
(eleh, ugutanmu tak berkesan dihatiku encik.haha)
aku : yeke!terima kasih encik, tapi saya nak mintak satu lagi la..bole tak saya nak kelas sastera?
encik : takboleh, kami kena letakkan berdasarkan result. kalau awak nak tukar kena isi borang kat sekolah nanti. buat mase sekarang ni je yang saya mampu tolong.
aku : okela, dari tak dapat langsung.hehe (naseb baik tak joget depan encik tu.cover ati, cover,jangan nampak hepi sangat)
(mesti encik tu cakap dalam hati : orang macamni pun ade ke?)

Jadi, aritu jugak aku settlekan masalah kat sekolah. dan mase aku apply form 6 aku masih lagi bertaraf pekerja part time shopping mall. Jadi, petang tu aku dipanggil untuk keje even aku dah mintak nak amek cuti. bos tarak kasi.walaoh, manyak penat woo.. (oke,part ni tak penting pon sebenanye)

keputusan yang aku buat ni nyata mencetuskan perasaan takpuas hati dalam kalangan keluarga, guruguru dan jugak rakanrakan. Dalam masa yang sama aku juga perlu memberi fokus kepada keje dan study. dan walaupun aku berpeluang masuk tingkatan 6, aku masih perlu masuk ke kelas sains.Tapi, aku tetap bermatiamatian nak dapatkan kelas sastera. kalau aku masuk kelas sastera, permohonan biasiswa aku juga akan ditolak.Jadi, apekah kesudahannya? kita nantikan di episod akan datang bertajuk Tingkatan 6 Bahagian II.

psstt : kalau ade permintaan baru aku sambung. if not takpayahla. haha


Friday, January 13, 2012

Tipikal hostel-life

Assalamualaikum
yo!yo!yo!
~ wassap yo ~

yeah, dah lame sebenaqnya nak post entry pasal hostel
yela, dari sejak nak masuk sekolah lagi
budakbudak dok kecoh kat pesbuk

'' wah, dah nak masuk sekolah ke?xnak!!''
''alah, esok kena balik asrama. malasnye''

hah,actually aku pon penah rase macam korang dik oii
iyela,dah selesa dok uma dapat tengok tibi bestbest
tibetibe kena packing barang nak kena duduk kat 'penjara' pulak
haih,bosan!
eh,tapi korang tau tak?
duduk asrama tu la yang mengajar erti hidup sebenar 
even sampai sekarang aku masih teringat time zaman hostel-life dulu

dan akhirnye aku perasan
budak hostel ni ade trademark diorang sendiri
dan kebanyakan hostel kongsi carahidup yang sama
tak caya?
meh aku buktikan
.
.
.
.
Tipikal hotelHostel-life

lame xmenjenguk kamu
1. Orientasi dan buli

Time kat hostel aku dulu kitorang style bagi name orientasi untuk setiap budak 1st year. dan kalau nasib diorang baik, name orientasi diorang akan kekal sampai diorang abes sekolah. Antara namanama yang diberikan adelah ''Colgate, Kerut dll''. nama tu pon bukan calangcalang dibagi, based on personality orang tula. Macam nama Kacip sebab nama sebenar die Fatimah.haha..Orientasi dengan buli memang dua benda yang tak dapat nak dielakkan. Kenapa aku cakap macamtu? sebab time orientasi biasenye budakbudak junior dikehendaki mintak signature Excoexco senior dan diberikan dateline. dan nak amek signature tu bukan senang. Kau kena buat something yang puaskan hati senior dulu. Contoh :

# situasi 1 :
Junior : Akak, kite nak mintak signature boleh?
Senior : Boleh, dengan syarat. Kau tiup lampu tu sampai menyala ( sambil buat muke jahat)
Junior :  =,=''

# situasi 2 : 
Junior : Akak yang cantek, nak signature boleh?
Senior : Boleh, tapi lepas kau teka panjang rambut aku bape cm.. Salah teka takdapat signature.(sambil mensiputkan rambut)
Junior : Mak,nak balik!!! ='(

#Situasi 3 :
 Junior : Akak,tolong la bagi signature..please..dateline nak dekat ni..
Senior : Alolor, ciannye.. Dateline keje kursus aku ni pon nak dekat dah ni. Apekate kau tolong buatkan?
Junior : Erk, takde care lain ke kak?
Senior : cara lain?eh ade...lagi senang.. Tu kat baldi tolong basuh, dah seminggu tak basuh. Eh sekali dengan kasut ni sekali la ye.. Pastu nak coklat sebijik and meggi bagi sedozen? Amacam?deal?
Junior : ......... ( Dalam hati : kalau aku lempang akak ni kena cop K.A (kurang ajar) plak )

oke, ni untuk perempuan. Kat hostel lelaki aku tak pasti.Tapi aku rase more than this kan?kan?kan? Dengardengar budakbudak freshie akan dibelasah untuk 'merapatkan' hubungan senior-junior diorang. Eh, betul ke? hoho. 

gambar sekadar hiasan =)

2. Barang Larangan

Bile sebut barang larangan mesti korang penah buat kan? tak ngaku? ke tak penah buat? budak yang tak penah buat memang superb nerdy + skema. (macam aku time form 2 sampai form 5 la). Oke, time form 1 masih suci lagi takbawak phone, tapi kau tengok nanti time form 4 (budakbudak baru nak up katekan).. Time nak cas handset paling gelisah, bagi yang ade port tu takpela tapi yang takde tu terpakse bagi kat orang luar suruh caskan.Time ade checking mengejut tu baru masingmasing gelabah. Adoiyai, macammacam 'tempat rahsia' diorang simpan. Ade yang letak kat dalam baldi yang penuh dengan baju busuk, ade yang letak kat plastik dan tanam kat tanah, ade yang letak kat tepitepi tingkap dan yang paling best kat 'tempat sulit'-->erk! dan paling best jenis handset semua same pesen. 3310 and the geng. sebab paling jimat bateri.aha~ Lagi 1 barang larangan yang sinonim dengan lelaki adelah rokok. Ade je sumber diorang nak dapatkan bende alah tu kan.huhuhu..

brand enset tipikal dibawak ke hostel

3. Ponteng

Ponteng atau fly name glamernye memang sinonim sangat dengan budak hostel. Takpenah ade hostel yang takde budaknye tringin tak fly.. Boring woo ngadap dinding segiempat dengan rutin yang same je setiap hari.atleast nak jugak rase 'bebas' diluar sane. Macammacam care nak fly ni. Buat lubang kat pagar, panjat pagar, lalu ikut jalan lubang ( biasenye jalan belakang atau kat dewan makan) atau paling real melalui pak guard.haha.. dan yang paling best aku penah buat.. sembunyi dalam kete akak aku sebab family aku ajak makan kat luar.dan balik buat muke slumber je kereta akak aku lalu depan makcik guard dan bestnya makcik guard tak detect apeape pon.syiok wooo~~ hahaha..

teng teneng teneeeenggg

4. Rules and duty.

Memang wajibulghunnah tanpa dengung kena ikut rules dorm/asrama dan duty mesti kena buat.
Antara rules hostel : 

jangan recycle baju!

dan duty pulak macammacam :
1. sapu dorm (sapu kiri, sapu kanan, sapu tengah)
2. susun baldi (paling best sebab boleh susun baldi ikut corak yang kite suke)
3. tegak katil, duty langsir (sebab tu katil semua sekata je kat hostel)

dan kami wajib tegang katil.kalau boleh katil tu memang tak boleh ade kedut langsung.sampai aku pon tak sanggup nak baring atas katil (walaupun memang fungsinye untuk baring) sebab cadar terlalu tegang. sanggup cari katil kosong nak landing sebab katil kosong takde cadar.haha..

5. vandalisme 'i was here'.

yang ni memang kat semua asrama ade kan? tak kire lelaki ke perempuan atau khunsa (ade ke?).. kat atas tilam, katil dan dindingdinding..lagi besar lagi best. bukan ape, nak tinggalkan kenangan saje. letak name dengan kawankawan tulis 'farieda and the geng wuz here since 1920'..haa, tarikh jangan lupe.biar evergreen skali..bukan setakat tulis nama, siap lukislukis gamba katun lagi..nanti time kite nak hantar anak kat hostel tu balik boleh la check ade ke tak lagi 'kenangan' yang kite tulis tu. Haaa, jangan terkejut pulak kalau takde.maknenye kena cat baru la tu kan.haha..

since 2003


6. Frasa 'after'.

'' Wei, aku nak after tau nanti.aku dah cop ae''
Haa,selalunye situasi macamni terjadi bile kite nak kena berebut dengan orang lain dan malas nak beratur. Frasa tu bermaksud 'lepas kau buat, turn aku pulak'. Maksudnye kite dah cop tempat tu dan orang lain takboleh amik tempat kite. Frasa ni terbawakbawak even kat universiti pon sebab aku pernah dengar orang cakap 'aku nak after ae'..'wahhhh,ni mesti budak hostel kan' bisik aku didalam hati.

7. Makan 5 - 6 kali sehari.

Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam,minum malam..haaaa,heaven, untuk budakbudak yang tak duduk asrama.kau ade??!! hahaha... seriusly, aku terasa bahagia duduk asrama sebab aku mampu untuk makan 5 - 6 kali dalam satu hari. tapi aku pelik sepanjang aku kat asrama kenapa aku tak gemuk even aku kuat makan. kenapa kat universiti ni aku makin gemuk even aku selalu ikat perut (mane tak gemuk, kau selalu makan nasik tengah malam makcik!).memang terasa mewah sangat makan banyak kali sebab kite cume bayar rm1 je sehari yang lebihnye pihak kerajaan subsidi.thank you! heeee~

menu hari jumaat menu yang paling best!

8. Adik/ Kakak/ Abang angkat, secret admire, lesbian, gay.

Haaa, pantang jumpe junior yang comelcomel mulalah nak minat, nak cop. Yang junior pulak suka la bile senior minat, mule nak malumalu time berjumpe. Yang takut tak di approve tu pulak gune care lain. bagibagi surat act like secret admire, bile junior/senior tu bagi respon yang baik baru tunjuk muka. yang paling seram bile ade peminat misteri yang tau gerakgeri kite dan hapal biodata kite.ape kite suke, ape yang kite tak suke.yang tu takpe tapi bile die keep on stalking sehari demi sehari, annoying gila! tak tipu. yang gaya alaala lesbo pon ada. dating antara depa aku boleh terima lagi tapi bila dah mula mainmain rambut kat bilik dan hanya berdua nauzubillah, mengundang fitnah tu dik even korang tak rasa pape pon. tak kurang jugak yang jeles menjeles, pujuk memujuk. yang perempuan takpe kot.tapi yang lelaki dengan lelaki euuww sangat kan. dan ade jugak yang siap berpangkatpangkat. oke mulamula, secret admire,pastu kawankawan,pastu angkatangkat, pastu sweetheart dan semakin menaik (aku lupa ape yang paling tinggi). ya, nampak normal kalau pangkat ni untuk lelaki dan perempuan tapi nampak 'something' kalau dengan sejenis. please,open your mind juniors..

kite minat awak.syhhh, rahsie tau!

9. Cerita Hantu.

Eh,patutnye ni jadi isu no.1 kan? haha.. takde hostel yang takde cerite hantu beb. Cerita hantu semua hostel kebiasaannya adalah sama even sebenarnye takde sape pon penah nampak/alami. Hantu loker, 1 dah tido 2 dah tido, dah tido ke buatbuat tido??heeehehehehehe~ paling femes cerite hantu loker la. Cerita pasal budak lelaki yang taknak pegi solat jumaat sebab nak balik awal.dan die suruh kawan die kunci die dalam loker pastu lepas checking bukak balik tapi kawan die lupe nak bukak loker sampai naik cuti.tibetibe dah naik cuti baru teringat dan mase tu tinggal mayat je. pastu setiap orang yang taktido lagi die akan kacau. (ade banyak versi pasal cerita hantu loker ni sebenarnye)..pergh,seriously meremang bulu roma seyh time teringat masa tengah takboleh tido lagilagi bile mengadap cermin besar kat dorm tu. tapi kalau di tanye setiap budak hostel mesti diorang ade cerita hantu tersendiri.tak caya?? cube tanya.haha.

aucak!
10.  Cheers tersendiri.

Setiap hostel akan ade cheers diorang tersendiri. Even ade jugak yang buat lagu asrama tersendiri (selalunye lagu nasyid). Hostel kitorang pun tak ketinggalan. siap buat pertandingan lagi dan cheers tu akan digunakan setiap kali ade pertandingan antara dorm. Setiap dorm kena buat cheers mereka tersendiri. Keluarla segala macam jenis lagu yang diorang tukarkan jadi cheers. Siap boleh berbalasbalas cheers lagi.mase tu memang semangat nak booo kat dorm lain bile diorang speechless taktau nak balas dengan cheers ape. Memang fun dan aku akui duduk asrama menjadikan aku lebih kreatif. Bak kata warden kesayangan '' Kesusahan akan menjadikan kita kreatif''. contoh cheers :

# situasi : Senah berjaya menjaringkan bola jaring.
Cheers : Oh senah,oh senah u are my sonia, u are my sonia (refer lagu hindustan)

# situasi 2 : Dorm B masuk padang
Cheers : ''Budak dorm B masuk padang semua orang pandangpandang, kalau menang kami sayang kalau kalah kena terajang''.

# situasi 3 : bila Dorm c senyap takde cheers
Cheers untuk mengenakan dorm c : Dorm C, jengjengjeng mengapa membisu jengjengjeng, membuat hatiku
jengjengjeng menjadi bosan.. (lagu alleycats kalau tak silap).

ape? kurang seksi lagi ke?

.
.
.
.

hah, panjang tak entry kalini?
oke,setakat ni 10 je aku bagi
kalau ikutkan banyak lagi
tapi malas nak fikir
tambahan?
jangan sungkansungkan (segansegan) komen

psstt : Pengalaman 5 tahun duduk asrama memang menge'best'kan!.