Thursday, September 15, 2016

First Trimester Seorang Ummi Kecik

Assalamualaikum,

Since Ummi rasa macam tak banyak pulak kerja-kerja ummi kat office ni. Cilok masa kejap la hapdet blog yang bersawang ini. kahkahkah.

Alhamdulillah, setakat 15/9/2016 ni dah separuh trimester ke 2 ummi rasa jadi makyong ni. So, ummi nak share kat kawan-kawan ummi pengalaman ummi masa first trimester haritu. Tapi sebelum tu ummi nak share how to kira week, bulan & trimester cara ummi. Tapi tak tau la cara ummi kira ni salah. Hahaha

So, basically kalau pergi klinik biasanya nurse-nurse, misi-misi akan kira by week la. So ada dalam 40 week gitu. Dan diorang akan pantau bergantung pada week kita. Hat ni paling senang betui nak kira. sebab ni pun ummi dah kira dalam apps period calendar ummi ni.

Kalau yang memakcik sedara mara biasanya akan tanya berapa bulan. Haa yang ini hakak memang failed betul nak menjawab. Sudahnya aku tanya makcik tu balik, agak-agak makcik saya dah berapa bulan?. kakaka. takpun cakap kat dia rahciewww. :P tapi ni ada reference yang mengkome boleh refer. Comel betul reference dia. hehe.

Trimester tu korang kira la dalam 3 bulan sekali gitu haa. Tupon senang betul nak kira kalau dah tau korang dah berapa bulan. hehehe.


So ni baru nak masuk intipati utama. hahahahahhaha. Melampau panjang betul intro tu.

1. Hilang Selera makan

- Benda pertama yang paling ketara bila semua benda ummi tak boleh nak telan. Bila tengok makanan tu memang nampak sedap, tapi bila telan dia semacam tak boleh nak hadam masuk perut. Sudahnya suami tercinta la yang menyokong sepenuhnya lebihan makanan tu. haha. trimas suamii tercintaa. #muahciked. paling best bila ummi hilang 2kg dalam masa sebulan tanpa perlu ummi diet sebab memang dah tak selera makan.

2. Muntah-muntah

- Nila benda paling lemah ummi nak hadap tau. Pantang salah makan sikit. Pantang buat kerja banyak sikit. Pantang renyah sikit mula la dia nak memuntahkan segala benda dalam perut ni. Bak kata ayah engko, baby protes. So ummi kena jadi like princess everrr katenye. hahaha. pastu bila dah start muntah memang dari pagi bawak ke malam bawak ke pagi besoknya baru stop. Bila pergi klinik doktor dengan slumber cakap takde mende. Padahal masa tu ummi dah separuh mati dah dengan muka pucat lesi dress up serabai segala bagai. haha.

3. Sangat sensitif dengan bau

- Officemate ummi paling syak ummi mengandung bila ummi beriya menangis sebab terbau-bau badan foreign workers tu, Dan sebenarnya ummi pun ada jugak tak boleh bau rambut ayah. jangan kata badan, minyak wangi dia pun ummi rasa nak muntah, Padahal sebelum ni ummi rasa benda tu la buat ummi melekat kat ayah tau. hahaha kesian ayah kan. Tapi tak tahan cemana pun ummi pada bau ayah tetap ummi betulkan mindset- 'itu syurga ummi'. Dan sekarang dah masuk trimester kedua dah macam tak boleh pulak berenggang dengan ayah. Gedik mengada nak mati seorang ummi ni. hahaha

4. Minor bleeding (Light Brown Spotting)

- Setakat trimester pertama, ada la dalam 2x ummi bleeding. Pertamanya bila travel jauh masa Raya Aidilfitri. Tula raya paling teruk ummi penah rasa. Paling takde mood. Sebab ummi demam, mabuk, muntahmuntah. Lagi dengan travel Nilai - JB - Mersing - Batu Pahat - Muar. Bila check masa sampai Nilai tu terus terkujat ada spotting. Masa tu yaTuhan risaunya ummi rasa. Then besoknya jumpa doktor, doktor cakap takde ape, cuma kalau jadi lagi kena refer GH sebab dah dikira 'threatened miscarriage'. Lepastu ummi terus jaga, tak buat kerja berat, tak masak. just rehat je.Yang keduanya, jadi lagi. tapi kali ni ummi kot yang lasak sangat, kebetulan memang ada check up, terus doktor suruh refer GH. Sepanjang hari tunggu turn and check luar dalam, alhamdulillah doktor GH pun cakap memang normal kalau ada brown spotting. as long as tak ada flesh blood. Ayah pun jadi extra hatihati, tak kasi ummi buat ini itu. Lahai rasa macam jatuh cinta berjuta kali ummi kat ayah masa tu. 

Jadi, so far itu jelah alahan yang ummi rasa. Bendabenda lain yang selalu orang rasa masa first trimester tu pada ummi normal je. Tapi alahan ummi agak teruk jugak sampai la awal trimester kedua. Alhamdulillah masuk pertengahan trimester kedua ni selera ummi mencanak-canak naik. Sampai ummi pun risau dengan selera macam ni. hahaha. Jadi, marilah ummi share gambar terbaru ummi dengan ayah yang samasama 'berperut naik'.hahahahhahaha (GELAKCETAN).


ayah kata perut ayah sama naik dengan ummi sebab nak sokong ibu hamil