Wednesday, November 15, 2017

My Dear Baby Z

Assalamualaikum,
Allahuu lamanya tak menjenguk blog bersawang ni 😅😅😅

Since last post cerita pasal review scan baby
Kalini kita nak share cerita macam mana baby Z diberanakkan.

Bismillahirrahmanirahim

Syukur kepada ALLAH, mengandungkan baby Z tak banyak sangat kerenahnya
selain dari alahan sampai 5 bulan, di diagnose GDM pulak dari awal, bengkak hanya pada tangan
yang lain semuanya ok. Takde lah sampai kena MC.
Sungguh kuat baby Z sampai 2x bleeding, 2x jatuh pun masih kuat dalam rahim ummi.

Tapi, masa check up 36 weeks baby Z dikatakan breech (songsang),
Mulanya doktor cakap tunggu lagi seminggu untuk tengok baby Z pusing ke tak.
Cakaplah apa tips Ummi tak buat, u name it.
Sujud lama-lama masa solat, suluh guna lampu, pujuk baby Z supaya berpusing.
masih....
masa check up 37 weeks doktor cakap masih begitu keadaan baby, doktor suruh refer Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)

kat HTJ doktor bagi dua choices :

1. Buat ECV (External Chepalic Version)
2. Prepare for Czer bila dah 38 weeks

Instead of that, Ummi pilih nak balik Johor, doktor tak bagi sebenarnya sebab takut baby Z terberanak tengah jalan which is risiko sangat besar bila kaki yang keluar dulu. Tapi Ummi nekad, tawakal kepada ALLAH ummi cakap biarlah kalau baby nak keluar, asalkan Ummi tak beranak sorang-sorang kat negeri yang takde sedara mara ni.sobs. 😔

Jadi, Ummi terus decide untuk minta cuti bersalin awal dan ayah bawak Ummi balik Johor cepat-cepat. Tapi sebenarnya Ummi tak rasa nak beranak lagi pun.haha. Bila sampai Johor Ummi sempat spend time dengan kawan-kawan Ummi,sempat drive pegi shopping mall dengan nenek Semah, orang pun cakap perut ummi tinggi lagi so memang lama lagi nak beranak. Dorang tak tau baby Z songsang, jadi memang perut nampak tinggi., hehe

Maka, bermulalah episod time baby nak keluar...

*09/01/17*

Follow up check up dengan Hospital Sultan Ismail JB dengan doktor pakar. Doktor cakap Ummi masih ada chance untuk delivery normal sebab baby Z hanya 2.7kg dan kedudukan baby Z seperti bersujud, jadi kalau delivery normal pun akan keluar punggung dulu which is tak membahayakan both parties (ibu & anak). Ummi happy 😉

*16/01/2017*

Last-last day check up untuk pastikan Ummi dah bebas dari kencing manis. kahkah. Cemana tah dapat kencing manis padahal masa mengandung tu tak suka betul benda manis.

*17/01/2017*

Check up dengan doktor klinik desa. Ayah suruh tanya kalau masih ok ke nak delivery normal dengan keadaan breech macamtu. Jadi, ummi minta doktor buatkan surat untuk second opinion kat Hospital Sutanah Aminah JB pula. Doktor cakap Ummi akan ada chance kena marah sebab gigih nak tanya second opinion sebab yang check haritu doktor pakar famous kat JB jadi kenapa taknak ikut cakap dia je. haa gitu. haha. alaa, bukan ape, ada nurse takutkan Ummi cakap kalau ketuban dah pecah nanti kalau tak datang hospital cepat, anak akan lemas.

Malam tu Ummi whatsapp dengan ayah cakap taksabarrr sangat nak tunggu baby Z keluar. rasa macam lama sangat nak jumpa baby. Ayah pun taksabarr tu. Ummi cakap macam nak suruh doktor operate je sebab dah taksabar nak jumpa baby. haha. amboi senang betul mulut cakap camtu khenn.Oh, ayah masih di Nilai masa tu. rindu betul kat ayah masa tu macam zaman bercinta. eh eh kita bercinta ke dulu? hahahahhaha.

*18/01/2017*

Pagi tu Ummi mintak driver kesayangan (kahkahkah) tolong hantar ke hospital, sape lagi.. ayahsu engkolaa nak. Ke HSA untuk mintak second opinion. Sebenarnya start malam tadi Ummi kerap sangat ke toilet sampai nenek tegur, Ummi cakap biaselah dah hujung-hujung ni kerap je nak terkucil.
Lepastu Ummi perasan baby Z kurang bergerak. sampai kena baring tepuk-tepuk perut baru gerak. Pemalu la kot anak Ummi ni. ke pemalass nii. haaaa. 😅😅

Datang je pagi tu sebakul dah kena sound dengan doktor. ''Doktor pakar sudah bagi opinion u boleh delivery normal, lagi mau tanya doktor biasa-biasa macam kita pulak''. Haha. Ummi senyum jela. Betul juga deme kata tu. tapi Ummi cuba nasib jela. Tapi diorang bagus. Diorang tetap juga buat normal procedure untuk check ummi. Check jantung baby, check tekanan darah Ummi, check ini, check itu. Ummi pun ambik peluang bagitau baby Z tak aktif sangat, naah masa check tu memang betul baby Z tak aktif. maybe sebab pagi lagi kot, bby Z tak bangun lagi. haha. Lame dorang monitor pergerakan baby Z. Mula tu nurse berkerut tapi dia diam je.

Tiba MO datang, MO tanya-tanya sikit, tanya lagi kenapa nak second opinion bagai. tapi tetap check juga la. time MO seluk dari bawah MO terus terkejut panik. dia terus tanya serius

" AWAK LANGSUNG TAK RASA SAKIT PERUT KE?'
"AWAK TAK RASA NAK BERANAK KE?"
"TAKDE RASA CONTRACTION?"
"NURSE, TOLONG CHECK MASA CONTRACTION DIA"

rupa-rupanya dah terbukak 3CM. matilanakkk. 😓😓😓 Wallahi Ummi tak rasa sakit perut langsung masa tu. sampai sekarang ummi tak tau nak describe macam mana contraction tu rasa. sebab alhamdulillah memang tak sakit. mungkin faktor baby Z songsang kot. Cuma yang buat Ummi risau bila doktor suruh decide time tu jugak.

"NORMAL DELIVERY OR EMERGENCY CZER NOW?!"

tegas dalam lembut. doktor bagitau risiko siap-siap. Kalau normal delivery Ummi cuma kena tunggu sampai bukaan 10 cm, cuma risikonya bila baby lambat keluar baby akan lemas. Kalau czer, risiko pada Ummi kalau ada bleeding or apa. Tiba nurse bisik kat telinga Ummi 'better Czer je. tak sakit. dua-dua inshaaAllah selamat'. Tau tak Ummi nak nangis time tu jugak. Ummi cuma ada ayahsu je yang menunggu kat luar tu. Nenek kerja, ayah masih di Nilai 😭😭😭😭😭😭

Ummi call nenek, Ummi call maklong, Ummi call ayah. So far paling mencabar call ayah sebab ayah baru balik dari kerja malam so for sure ayah dah tidur dan tak dengar bunyi fon. Nenek cakap mana yang terbaik untuk kita butlah, Nenek akan segera datang. Bila teringat balik pun rasa syahdunya Ya Allah 😭  . Dengan berat hati Ummi minta doktor untuk czer. dan since bilik operation available, dorang akan buat operation tu sekarang jugak. Ummi nangis sebab ayah belum tau. Ummi nangis sedih sebab hanya ada ayahsu je yang Ummi boleh harap masa tu. Thats y Ummi sayang sangat ayahsu atas sebab pengorbanan dia jadi ayah ke-dua untuk baby Z.

Masa nurse tengah prepare kan Ummi nak masuk OT, ayah call. Ummi nak nangis tapi Ummi tahan sebab ada kawan school Ummi kat situ yang jadi salah sorang doktor tu. Ummi malu hahahaha. Doktor ambik fon tu terangkan kat ayah kenapa ummi kena operate sekarang juga. sebab takut kalau bukaan makin besar baby akan keluar ke bawah dan risiko jadi makin tinggi. Ayah setuju dan ayah cakap dengan Ummi ayah akan balik secepatnya. Sedih, Ummi masuk OT tanpa ayah untuk beri Ummi restu. Ummi takut kalau Ummi tak sempat jumpa ayah dah. Ummi takut Ummi akan tinggalkan ayah selama-lamanya. hahahaha. Such a drama queen I am.

Pukul 11pagi masuk operation theatre Tuhan je tau nervousnya macam mana. Doktor bagi epidural injection yang orang kata tak elok ambik. Untuk Ummi sejujurnya ia tak sesakit mana kalau demi anak Ummi. Ya, mungkin ada kesan sampai sekarang., tapi taklah seteruk mana. Masa diorang keluarkan Zafri dari dalam perut, Ummi tengok jam pukul 11.15 pagi. tapi Ummi tak dengar baby Z nangis. Like macam 'dah ke belum, dah ke belummm'. nervous dia tu sampai doktor pun cakap 'mommy, tenanggg. jangan nervous sangat.u punya abdomen naik turun kuat sangat'. hahaha. Ummi siap cakap ngantuklah doktor (padahal nervous namatiii). hahaha. Doktor minta nurse bebual-bebual dengan Ummi. tak lama lepas tu tiba-tiba datang nurse sebelah Ummi. " Nah, anak u. tengok tu baby boy ke girl?" "haa, boy kan. cium sikit". Allahhhh syahdunya. macam nak jerit kekuattt

"AKU DAH JADI UMMMIIII. COMEL SUBHANALLAH ANAK AKU".

Tapi nurse ambik baby Z terus ke wad sebab Ummi ada history kencing manis semasa mengandung,. so diorang nak check further takut ada penyakit-penyakit lain. Ummi tak ingat pukul berapa semua proses tu berakhir. Mungkin pukul 12pm. Tapi, Ummi hanya dapat katil wad masa pukul 2 lebih. Tapi Ummi tak terasa langsung selama itu Ummi kena tunggu.

Effect lepas operate tu Ummi kena teruk. Ummi jadi muntah kuning. Even sampai ayah dah sampai hospital pun Ummi masih muntah. Tapi Ummi terharu ayah tak rasa jijik malah ayah cium dahi ummi seikhlasnya. Allahhuu. rasa macam dihargai time tu.

Dan walaupun Ummi yang melahirkan baby Z, tetaaaap ayah juga orang pertama yang dapat tengok baby puas-puas sebab nak azankan. Ayah share dengan Ummi masa ayah angkat baby Z, baby Z tengok ayah jeling pastu sambung tidur. Tak nangis pun. You such a sweetheart sayang 💕💕💕💕

Alhamdulillah, ALLAH mudahkan urusan bersalinkan baby Z. Disamping ayah tak ada dengan Ummi, Allah mudahkan segalanya untuk Ummi tanpa Ummi rasa sakit sikit pun. Terima kasih Nenek Semah, terima kasih Maklong sebab bergegas nak teman Ummi kat hospital. terima kasih sangat-sangat ayahsu sebab korbankan masa cuti sem untuk tolong Ummi yang sepatutnya ayahsu gunakan untuk cari kerja. dan terima kasih bagi yang mendoakan juga. Terima kasih ayah sebab korbankan masa, tenaga dan kepenatan semata nak tengok Ummi dan baby Z.

so, here you are.

FAIRUZ ZAFRI BIN MOHAMAD FAIZ

 
day one

9monthsplus now

update on 18/1/2018 . setahun dah yeayy