Saturday, January 3, 2015

Checklist Majlis Pertunangan Faiz & Fida



Assalamualaikum

Seperti yang aku pernah janjikan (ada ke?) aku nak share kat hangpa checklist dan tips-tips yang kadang-berguna-kadang tak berguna.

oke, firstly first. nak bajet tu kena tahu dulu details kat bawah ni dulu :
tarikh : kena setuju dua belah pihak nak buat time bila, cuti sekolah?majlis perayaan? public holida? hujung minggu biasa? atau hari biasa tapi buat waktu malam?
tempat : sama ada nak buat kat rumah, kat kampung atau pun nak paling vogue kat dewan (bagi yang mampu)
anggaran tetamu : ini sebenarnya terpaling penting tau sebab dari situ korang kena bajet untuk makan.

Paling pertama sekali adalah bajet untuk kenduri. Tak kisah macam mana pun kau punya majlis tapi kalau takde makan-makan boleh jadi macam sumpahan 7 keturunan. haha. Dalam kes aku, bajet aku,mulanya aku lebih memilih buat katering sebab taknak bagi mak aku susah hati nak masak apa untuk hari kejadian. Jadi, anggaran aku adalah :

RM10 x 50 orang = RM500
yang mana ia sebenarnya hanya merangkumi :

Set nasi ayam untuk 40 orang makan (untuk majlis kenduri kesyukuran malam sebelum majlis)
Lauk - Ayam black paper, sayur masak labu, sambal ulam.

sebab mak aku ni jenis susah nak percaya orang, even nasi pun nak masak sendiri sebab beliau ada satu sikap yang mana dia rasa kalau katering orang akan bagi nasi jenis hancur hat murah. (adohai mak).berikut adalah senarai tambahan yang mak aku buat sendiri dengan hasil pertolongan kakak dan juga ipars.

Nasi putih, bakso (request by me sebab kawankawan aku jenis terpaling suka bakso mak aku buat), ikan masak kicap, daging rendang (sebab mak sayang sangat kat bakal menantu yang favret dia rendang. Untunglah encik Faiz hoi), ikan masin, cupcakes, buah-buahan - oren & tembikai dan juga air - air panas seperti kopi & teh, air sejuk dan air masak.

Bajet tembahan ni aku taktau nak habaq berapa sebab kebanyakannya guna lebihan apa yang ada kat rumah. Jadi just put it to RM300. So total lebih kurang RM1000 juga kakcik oi. takpelah. Alhamdulillah takde berlaku pembaziran sebab ramai puji sedap dan minta resepi untuk buat sendiri kat rumah.


Ok, maka seterusnya marilah beralih kepada persalinan cik Faridah kite. (Blushing tentibe. :P )

Baik, aku lebih details kan ke aku sebab bagi aku takdelah susah sangat cari baju untuk lelaki (tapi pada kes aku memang super cerewet encik tunang nak mencari baju yang berkenan dimata beliau). Standard pakaian lelaki cuma pakaian kasual separa formal. haa faham tak maksud aku? contoh macam baju melayu & kemeja kolar la, asalkan boleh matching dengan pakaian pihak perempuan.

ok, sila check checklist aku.

Baju -Jubahdress by D'Finas Boutique Kota Tinggi

 Aku request jubah princess cut yang mana tak terlalu nampak bentuk badan dan alhamdulillah they give me what i want. Baju warna royal blue dengan lace ditangan dan bahagian bawah penuh dengan manik, bertali reben dibelah belakang dan wudhu' friendly sebab ada zip ditangan ni total cost dalam RM250. sumpah cakap ni baju termahal setakat ni aku beli. tapi alhamdulillah sangat menepati citarasa. Memang nampak mahal, tapi semua orang yang tanya harga baju tu expect lebih mahal dari harga sebenar. Jadinya baju tu memang berkualiti. Hehe.

Tudung - Shawl by Qaqa Collection & Veil from Kota Tinggi

Shawl dari Qaqa ni you ols adalah shawl glitter yang seriously sedap pakai, sejuk dan senang bentuk. Sebenarnya aku ni jenis orang yang tak berapa suka bershawl sebab agak leceh dan kalau aku pakai taktau nak habaq tara serabainya tu, sebab tu lebih selesa berbawal. Mula tu aku beli shawl ni bidang 60 sebab nak jadikannya bawal. Tapi atas nasihat kak Siti jiran sebelah yang merangkap penasihat gaya tudung aku (hahaha. penasihat sangat!) dia lebih nampak aku lebih sesuai menggayakannya sebagai shawl. Makanya beliau meng-alter tudung tu jadi saiz shawl biasa dengan tambahan lace dan manik kat belah atas tu sekali . Hasilnya, walah 5minit, pin pusing siap! Oh kalau ikutkan jahit manik tu mahal tapi kak Siti ni baik hati sangat dia tak ambik charge pun. cuma mintak RM20 untuk beli manik. dan manik tu siap sekali dimanikkan veil yang pada mulanya aku rasa macam malas nak pakai. So, total cost untuk tudung sahaja berjumlah

Shawl  (RM40) + Manik (RM20) + Veil (RM50) = RM110

Thanks kak Siti sebab banyak menjimatkan kos saya. cuma veil tu sebenarnya kurang berbaloi, maka kalian aku cadangkan choose wisely and pilihlah flower crown ke crown ke sebagai alternatif yang lebih murah. Oh ye, ada aksesori tambahan yang mana dipinjamkan oleh kakak tersayang iaitu rantai yang macam bentuk butang kebaya tu (maaflah taktau nama dia ape. haha). Nah lebih menyerlah lah majlis i ols.hihi

Manik tudung by Kak Siti-JiranSebelahRumah, Shawl by QaqaCollections, JubahDress by D'Finas Boutique
 
inilah kak Siti chuols. chomel kateko. maaf bukan bujang. :P
Oke, lanjutkan dengan mekap.

MEKAP – by Kakak Ipar (RM200). 

Ceritanya, aku ni memang tak pernah kenal blusher, concealer, entah ape kejadah semua barang mekap tu jadinya aku main hentam beli barang mekap aku sendiri atas kepercayaan kakak ipar aku.
 Jenuh aku google starter kit untuk yang nak bermekap tapi nan hado. 
Jadi dengan hopelessnya aku beli la sikit barang mekap aku yang ikut instinct aku ‘haa yelah ini yang aku mahu.’ 
Tapi rupanya kakak ipar aku cakap colour yang aku beli tu banyak yang tak sesuai. 
Kau gila aku dah laburkan rm100 untuk beli semua benda tu.jadi kalini aku malas cakap banyak aku ikut je dia pegi kedai jual barang mekap kat pasar borong pandan dan jadi bahan eksperimen kat kedai tu jugak. 
Nah berwarna warni macam lampu kelap kelip aku tengok. Dan habis jugak dalam Rm150 gitu kat kedai tu. Mula tu aku tak yakin nak mintak dia tolong mekapkan sebab dia takde eksperience nak mekapkan orang untuk majlis formal. 
Tapi hasilnya yaAllah alhamdulillah ramai yang puji. Aku pun jatuh cinta sendiri dengan muka sendiri. (ok ini over!) dan paling best semua barang mekap adalah fully utilies. 

diapit oleh makeup artist & photographer & akim&themajistret (nak jugak~)


Kenapa aku lebih memilih beliau dari mekap retis? Satu, sebab aku nak involve semua family aku dalam majlis ni, keduanya kalau mekap retis yang mekapkan confirm muka aku adalah bukan muka aku dan aku nak ia nampak natural saja baby ketiga kita dapat jimatkan bajet sebenarnya sebab mekap tu adalah dalam tempoh jangkamasa yang lama kita boleh simpan dan guna yang mana kalau guna mekap retis semua tu hanya pinjaman semata.

Ok, terpanjang pulak cerita pasal mekap.
 

 
erm.aku rasa setakat itu ajelah coretan untuk kali ni. lainkali kite sambung dengan hantaran & pelamin pulak ye. jumpa dilain hari.Adios

Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015

Assalamualaikum

Selamat datang 2015.
Semoga tahun 2015 bakal dipenuhi kenangan yang indah-indah
Dari tahun yang sudah-sudah

Selamat tinggal 2014.
Tahun yang paling meninggalkan kesan
Tahun yang penuh dengan drama
Tahun kehilangan
Tahun permulaan

Harapan untuk 2015
Semoga dapat beli kereta yang boleh buat aku tak bergantung pada orang
Semoga azam yang belum tertunai di 2014 akan di realisasikan  di 2015

Looking forward for a better life
Fora better me
For a better career
InshaaAllah.

once again :
Azam saya tahun ni untuk menyokong kuat azam  tunang saya untuk direalisasikan bersama-sama.
Semoga Allah redha.



Psst : ada beberapa post yang terpaksa di delete bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu. Harap maklum

Monday, November 10, 2014

Fasa kedua : meniti perubahan status diri

Bahagianya aku hari ini bukan kerana sebentuk cincin.
Bukan hanya kerana status diri.
Bukan juga kerana manisnya darah.

Tapi kerana engkau sang pujaan hati.
Yang sudi membahagiakan diri ini walau langsung xsempurna seperti wanita melayu terakhir layaknya.

Pesanku wahai kekasih.
Tolonglah tuntun hati ini dari kenangan lama yang maha menggugat jiwa.
Kuatkanlah hati itu dengan segala kekuatan jiwa yang engkau miliki.

Terimakasih kerana menerima diri ini seadanya.








Million thanks for those yang menjayakan Majlis ni dengan jayanya iaitu

Mekap by kak khairunisa (kakak ipar)
Fotografi by sulman (abg kandung)
Mini pelamin by aznis bridal
Katering by cik yati
baju by d'finas (kota tinggi)
tudung by qaqacollection (kawan bita)
hiasan manik by kak siti (jiran sebelah)
Bekas hantaran recycle by hanaliya (kakak kandung)
tepak sireh by obek (makcik)
Tajaan bakso by asmah ( mak kandung)
Drebar by firdaus (adik kandung)
Cincin by faiz (tunang bukankandung)

Dan tak lupa juga sokongan dari kedua belah keluarga.


Psstt : ada masa nanti aku update bajet untuk mejelis . Yang penting gambar semua meleps.


Monday, October 6, 2014

Fasa pertama

Assalamualaikum

Fasa pertama sebelum satu ikatan perkahwinan
Fasa dimana tak semua orang akan buat
Fasa yang cuma dikatakan adat.

Merisik.
Fasa pertama sebelum bertunang dan nikah
Fasa yang kau tak buat pun takpe
Fasa yang kau boleh sekali kan dengan majlis tunang

Tips : 

Actually aku bukan orang yang pandai nak cerita pasal benda ni.
Tapi pada sesiapa yang berhajat nak merisik tu bolehlah aku kongsi
Sikitsikit apa yang aku tau.

- pakaian. Bersopan

Perempuan berbaju kurung.lelaki up to u. Nak berbaju melayu lagi nampak hemsem.
Tapi kalau rase skema sangat, pakai jela t shirt yang sesuai. Nak lagi best takyah datang.haaa.amacam?haha

- buah tangan

Tak perlu hantaran.tak perlu tepak sirih. Cukup sekadar macam nak jumpa mak.mertua. bagi buah ke bahulu ke kalau mase tu tengah raya boleh bawak lemang, ketupat, rendang.

- cincin

Ni nak habaq. Ampa baru nak merisik.baru nak cop pasangan.tak perlu bagi yang mahal. Cukup sekadar dalam range harga rm150 - rm300. Manamana lelaki yang nak bagi cincin surprise make sure tau saiz jari manis pasangan.beli saiz lebih satu saiz dr saiz pasangan. Cth : pasangan jari saiz 10 beli saiz 11. Takpun boleh bawak pasangan beli samasama. Atleast pasangan boleh pilih sendiri mane yang berkenan.

- pakai jari kiri ke kanan?

Ni antara yang buat orang dilema.pakai jari kat tangan mana.
Ok antara tips yang aku tau. Kalau majlis merisik asing dengan majlis bertunang, pakai kat jari manis kanan. Tapi kalau majlis merisik sama dengan majlis bertunang pakai kat jari manis belah kiri.

- rombongan

Rombongan tak perly bawak orang kampung.cukup sekadar family dan adik beradik.
Kalau takde adik beradik cukup mak ayah saje. Simple je kan?

Ok tu je kot setakat ni. Kalau ada lagi aku akan edit dalam blog ni lagi ye.

gambar sekadar hiasan


Psstt : blog updated via phone. Kindly ignore typing error if any.

Monday, December 16, 2013

Ujian atau kaffarah?

Ujian atau kaffarah kah ini tuhan?
Disaat kami jatuh tersungkur
Ditimpa pula tangga yang maha berat.

Disaat hati ini membuak untuk meluahkan rasa hati
Tapi bibir ini terkunci tak terluah
Entah pada siapa harus aku muntahkannya
Senyum manis seolah tak mampu nak ku olah
Dek kerana hati yang terlalu walah

Kuatkan aku yaAllah.kuatkan aku.
Kuatkan aku untuk kuatkan dia
Jangan biar airmata ini tumpah dihadapan dia dan dia

Allah.saat airmata sang bunda mengalir
Sungguh aku terpaksa berpaling
Takut aku juga kalah.

Paling aku minta yaAllah.jangan kau jatuhkan semangat bunda
Cukup dia hilang sang pengiran hati.
Jangan aku sang penawar hati.

Dimana sang pujaan.
Jauh beribu batu.
Dimana peneman.
Takmungkin akan ku ganggu
Pada akhirnya yaAllah
Hanya aku yang mengharapkan diriku
Dan Engkau disisiku

Permudahkan urusan kami
Ampunkan dosa dosa kami
Jangan kau bebankan kami
Dengan beban yang tak mampu kami tanggung

Allah.aku hanya mampu mengadu padaMu

Psstt: hikmah, aku menunggumu :,)