Saturday, August 20, 2011

dReam higH

Dream High
salah satu drama korea yang memberi inspirasi
pada aku
kalau anda peminat setia kpop
pastinye anda cakap
''ahhh!lambat la kau..cter tuh dah berzaman dah!''
tapi tidak bagi aku
sebab kejarangan aku nak melayan citer korea yang makan mase
menjadi faktor utama
itupun sebab drama tu ade kat external hardisc aku
[kalau x takde makne aku nak tengok]
dan pastinye aku tgk dalam mase 2 hari saje
pastinye ade episod yg di skip ( drama je lebih~ )

jadi,jangan buang mase
mari kite berkenalan dengan watak-watak utama nya :

Kim Soo Hyun as Song Sam Dong

  • pemuda desa yang mempunyai bakat terendam terpendam
  • daripada sorang lelaki yang outdated terus berubah jadi lelaki jambu bile dah datang seoul
  • suke dekat Go Hye Mi sejak pertame kali Go Hye Mi datang kampung die
  • baru realized yg die ade bakat time kat Kirin High School of Art tuh
  • Last2 jadi famous singer kat oversea

Taecyeon as Jin Gook

  • watak pebret aku (paling ske scene die offer Hye Mi earphone yg xdipasang lagu)
  • sangat cool dan pandai menari
  • kenal Go Hye mi sejak kecik lagi
  • suke minum vitagen yang masih dalam plastik
  • suke dekat Go Hye Mi (die memahami Go Hye Mi dan die phm kenape Go Hye Mi jadi jahat)
  • selalu jadi pelindung Go Hye Mi


Suzy as Go Hye Mi

  • cold hearted
  • agak berlagak tapi byk simpan kisah sedih
  • selalu dibuli sebab perangai die yang suke berlagak
  • tak pandai nak express prasaan
  • disukai 2 jejaka --> sam dong + jin gook
  • selalu anggap Yoon Baek Hee pengikut die walaupon Baek Hee anggap die bff
  • paling suke time die menari ala2 girls generation kat dpn kedai makan kawan Jin Gook


Mi Ham Eun Jung as Yoon Baek Hee

  • mula2 die ikot style Hye Mi dr ujung rmbut smpai ujung kasut
  • tapi jadi musuh dengan Hye Mi sebab Hye Mi xhargai die
  • last2 jadi bff balik dengan Hye Mi
  • aku suke penampilan die yang nerd berbanding time die dah potong rambut
  • last2 jadi cikgu tarian kat Kirin High School of Art


Wooyoung as Jason

  • exchange student yg pandai menari
  • gentleman kat sume org sampai Kim Pil Suk prasan Jason suke die
  • suke menari macam Justin Timberlake
  • last2 jatuh cinta jugak dengan Kim Pil Suk


IU as Kim Pil Sook

  • Pakai costume sushi time audition
  • mula2 gemok pastu transform jadi kurus tapi last2 jadi gmok balek
  • secret admire Jason (selalu bubuh gula2 beso kat loker Jason)
  • die comel xkire time kurus ke gemok ke.comel sgt!
jadi,itu saje yg dpt aku kongsi
sinopsis?haaa,lu tengok la sendiri
best ke x best masing2 punye citarasa..



psstt : lagu2 dalam citer ni sume best!!lagi 1 cite yg aku nak suggest --> secret garden

Saturday, July 30, 2011

ada apa dengan 21 ?

kalau 21 tahun dulu aku lah anak yang paling malas nak kluar dari perut,
kalau 21 tahun dulu aku xlahir dari rahim mak,
kalau 21 tahun aku xdiperbuat dari gaulan kasih sayang mak dan bapak,

jadi


xkan ade farieda su'udi yang jadi empunya blog ini,
xkan ade farieda su'udi yang satu-satunye anak mak dan bapak yang pegi blaja jaoh2,
xkan ade farieda su'udi yang bengong dan gilak
xkan ade farieda su'udi yang sangat manja dengan mak
xkan ade semua tu..

Tuhan,
ku bersyukur padaMu kerna beri aku kesempatan menatap dunia 
yang penuh dengan warna-warna kehidupan
yang penuh dengan dugaan dan cabaran

Bapak,
Terima kasih kerana memperjuangkan sperma mu sehingga terhasilnya aku :''>
sekarang adik dah besar dah bapak
andai bapak boleh tengok anak bapak yang semakin cantik  dewasa ni
pastinye bapak boleh berbangga (n,n)

Mak,
Terima kasih kerana melahirkan adik
dan beri peluang untuk tengok dunia ni.
walaupun adik yang paling malas keluar dari perut mak
family,
terima kasih kerana masih menerima diri ini seadanya
walaupun kadangkala ade perangai adik yang menjengkelkan kalian
air dicincang xkan pernah putus rite??
huhu

kawan-kawan,
terima kasih kerana sentiasa mengingati tarikh keramat ini
(walaupun ade reminder kat enset dan facebook korang)
terima kaseh jugak pada sape2 yang tersinggah
kat blog sebarang ni

Bakal suami,
xkire siapa pon anda
dimana pon anda
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
ok,poyo.stop!

semakin bertambah umur kita,
semakin dekat kita dengan hari kematian
jadi,celebrate la dengan seadanya
.selamat hari lahir farieda su'udi.
selamat menjadi pengundi


psssttt : org kate 21 tahun dh dpt kunci kejayaan?suda dapat ke aku?

Monday, July 11, 2011

Awak Selalu Kata tapi awak xtau,,,


Awak selalu kata
saya lebih pentingkan kawan2 berbanding awak
tapi awak xtau
badan saya je dengan diorang tapi hati saya sentiasa ingat awak tau

awak selalu kata
saya xromentik
tapi awak xtau
saya sampai buat research
macamane nak jadi romentik
cume saya nak apply kan bile kite dah kawen nanti.jengjengjeng

awak selalu kata
saya xsayangkan awak mcamane awak sayangkan saya
tapi awak xtau
pasword saya sume ade berkaitan dengan awak
sampai macamtu sayang saya kat awak tau.
Awk ade?hoho

awak selalu kata
saya macam xngaku awak ni buah ati saya
tapi awak xtau
saya nak kenalkan awak pada sluruh dunia
bile awak dah jadi isteri saya nanti

awak selalu kata
saya selalu membebel mengalahkan mak nenek
tapi awak xtau
saya cume nasihatkan orang yang saya sayang
sebab saya nak awak masuk syurga sama-sama dengan saya nanti.
Xnak ke jadi bidadari saya nanti?

awak selalu kata
saya tak bersungguh dalam hubungan kita
tapi awak xtau
saya macam orang gila berusaha
cume xnak bagi awak nampak je

awak selalu kata
kalau saya dah buat keje langsung xingat awak
tapi awak xtau
saya buat semua tu demi masa depan anak-anak kita nanti.hehe

awak selalu kata
saya xpandai jeles
tapi awak xtau
saya tahan je sebab saya xnak awak ingat saya kongkong awak

tapi,
saya xnak awak tau semuanya sekarang
sebab perjalanan kita masih jauh
saya takut nanti bila kita tersungkur
kita xdapat nak bangun balik
Biar kita merangkak sekali pun
Asalkan sampai ke penghujungnya
Jangan pernah mengalah di sekerat jalan
Tau?

Psstt : fahami pasangan anda bukan setakat dari luaran tapi dari dalam hatinya

Monday, June 6, 2011

kakak aku dah tunang ooii !!

akak aku bertunang dah semalam..
alhamdulillah,majlis berjalan dengan jayanye..
cantek kakak aku nih.
adiknye bile lagi???
yang itu kene tanye kat incek buah ati dulu
hahaha..

jom tengok gambar tunang kakak aku..
by the way,selamat bertunang HANA & HAFIS
~ cinta utara selatan ~

ciom tangan mak mertua
rombongan belah lelaki
cincin tunang dan merisik
dah jadi tunangan orang

will u marry me?
bersame incek apis yg gmok ;p

psstt :  bole x kalo xnak bertunang.nak kawen trus??wakaka~

Thursday, May 19, 2011

PEREMPUAN

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, 
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun 
dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi 
sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?


siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan
dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?


disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, 
ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, 
x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, 
ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 
'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang 
sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati


kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, 
diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki 
terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 
3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, 
tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya
terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?


kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan,
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, 
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


psstt: sekadar perkongsian yang dikongsi dari sumber lain..:)