Monday, February 4, 2013

Syafaakillah

Assalamualaikum

Arini aku belajar satu benda baru

'senang samasama, susah tanggung sendiri'

# berjalan kaki dari satu klinik ke satu klinik dalam waktu hujan yang lebat sambil menahan kegatalan yang menusuk sampai ke tulang tanpa pikir ape-ape natijah yang bakal berlaku.#
nasib baik tak pengsan tengah jalan :)

dear body, syafaakillah.

psstt : dalam hati terpikir 'kalau aku mati kena langgar ke, kalau kena rogol ke siapa la yang tau kan?'.

Sunday, December 30, 2012

Puding triffle

Assalamualaikum

arini rase macam nak berkongsi resepi je
puding triffle ni sangat senang
dan hasilnya in Shaa Allah memuaskan hati

Bahan-Bahan : 

Lapis 1 - 
Kek Span ikut perisa kesukaan anda

Lapis 2 -
Tepung Kastard - 4 sudu
Susu Cair - 1 tin
Cocktail Buah-buahan - 1 tin
Gula - 7 Sudu

Lapis 3 -
Kristal Jelly

Cara -cara :

Lapis 1 - 
Letak je kek span tu kat bekas, lembabkan dengan air cocktail.

Lapis 2 -
Tepung kastard dibancuhkan dengan setengah cawan air.
Sementara tu panaskan susu cair dengan gula, dah mendidih boleh masukkan bancuhan kastard,
Tuang kat atas lapisan kek span tu.
hiaskan dengan buah-buah cocktail tu

Lapis 3 -
Kristal Jelly tu dimasak ikut dalam paket tu. 
Sejukkan kejap dan terus tuang kat atas lapisan kastard
dan terus masukkan dalam peti sejuk untuk di sejukkan,

tadaaa.siap!
pssstt : maaf, ilustrasi tak memuaskan hati.

Hey Singapore!

Assalamualaikum
dah lame rasenye tak menaip kat sini
rindu rasenye nak berblog2
tapi apekan daya
line brodband ni selalu buat hal
rasenye macam nak kunyah2 je modem ni

So,takpayah nak intro lelebih
Jom kite ke tajuk utama
heee

Yo,Singapore 
here i come
winkwinkwink
^^,

Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke Singapore
akhirnya datang jugak.hehe
Kedatangan ke Singapore sebenarnya nak menemankan mak ke kenduri kawen sedara
tapi dalam hati ni terdetik nak buat benda lain.hahah

Perjalanan kami bermula dari Terminal Bas Larkin
Kitorang naik bas 107 untuk ke Keranji
Tambang bas = RM1.70 saje
yes!ringgit malaysia!murah isn't it?
Bas tu akan transit ke Kastam untuk kitorang check in kat Kastam
Then perjalanan dilanjutkan ke keranji

Complex Kastam Johor waktu hujan

Perjalanan nak sampai ke Singapore tu amek masa dalam 2 jam jugak la
Sebab jammed tak hengat.
Tambah pulak pergi time weekend.hadoih!
Tapi,alhamdulillah sampai jugak ke Keranji

Then dari Keranji, kami naik MRT ke Clementi since sedara kami duduk kat situ
dari situ kami tukar MRT kat Jurong East and terus ke Clementi
Sampai je kat Clementi masingmasing blur sebab ruperupenye ni kali pertama diorang sampai Clementi
Hadeh
So,kami pon pakat amek teksi je.Mahal pon mahal la T.T

Tapi malangnya, pemandu teksi yang aku naik tu pon taktau jalan
Sampai gune GPS, call kawan, call operator bagai T,T
and die tak pandai berbahasa melayu
terpaksa la aku mengeluarkan skill yang tak berapa nak hado ni
berbelitbelit aku nak speaking, sampai traffic light pon aku tak reti nak sebut dalam english
(panic punye pasal)
ruparupanya rumah Sedara kami tu dekat sangat. jalan kaki pun boleh
haih, melayang $10 naik teksi

Sesampai je kat rumah nenek, aku terpegun
bapak tinggi apartment diorang
sakit leher nak menengok
tap landskap die lawa & kawasan bersih sangatsangat
playground die lengkap dengan outdoor gym and takde vandalism
(jauh beze dengan taman kat rumah aku.errr) 

cuba bayangkan macamane kalau lif rosak.ngaaaa

kenduri kawen kat sane agak berbeza dengan kat Johor sebab semuanya katering yang buat
jadi, yang ade ni cume makan & makan & bergosip jela.hehehe

Esok harinya lepas bersiapsiap, oleh sebab terlalu awal nak makan kat kenduri
makcik aku pun mengajak kami bershopping shopping
wah, pucuk dicita ulam pon datang
aku ape lagi, ayoo ajela!
heeee

on the way to shop. see the MRT?

kami tak shopping jauhjauh pon
dekat dengan stesen MRT tu
barang die agak murah
maybe sebab sale untuk Christmast kot
tapi kalau dibandingkan dengan duit Malaysia, kira mahal jugakla
heee
oh, ye. rate untuk tukat duit Sing $1  = RM2.50

Clementi Town bebeh

little boipren.heheh

roomate, housemate, bestfriend so as mom!

lepas dah puas bershopping & sakit kaki nak berjalan
kami pun balik kenduri dan makan sampai kenyang.hehehe
dalam pukul 1 tengah hari kami dah bersiapsiap nak balik

ole-ole~

Oleh sebab masingmasing dah tau jalan
so,kami jalan kaki je ramairamai
untuk tambang naik MRT tu, lebih kurang $4 je untuk keseluruhan perjalanan
tambang bas nak balik Johor pulak cume $1.90 je.
So, tambang keseluruhan perjalan cume tak sampai $20 pun
see, sape kate mahal?

kalau ikutkan perjalanan kali ni agak tak puas
tapi takpe, mak ade cakap
lainkali nak pegi lagi just untuk jalanjalan je
cume tengah carik masa yang sesuai je
hehehe
sape nak ikut?jom!!!

psstt : nak pegi USS kena ade RM500 dalam tangan.huuu

Monday, December 17, 2012

Jalinan Kasih Wani & Bayle

Assalamualaikum

08.12.2012
Was her big day
and our happy day
it was like a mini reunion for us
even in just half day
but still memorable

selamat pengantin baru Wani & Bayle
^^,

and for cik kiah's friend
our short reunion will be my long term memories

nampak tak gaya kat situ?  

pencari cinderella

masih bujang trangtangtang

pengantin berdebar~

amek berkot~

dengan yang dirindui

^^,



suka candid yang ini

i'm now missing u girls (T,T)

kellas kau bita!
dah selamat kahwin sorang kawan aku
lepas ni turn siapa agaknya
antara yang Melaka, Kelantan, Pahang, Kedah, Perak atau Johor
kita tungguuu~

yang sorang ni entah bile nak kawen :P
psstt : semakin ramai kawan yang nak masuk rumah bertangga ni. anda bile lagi?

Tuesday, November 13, 2012

mini hang out

Assalamualaikum

ape kabar semua?
harap2 in a pelangi of health
haha
aduyai, blur nak wat intro

ya, mini hang out with SDPians
oke, sapekah mereka?
pada siapa yang amek tau pasal aku
(ade ke?)
mesti diorang tau aku penah keje kilang
and diorang merupakan antara bestfriend paling best aku jumpe kat sane
diorang adelah Hisham, Noni, Epul & Ika
and believe me
aku paling tua antara mereka
(T,T)

and 
after one year
kami baru berpeluang hang out samasama
but still ade yang tak dapat join
iaitu Epul & Ika 
sebab diorang adelah pelajar UiTM yang baru lepas naik cuti
Aku & Hisham dah keje.
so bilebile pon ade kat Jb
and kebetulan Noni balik cuti sem

So,here we go
Setelah berbincang lebat di malam hari
pagi tu aku boleh terlupa yang aku ade dating ngan diorang
jadi,bile ade 2 misskol dari Hisham
aku baru teringat
damn~! aku belum mandi dan belum iron baju
sedangkan diorang lagi 10 minit nak sampai uma
haha.
mintak maaf lame tunggu ye korang :P

so, firstly first
kitorang menyinggah untuk main boling
di Daiman Bowl

   
Location : Johor Jaya
and lepas puas memasukkan bola boling kelongkang
kami pon angkat kaki dari situ
perut pon dah berkeroncong
jadi, aku ngajak deme makan kat Hutan Bandar
place full of memories :)
sebab ape tulis gitu
sebab Hutan Bandar tu letaknya depan sekolah & asrama aku dulu
heeee

aku pun dah lame rase teringin nak makan kacang pool
jadi aku order 1
Noni order nasi ayam penyet
Hisham pulak order tahu bakar
(menu orang diet :P )
tak lupe air favret. Bancau (bandung cincau)

menu hebat
lepas berjaya mengisi perut
aku ngajak deme berjalanjalan cuci mate kat dalam hutan bandar
sambil solat zohor sekali

urut kaki dengan batu

budak besar jadi budak kecik balik.isk3

US!
oke,then
next destination
makan abc
kat kampung melayu
kemuncak segala event

daebak!!
double double double kenyang
aktiviti seterusnya
sesi menonton wayang
alamak, kamera Sham dah abes bateri
so,xde gambar dah
and wayang yang kami tengok memang berbaloi
tengokla
Istanbul, aku datang ^^,

Err, actually malas nak membebel panjang2
sekarang mase dah sangat limited
penat kerja la u olls
heee
oke, that's all
salam sayang
Wasalam

Psstt : idea nak update blog mencurah-curah ke ladang gandum, tapi apekan daya cik tangan malas nak berfungsi~