Sunday, March 20, 2011

Cinta Agung mereka



Kisah bermula semasa si duda berkunjung ke rumah si dara.si duda yang kematian isteri buntu tentang siapa yang harus menjaga anak-anaknya yang masih kecil kerana dia tak mampu nak menjaga mereka berseorangan.Demi ternampakkan si dara dirumah saudara dara tersebut,si duda terus terpaut dengan kejelitaan si dara.Sidara yang tidak tahu apa-apa hanya menganggap bahawa renungan si duda itu hanya la renungan biasa.

Suatu hari yang indah,nenek saudara si dara menyuruh si dara untuk berpakaian sangat cantik dan bersolek bagaikan puteri.Demi patuh terhadap orangtuanya si dara pun bersiap dengan hati yang tertanya-tanya.Ternyata malam itu merupakan malam perkahwinan si dara bersama si duda..Ahhh!!si dara sungguh tidak berpuas hati kerana dia berasa dia terlalu muda untuk berkahwin..dia baru berusia 16 tahun..16 tahun!!!!sedang kawan-kawan lain bergurau senda dan enjoy menikmati zaman muda mereka si dara pula sudah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang duda..duda yang sudah mempunyai anak!!namun kerana kepatuhannya kepada orangtua memaksanya untuk menerima dengan hati yang pasrah..

Namun,tiada istilah malam pertama bagi mereka.si suami perlu ke luar kota untuk berkhidmat kepada negara,sedang si isteri hanya menunggu dirumah dengan penuh kegembiraan kerana dia juga cukup tidak suka akan si suami.Kebencian si isteri mengambil masa yang lama dan susah untuk dipujuk oleh sisuami.Tapi,si suami dengan sabar berusaha untuk mengambil hati si isteri.Bagi orang lain,pastinya mereka akan mengamuk jika si isteri tidak masak apabila mereka pulang setelah berpenat lelah mencari rezeki.Tetapi,si suami yang satu ini cukup sabar dan tabah.

‘kenapa kosong saja dibawah tudung saji ini?’tanya si suami.
‘nak makan,masak la sendri’ jawab si isteri acuh x acuh.
‘x apalah,biar abg masak ya’ si suami menjawab dengan penuh sabar.

Tahun demi tahun berlalu sehingga mereka mendapat anak pertama mereka.Si isteri masih lagi bersikap dingin dengan si suami.Dijaganya anak kecil itu acuh tak acuh.Malah,si suami yang menjaga anak itu dengan penuh kasih.Hati wanita manakah yang tidak akan tersentuh jika mempunyai suami seperti itu.Walau keras mana pun hatinya,suatu hari pasti akan cair juga.Bukankah bidalan penah menyatakan bahawa hati wanita itu seperti kerak nasi yang akan lembut dengan air.

Dekad demi dekad berlalu sehingga anak-anak meningkat remaja.Mereka hidup dengan aman dan bahagia.Si isteri sudah masak dengan perangai suami.Begitu juga sebaliknya.Namun,bahagia itu nyata tidak berpanjangan. Si suami terlebih dahulu menyahut seruan ilahi.Teringat si isteri tentang lagu mereka berdua.

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Si isteri bagaikan hilang arah tujuan hidup.Pada siapakah aku harus bergantung hidup?kemanakah arah hidupku selepas ini?Bagaimanakah masa depan anak-anakku kelak?Mampukah aku menggalas beban ini berseorangan?Berbagai persoalan muncul dimindanya.Digagahi juga langkahnya menyahut cabaran menjadi seorang janda.Bukan sekali  caci maki yang diterima,  dia perlu menghadapi kerisauan isteri-isteri lain yang bimbang jika dia merampas suami mereka.Jua godaan yang datang bersilih ganti dari lelaki hidung belang yang menaburkan janji-janji manis untuk membela hidupnya dan anak-anak.

‘Ahhh,Biarlah mereka!!’
‘Aku hidup untuk anak-anakku saja’
‘Tiada seorang pun yang layak menggantikan tempatnya’

Kini,7 tahun berlalu setelah pemergian si suami.Si isteri masih tabah menjalani hidupnya.Laluan yang berliku terpaksa ditempuhi.Ya,si isteri masih sendiri ditemani sepi.Dia sentiasa tersenyum di didepan orang namun di hati siapa yang tahu.Betapa sepinya menjadi seorang perindu.Perindu pada yang xkembali.Bertemankan doa dan Fateha yang menjadi pengubat rindunya kepada kekasih hati.

‘Abg,harap abang bahagia di sana..Mudah-mudahan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh’
‘Ank2 kite dah besar bang..mega suda pindah ruma.xlagi duduk ruma kayu lg,sulman suda punya anak,ana pun suda nak kawin,insyaAllah ujung thun ni,adik dh dpt masuk u,manje suda masuk asrama ikut jejak adik.kalaula abg bole tgk ni sume’

Hmm,itula die asma..Seorang mak yang sangat manja..ketabahannye jadi inspirasi idop aku.Mak,adik tau banyak sangat kesakitan yang mak tanggung slame ni..Bile mak sakit mak xcakap kat sape2 pon..Tapi bile adik sakit adik carik mak..Bile mak nangis mak slalu nagis sorang2..macam la adik xtau kn..Kat kubur bapak mak selalu sentuh nisan die macam die ade kat sisi mak..mak rindu bapak kan??Mak,andai ade lelaki yang layak ambik tempat bapak adik redha seandainya mak pilih die jadi ayah baru kami.Jangan risau,kami sporting!!anak mak kn..yeyeah~~



Pssst : baju pengantin mak aku masih ade lagi sampai sekarang.tapi xmuat dah kot sebab umo aku suda 21 taon..haha [mak aku mase umo 16 tahun sangat comel ok]

No comments:

Post a Comment