Wednesday, February 29, 2012

tingkatan 6 bahagian I

Assalamualaikum
khaifa haluk

alhamdulillah,ana bilkhair wa ant?
(aplikasi kelas Arab taksat)
haha

alkisah, masa cuti tu sempatla aku berbualbual dengan adik kesayangan tentang masadepan die
(see, such a nice kakak kan?haha)

''kak, manje tak apply UPU tau''
''laaa,kenape pulak? poli pon tak apply?''
''tak! orang salah step la. tak patut masuk vokasional ni''
''nak pilih UPU pon U mane je yang layak dengan course orang ni, lagipun orang takminat''
tibetibe hati aku terase sebab aku yang pulun soh die amek sekolah tu dulu
''habes tu camne? nak keje je? takpayahla. selagi boleh study, study la''
''tanak sambung course tu la. tak minat, kang nanti xleh catch up''
(dalam hati : serious macam aku duludulu)
dia sambung lagi ''errr, akak form 6 dulu camne ek? oke x? orang kate susah?''
haaa,tibetibe flashback menerajang fikiran
.......................



dulu, nama aku tak tersenarai langsung dalam senarai pelajar Tingkatan 6 sekolah
Jadi, aku taktau camane cara manual Tingkatan 6 di offer.
Then, ari pertama tingkatan 6 aku jumpe P.K HEM sekolah
(which is aku takpernah terpikir pon akan berurusan dengan beliau)

Aku : Cikgu, kenapa name saya takde dalam senarai pelajar ek?
cikgu : Awak bawak result?
Aku : Bawakbawak.. Nah, ni die.
Cikgu : Ish, mustahil awak takdapat. result awak dah lebih dari cukup untuk syarat kemasukan. cube awak pegi PPD and trus apply form 6. Awak pegi arini jugakla biar settle cepat. lagi lambat awak masuk lagi banyak awak kena catch up''
Aku : PPD?? arini jugak?? (telan air liur sambil buat muke separuh sedar)''

seriously, aku tak pernah terbayang akan berurusan dengan PPD seorang diri.repeat. seorang diri
bayangkan, dalam umur 17tahun aku kena pegi tempat yang asing bagi aku untuk berurusan secara rasmi.
Jadi, dengan langkah berani mati aku ngajak kawan aku ( jasamu dikenang Syafiqa Suhaimi) pegi apply kat sane dengan just berbekalkan result SPM, tanpa surat rasmi nak apply form 6!

oke, mase mulamula masuk pejabat dah cuak dah
pegi kat kaunter pertanyaan..
'' Assalamualaikum, tumpang tanye. kat mane ye tempat yang saya boleh apply untuk tingkatan 6''
gile ayat tunggang tebalik! nasib baik akak tu paham soalan aku. Jadi, die tunjukla ofisnye.
Bile bukak je pintu ofis tu rupenye ramai jugak orang yang senasib. 

tibetibe, 
''awak pakai camni nak berurusan rasmi?''
aku dah cuak.aku dah cuak.. erk,aku ke yang die maksudkan..
''maaf encik, saya taktau''
ffuuhh, nasib baik bukan aku..die cakap dengan budak lelaki yang pakai suar jeans koyakkoyak gaya rempit masuk PPD. dialog seterusnye malas aku nak amek tau.

oke, aku dipanggil
encik : ye, ade masalah ape?
aku : erm, saya nak tau kenapa ye nama saya takde dalam senarai tingkatan 6 kat sekolah saya.
encik : tengok result awak.
then encik tu check name aku dalam data komputer
encik : awak memang dah layak tapi masalahnye nama awak ade kat tempat lain
aku : maksudnye encik
encik : awak dapat MATRIKS untuk setahun. so, awak masuk MATRIKS jela.
aku : tapi saya tanak masuk MATRIKS
encik : apsal pulak? lagi bagus awak masuk MATRIKS dari masuk form 6.
aku : saya tak mampu nak amek subjek sains lagi la encik. Results saya pon yang menyepoilkan sume subjek sains.
encik : Awak tak cuba awak taktau
aku : saya dah cube lepas PMR lagi encik, dulu saya nak amek course account cikgu saya suruh teruskan sains,jadi inilah jadinye.. masalahnye saya tak minat sains dari darjah 5 lagi encik..
encik : kenapa pulak gitu?
aku : dulu saya amek ujian PTS, jadi saya terus lompat darjah 5. Jadi saya selalu dicicirkan kat kelas sebab takleh catch up sains darjah 5. cikgu saya mase tu anggap saya dah tau sume subjek darjah 4.
ujar aku sambil buat muke kesian tahap IV
encik : oke la, saya masukkan nama awak dalam senarai form 6 sekolah awak. saya tolak nama awak kat MATRIKS ni. jangan nyesal!
(eleh, ugutanmu tak berkesan dihatiku encik.haha)
aku : yeke!terima kasih encik, tapi saya nak mintak satu lagi la..bole tak saya nak kelas sastera?
encik : takboleh, kami kena letakkan berdasarkan result. kalau awak nak tukar kena isi borang kat sekolah nanti. buat mase sekarang ni je yang saya mampu tolong.
aku : okela, dari tak dapat langsung.hehe (naseb baik tak joget depan encik tu.cover ati, cover,jangan nampak hepi sangat)
(mesti encik tu cakap dalam hati : orang macamni pun ade ke?)

Jadi, aritu jugak aku settlekan masalah kat sekolah. dan mase aku apply form 6 aku masih lagi bertaraf pekerja part time shopping mall. Jadi, petang tu aku dipanggil untuk keje even aku dah mintak nak amek cuti. bos tarak kasi.walaoh, manyak penat woo.. (oke,part ni tak penting pon sebenanye)

keputusan yang aku buat ni nyata mencetuskan perasaan takpuas hati dalam kalangan keluarga, guruguru dan jugak rakanrakan. Dalam masa yang sama aku juga perlu memberi fokus kepada keje dan study. dan walaupun aku berpeluang masuk tingkatan 6, aku masih perlu masuk ke kelas sains.Tapi, aku tetap bermatiamatian nak dapatkan kelas sastera. kalau aku masuk kelas sastera, permohonan biasiswa aku juga akan ditolak.Jadi, apekah kesudahannya? kita nantikan di episod akan datang bertajuk Tingkatan 6 Bahagian II.

psstt : kalau ade permintaan baru aku sambung. if not takpayahla. haha


2 comments:

  1. Citer kau lebih kurang makcik aku! Bermati-matian beliau nak amek kelas sastera. Apa pun ada hikmah semua tu. Sikit lagi nak grad dah.
    v(^_^)v

    ReplyDelete