Sunday, June 16, 2013

selamat hari bapa, BAPAK

Assalamualaikum
so,bersempena dengan hari bapa ni
mai aku nak habaq satu hikayat

Dulu, mase aku dajahanam (darjah 6)
Mrs. Yeoh (cikgu BI aku) pernah pesan begini
' anak-anak, jangan lupe u wish u punya bapak happy father's day,
give him something, even that is just a simple thing, aiyaaa
kalau malu takpa, u buat air untuk dia cukup, mesti dia suka'

ya, bapak memang seorang yang sangat garang dan super tegas
antara aku dengan dia, we have that lack of communication
even kalau aku nak mintak apaapa mesti mak yang jadi orang tengah
so,then tiba hari bapa
seriously, itu hari bapa pertama aku pernah wish kat bapak
ya dan itu juga kali terakhir. ( phew, seriously bergenang airmata)

cara aku selebret mungkin lain dari orang lain
kalau orang lain mungkin depa peluk bapak depa, kiss bapak depa
tapi bukan pada aku..
aku cuma hidangkan air kegemaran bapak
ya, coffemate.itu kegemarannya.
sambil tangan aku terketarketar dan mulut aku antara dengar dan tak dengar
menyebut 'selamat hari bapa, pak'.

hell,yeah
aku taktau bapak dengar atau tak ape yang aku cakap
tapi aku ibarat dah melepaskan segunung beban dalam dada aku
puas!akhirnya aku dapat jugak wish.
dan siapa sangka
itu juga kali terakhir aku sebut perkataan tu pada seorang bapa.

untill now, tiap kali hari bapa
aku teringin nak hadap muka bapak
dan nak cakap
selamat hari bapa, bapak
kenyataannya, yeah takkan pernah terjadi kan?
aku tahu tu. 

dear all
aku harap macammane pun bapak korang
tegas/baik/sporting/garang nak mati
aku harap korang hargai die
walau bukan dengan perkataan
biarlah dengan perlakuan
aku jamin, jauh disudut hati mereka
mereka akan bangga membesarkan korang
sampai tahap sekarang ni.
 

and bapak
adik tahu bapak takkan pernah tahu ni
adik rindu nak bapak peluk adik sepertimana bapak peluk adik kali terakhir dulu (erat & syahdu)
adik teringin nak tengok airmata gembira bapak mase adik grad dulu
adik teringin nak bapak jadi wali time adik bernikah nanti
adik teringin nak bapak genggam tangan menantu bapak sampai die rasa nervous
adik teringin nak bapak warning sesiapa yang kacau anak bapak ni

and untill now bapak
adik rasa kekok nak berhadapan dengan bapak orang lain
sampai adik taktau nak cakap apa dengan mereka
sebab adik dah TERLALU biasa dengan keadaan tanpa seorang ayah
dan adik taktahu lagi macamane keadaan hidup dengan seorang lelaki bernama ayah.

semoga kamu tenang disana wahai SU'UDI BIN MANSUR
terimakasih kerana berada disisi saya sepanjang 13tahun.
kamulah pendekar di hati saya yang banyak mengajar erti susah payah kehidupan.
terimakasih bapak. Alfatihah 




Psst : Hargailah keluarga anda, jangan nanti hanya mula menyesali bila sudah tiada. ^^,


2 comments:

  1. salam sis... be strong.. setaip permulaan ada pengakhiran ..abah , bapak, ayah, walid and seumpamanya memang tiada galang ganti... bila nafas dah terhenti pun.. mereka masih segar lg hidup dlm hati kita ..sampai jannah ..inshaAllah.. anak soleh solehah harta paling bernilai.. :)

    ReplyDelete
  2. thanx aqil for the motivation. sayang kamu! :)

    ReplyDelete