Sunday, September 15, 2013

Dirisik?

Assalamualaikum

Salam Rindu buat semua
ahailah.-bajetretis-

Ape macam tajuk?
Ada terkejut ka?

Setelah sekian lame tak update blog yang berhabuk ni
Aku ade story nak bercerita dengan kamu orang
eh
sebenarnya banyak benda nak cerita
tapi tak terluah
sebab dah lame tak pegang laptop
online guna phone saje
duniahujungjari katenye

jadi, for now aku cerita satu cerita nih

Nak dijadikan cerita
Last syawal haritu
ade dapat satu kunjungan yang
pada mulanya biasa
tapi berakhir dengan sebuah pengharapan darinya
amboi

orang tu jiran sebelah blok kami
entah mana datang topik pasal kawin
tibatiba makcik tu cakap
'farida nak tak kat anak saya?'
mulanya aku anggap cuma gurauan semata
tapi bila dah berkalikali tanya
jadi terkulatkulat nak jawab
akhirnya hanya mampu tersenyum
dengan jawapan spontan
'saya tak layak untuk anak makcik, saya tak cantik, takpandai masak dan paling penting belum matang. cuma kalau dah jodoh saya, sekuat manapun saya nak tolak tetap akan datang pada saya jugak'
lalu makcik tu sambung lagi
'kalaulah kamu berdua setuju, raya haji ni jugak makcik hantar rombongan'

ALLAH
makin sesak dada den
makcik, tolonglah faham
saya tak pernah berbual sekali pun dengan anak makcik
macam mana saya nak setuju nak kahwin dengan beliau
entah dia pun sudah ada calon agaknya

makin risau bila mak cakap
makcik tu sudah lama perhatikan kamu
dan anaknya jenis mengikut cakap orangtua
dan pada akhirnya kamu yang akan memberi jawapan
sama ada YA atau MAAF

berharihari aku pikir pasal hal yang satu ni
berfikir macamana nak tolak dengan tanpa sakitkan hati manamana pihak
sudahnya mak yang beri jalan penyelesaian

'sudahlah tu adik,
kalau betul mereka nak
mak akan cakapkan bagi pihak adik
adik nak stabilkan kerja, nak jaga mak, nak balas budi mak
itu alasan yang mak akan bagi'

terima kasih mak
u are the best mom ever
mak tau mana yang terbaik untuk anak mak yang sorang ni

cuma, 
pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni
sebagai sorang perempuan
tak perlu kita menonjolkan diri pun
dah ade yang menengok dari jauh

dan memang
jodoh dari orangtua memang yang terbaik
cuma zmn skrg xsama mcm zmn mak ayh kite
terlalu ramai anak yang hipokrit dgn keluarga
baik depan keluarga- dajal depan rakan
berkenalan itu perlu utk tau dia sekufu atau tidak dengan kita
(maksud aku cara hidup)

dan last
hal kahwin ni bukan setakat sehari dua
persediaan zahir batin itu perlu
tepuk dada tanya diri
kita dah sedia nak hidup dengan orang itu?
bersedia tak nak kongsi hidup dengan orang yang mungkin berlawanan sifat dengan kita
jadi fikir masakmasak

sekadar gambar hiasan

sekian.

psstt : bila jadi benda camni dalam hidup aku, mula aku sedar. ya, aku sudah semakin ke arah kedewasaan. perlu lebih matang.
 
 

Thursday, July 11, 2013

rezeki ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki ramadhan
akhirnya doa dimakbulkan oleh Allah untuk rezeki yang satu ni.

Sepanjang proses sebelum dapat rezeki yang satu ni
tuhan saje yang tau betapa looser nya aku rasa
kata-kata orang, aku masih boleh tahan lagi
tapi bila keluarga sendiri yang mempersoalkan
tindakan yang mungkin bagi mereka sangat bodoh aku buat
membuatkan aku rasa macam sangat tak berguna

Usaha. Nak usaha yang macam mana lagi?
merata tempat aku drop resume.
Memilih? even yang bawah qualification pun aku apply.
apetah lagi jawatan yang perlukan sijil mijil bagai
yang memang agak leceh.
Even, rezeki yang satu ni jugak dah kali ke-4 aku diinterview
tiga diantaranya GAGAL.

kata orang :
'eh,kenapa berenti tempat kerja yang dulu? abes ni duduk rumah jela ye'
'gila ah, dah berbulan tak dapat kerja lagi. kau ade degree kot'
 maaf. aku takda jawapan untuk soalan kalian
salah aku juga sebab nekad berenti sebelum ni
 ye, kalian takde kat tempat aku.kalian tak rase ape yang aku rase.

mampu tak kalian kerja 12 jam dengan rehat cuma 45 minit
dan hanya gaji tahap bawah qualification kalian? dan bertemankan pressure mengejar target.
entah mungkin kalau jadi operator kilang pun boleh dapat gaji yang lebih kurang sama,
bukan sebab tak bersyukur. Alhamdulillah sebab dari situ juga aku belajar betapa susahnya nak mencari sesuap nasi. betapa kuatnya ukhwah antara kami walaupun masingmasing stress dengan kerja masingmasing.

dan bila berhenti dari tempat tu apa yang aku dapat?
aku dikatakan mainmain,tak serius dengan masa depan, tak membantu, bermalas malasan.
Allah.sedihnya. macam ditikam dengan pisau.
Memang. luaran orang akan anggap aku tak serius. tapi tak siapa tau aku sampai insomnia fikir tentang masadepan.

dan bila akhirnya rezeki ni tiba
ibarat satu rahmat tak terhingga
yaAllah, terlalu bersyukur hambamu ini yaAllah.
hilang bebanan sepanjang 3bulan bergelar penganggur
terima kasih Nur Rabitha atas pertolongan

and bermula satu perjalanan baru seorang aku
mudahmudahan segalanya berjalan dengan lancar
dan semoga niat yang terlintas tu dapat menjadi kenyataan
* target untuk dapat kerja sebelum birthday tercapai dan kalau dapat bayar zakat guna duit sendiri itulah hadiah terbaik untuk diri sendiri*
 Aamiin




psstt : teringat seorang kawan pernah cakap, rezeki yang Allah bagi bukan setakat wang ringgit, boleh jadi dalam bentuk kelapangan atau kebahagiaan. Ada yang punya kerja bagus tapi takda kelapangan, ada yang banyak duit tapi takda kebahagiaan dan ada juga yang tak punya duit tapi ada kelapangan dan kebahagiaan. Jadi, jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Thanx Hanis Zakaria


Saturday, June 22, 2013

dwihati - yuna & Aizat

 Dwihati

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

 psstt : lagu ni sangat sweet. terasa macam dialam fantasi.hihi. do check it on youtube.^^,

Sunday, June 16, 2013

selamat hari bapa, BAPAK

Assalamualaikum
so,bersempena dengan hari bapa ni
mai aku nak habaq satu hikayat

Dulu, mase aku dajahanam (darjah 6)
Mrs. Yeoh (cikgu BI aku) pernah pesan begini
' anak-anak, jangan lupe u wish u punya bapak happy father's day,
give him something, even that is just a simple thing, aiyaaa
kalau malu takpa, u buat air untuk dia cukup, mesti dia suka'

ya, bapak memang seorang yang sangat garang dan super tegas
antara aku dengan dia, we have that lack of communication
even kalau aku nak mintak apaapa mesti mak yang jadi orang tengah
so,then tiba hari bapa
seriously, itu hari bapa pertama aku pernah wish kat bapak
ya dan itu juga kali terakhir. ( phew, seriously bergenang airmata)

cara aku selebret mungkin lain dari orang lain
kalau orang lain mungkin depa peluk bapak depa, kiss bapak depa
tapi bukan pada aku..
aku cuma hidangkan air kegemaran bapak
ya, coffemate.itu kegemarannya.
sambil tangan aku terketarketar dan mulut aku antara dengar dan tak dengar
menyebut 'selamat hari bapa, pak'.

hell,yeah
aku taktau bapak dengar atau tak ape yang aku cakap
tapi aku ibarat dah melepaskan segunung beban dalam dada aku
puas!akhirnya aku dapat jugak wish.
dan siapa sangka
itu juga kali terakhir aku sebut perkataan tu pada seorang bapa.

untill now, tiap kali hari bapa
aku teringin nak hadap muka bapak
dan nak cakap
selamat hari bapa, bapak
kenyataannya, yeah takkan pernah terjadi kan?
aku tahu tu. 

dear all
aku harap macammane pun bapak korang
tegas/baik/sporting/garang nak mati
aku harap korang hargai die
walau bukan dengan perkataan
biarlah dengan perlakuan
aku jamin, jauh disudut hati mereka
mereka akan bangga membesarkan korang
sampai tahap sekarang ni.
 

and bapak
adik tahu bapak takkan pernah tahu ni
adik rindu nak bapak peluk adik sepertimana bapak peluk adik kali terakhir dulu (erat & syahdu)
adik teringin nak tengok airmata gembira bapak mase adik grad dulu
adik teringin nak bapak jadi wali time adik bernikah nanti
adik teringin nak bapak genggam tangan menantu bapak sampai die rasa nervous
adik teringin nak bapak warning sesiapa yang kacau anak bapak ni

and untill now bapak
adik rasa kekok nak berhadapan dengan bapak orang lain
sampai adik taktau nak cakap apa dengan mereka
sebab adik dah TERLALU biasa dengan keadaan tanpa seorang ayah
dan adik taktahu lagi macamane keadaan hidup dengan seorang lelaki bernama ayah.

semoga kamu tenang disana wahai SU'UDI BIN MANSUR
terimakasih kerana berada disisi saya sepanjang 13tahun.
kamulah pendekar di hati saya yang banyak mengajar erti susah payah kehidupan.
terimakasih bapak. Alfatihah 




Psst : Hargailah keluarga anda, jangan nanti hanya mula menyesali bila sudah tiada. ^^,


Tuesday, June 11, 2013

Aloq Setaq with Love

Assalamualaikum
hah, nindia mood update blog baru sampai
lepas seminggu balik johor
baru nak bercerita pasal jalanjalan kat aloq setaq

Perasaan bile berjumpa balik roomate setelah beberapa bulan tak jumpe
ibarat macam nak jumpe pakwe for the first time
excited.nervous.taksabar semua ada
hailah..

perjalanan sejam lebih dari Kulim ke Sg Petani terasa macam berharihari lamenye
niat hati nak turun kat Aloq Setaq tapi oleh kerana keloqlaq-an kunun nak beli tiket on the spot
menyebabkan aku tertinggal 15minit dari jam bertolak,
kalau nak tunggu kena tunggu lagi 3 jam
so, amek keputusan jumpa kat Sg Petani.

Bila dah berjumpa. hah hamek kau
macam dah 10tahun takjumpa
berpeluk bagai sampai orang keliling tengok semacam.hahah

lagi eksaited bile tengok die dengan kereta barunye
wahhh, im happy for u As.
oh, lupe. sebenarnya ade sorang lagi yang join
incek Ehsan Sabri our coursemate (skandel As.hahah acah je Nami oii)

ehem.bau kedai!


then perjalanan diteruskan menuju ke tempat utama -> Aloq Staq
dan masingmasing pon dah lapa tahap cipanzi
jadi kami berhenti makan kat satu kedai Arab

tiga budak gemok. :P


hah, tau jela kalau kedai arab serve nasi macamane
hah, tudiah setempayan nasik die bagi
kalau tak kenyang tu bukan manusia la kot
gua rase macam tak boleh bangun dah der
serupa ular sawa lepas makan seekor kambing,haha

macam nasi tomato tapi bukan die.hehe

then seterusnya kami berjalan mencarik masjid untuk solat Zohor

masjid Zahir sentiasa jadi pilihan hati,tenang sangat solat kat sini
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Pekan Rabu
beli oleole untuk family & familymertua
dan lepas tu beli tiket balik JB kat Shahab

acahacah poyo kat dalam kereta sambil kereta sebelah tengok kitorang.haha
Settle beli tiket kami pergi plak ke Kota Kuala Kedah
A place like Kellie's Castle
tapi die tepi laut, macam jeti or perkampungan nelayan gitu
sesuai untuk shooting for wedding
so,kami tak lepas peluang buat shooting for nothing,haha

ade orang cakap diorang ni newlywed.hahah

ini semua poyoo!

Picture of the day.love it much

 After that kami berjalan pulak ke Aloq Setaq Mall untuk kununkunun nak tengok wayang
tapi wayang tutup kami pon window shoping saje and Solat sekali
Destinasi terakhir kami adalah Joned Chicken Chop
Kedai Chicken Chop yang agak famous kat Aloq Setaq some said in Kedah.hee
Oleh kerana bateri phone dah habis, jadi takde moment yang dapat di snap
rugi.haih!

Dan akhirnye tibe mase untuk berpisah semula. Jam 10malam kami berpisah dan kembali ke destinasi masingmasing
Dear Asriani eh silap,ehem dear cikgu Asriani. thanks so much for the time
and dear pakcik ehsansabri thankz bawak tempattempat best
lainkali kite jumpe lagi & jangan serik belanja aku
hahah

psstt: perempuan, bile dah jadi bestfriend, perasaan die akan lebih daripada perasaan pada kekasih.tapi itu bukan perasaan seorang lesbian.hahah. it's a fact bytheway.