Monday, September 20, 2010

dilema puasa enam

"Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (Hadis riwayat Muslim).
knape ia dikatakan begitu sebabnye puasa dibulan ramadhan di misalkan seolah-olah kite puasa selama 10 bulan..dan puasa enam ari bulan syawal 2la pelengkapnye iaitu seolah2 kite berpuasa selama 2bulan.. so,10+2=12...kn?kn?kn?
tapi,ape yg memusykilkan aq adelah:
i.puasa 6 ni perlu ke puase 6 ari berturut-turut lpas rye ke2 ataupon selang-seli selagi syawal masih ada???
ii.boleh ke gabung niat puasa qada' dgn puasa enam????

okeyh,bg meng'solve'kn mslh (ckgu bm aku bce ni mati aku kne cubit) aku pon try mengusha 2 3 website yg berkaitan hukum puasa 6 ni..yela,ilmu didada aku ni terlalu cetek kot..kalau salah mengaplikasikan boleh dikatekan sesat tau.x gitu??.huhuhu...so,ni la yg aku jmpe...

bg persoalan pertame-----> berturut-turut atau berselang-seli???
“Afdalnya dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

so,disini dpt disimpulkan bahawa afdal bg kita wat scare bturut2 tp kalo xmampu kt masih boleh wat secara berselang-seli asalkan masih lg di bulan syawal...yela,lg2 la skrg ni byk cubaan..ngn uma terbuka lg,ngn kwn2 ajk reunion lg,ngn majlis2 lg..bnde tu mungkin dtg staon skali jek..bile lg nk kmpul rmai2 ngn family n kwn2 kn..bak kata ustaz Asri dlm blog die(Persoalan tentang puasa enam syawal)
'kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting'.

beralih pada persoalan yg ke2 pulak----> Gabung niat puasa Qada' dan puasa enam

ade pndapat yg aku tgk mmg xbg langsung menggabungkan antara 2 puase ni...sebabnye,ia sama la sperti kte ibaratkn smyg wajib 5 wktu dgn smyg sunat..kn x boleh 2 kn???
ade jgk yg ckp xbleh selagi xganti puasa qada' sbb patut mendulukan puasa wajib sedangkn puasa 6 hanya sunat.
dan ade jgk yg ckp boleh dan ganjarannya adalah 2 ganjaran sekaligus iaitu ganjaran puasa qada' dan sunat..cthnye menurut i luv islam.com

"Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu."

okeyh,kesimpulan yg aku dpt tocang simpulkan dari website2 tersebut ialah sebaik-baiknya puasa 6 tu adalah:
dilakukan pada hari ke2 raya
berturut-turut
mengqada' kn dlu puasa yg tertinggal....

tp,kalau xmampu ia masih boleh dilakukan dengan cara:

berselang-seli
sepanjang syawal
mendulukan puasa 6 pada syawal dan mengqada'kn puasa pd bulan yg lain
menggabungkan puasa qada' dan puasa 6

cume mungkin pahala yg kite dpt berbeza la..kalau kita wat bnde yang terbaik,maka pahala yg kite dpt juga akn terbaik..insyaAllah...
wallahualam

p/s:sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk tu dtg dari diri kite sendiri..btulkan seandainya aku yg salah...(ayt utk entry kali ni agk skema ye~)

1 comment: