''namaku xperlu disebutkan,dari suaraku pasti kau kenalku''
''rupaku xperlu dibayangkan bla bla bla''
even agak terlambat [lepas mencecah 20++ entry] aku tringin nak bagitau hangpa hangpa dan jugak hang
okeyh,oleh kerana aku orang islam aku nak stat daripada tarikh lahir aku dalam kalendar islam
7 muharram 1411
Bersifat pendiam [huuu~], sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna [TT.TT], walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya [yeaaayyy~]. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Then,kalo ikutkan kalendar masihi...aku lahir pada hari isnin, selepas subuh,pada tarikh 30 julai 1990 [aku lahir terlebih bulan---> 11 bulan kat perut mak,pnye degil nk kuar]
Lahir pada hari isnin
Tarikh Lahir pada 30hb
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya [xberkaitan]. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya [haruslah].
Julai
seronok didampingi, agak pendiam [pendiam lagi?] kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri[semestinya], tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan, mudah dipujuk dan bersikap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih, berjiwa sentimental, kurang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan serupa kepada semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenang peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri dan duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari kesihatan bahagian perut, mudah menjadi gemuk jika tak dikawal [tipooo ni!!], minta disayangi, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.[n,~]
3+0+0+7+1+9+9+0 = 11
1+1 = 2 [pendamai]
Dilahirkan sebagai diplomat, Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri, Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati, Mereka tidak suka bersendirian, Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi, Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu [ke?], mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
psssstt : maksud name aku yang tunggal, yang istimewa, yang luar biasa---> [ade darah power rangers ke??]
mallluu~ |
No comments:
Post a Comment