Sunday, December 30, 2012

Puding triffle

Assalamualaikum

arini rase macam nak berkongsi resepi je
puding triffle ni sangat senang
dan hasilnya in Shaa Allah memuaskan hati

Bahan-Bahan : 

Lapis 1 - 
Kek Span ikut perisa kesukaan anda

Lapis 2 -
Tepung Kastard - 4 sudu
Susu Cair - 1 tin
Cocktail Buah-buahan - 1 tin
Gula - 7 Sudu

Lapis 3 -
Kristal Jelly

Cara -cara :

Lapis 1 - 
Letak je kek span tu kat bekas, lembabkan dengan air cocktail.

Lapis 2 -
Tepung kastard dibancuhkan dengan setengah cawan air.
Sementara tu panaskan susu cair dengan gula, dah mendidih boleh masukkan bancuhan kastard,
Tuang kat atas lapisan kek span tu.
hiaskan dengan buah-buah cocktail tu

Lapis 3 -
Kristal Jelly tu dimasak ikut dalam paket tu. 
Sejukkan kejap dan terus tuang kat atas lapisan kastard
dan terus masukkan dalam peti sejuk untuk di sejukkan,

tadaaa.siap!
pssstt : maaf, ilustrasi tak memuaskan hati.

Hey Singapore!

Assalamualaikum
dah lame rasenye tak menaip kat sini
rindu rasenye nak berblog2
tapi apekan daya
line brodband ni selalu buat hal
rasenye macam nak kunyah2 je modem ni

So,takpayah nak intro lelebih
Jom kite ke tajuk utama
heee

Yo,Singapore 
here i come
winkwinkwink
^^,

Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke Singapore
akhirnya datang jugak.hehe
Kedatangan ke Singapore sebenarnya nak menemankan mak ke kenduri kawen sedara
tapi dalam hati ni terdetik nak buat benda lain.hahah

Perjalanan kami bermula dari Terminal Bas Larkin
Kitorang naik bas 107 untuk ke Keranji
Tambang bas = RM1.70 saje
yes!ringgit malaysia!murah isn't it?
Bas tu akan transit ke Kastam untuk kitorang check in kat Kastam
Then perjalanan dilanjutkan ke keranji

Complex Kastam Johor waktu hujan

Perjalanan nak sampai ke Singapore tu amek masa dalam 2 jam jugak la
Sebab jammed tak hengat.
Tambah pulak pergi time weekend.hadoih!
Tapi,alhamdulillah sampai jugak ke Keranji

Then dari Keranji, kami naik MRT ke Clementi since sedara kami duduk kat situ
dari situ kami tukar MRT kat Jurong East and terus ke Clementi
Sampai je kat Clementi masingmasing blur sebab ruperupenye ni kali pertama diorang sampai Clementi
Hadeh
So,kami pon pakat amek teksi je.Mahal pon mahal la T.T

Tapi malangnya, pemandu teksi yang aku naik tu pon taktau jalan
Sampai gune GPS, call kawan, call operator bagai T,T
and die tak pandai berbahasa melayu
terpaksa la aku mengeluarkan skill yang tak berapa nak hado ni
berbelitbelit aku nak speaking, sampai traffic light pon aku tak reti nak sebut dalam english
(panic punye pasal)
ruparupanya rumah Sedara kami tu dekat sangat. jalan kaki pun boleh
haih, melayang $10 naik teksi

Sesampai je kat rumah nenek, aku terpegun
bapak tinggi apartment diorang
sakit leher nak menengok
tap landskap die lawa & kawasan bersih sangatsangat
playground die lengkap dengan outdoor gym and takde vandalism
(jauh beze dengan taman kat rumah aku.errr) 

cuba bayangkan macamane kalau lif rosak.ngaaaa

kenduri kawen kat sane agak berbeza dengan kat Johor sebab semuanya katering yang buat
jadi, yang ade ni cume makan & makan & bergosip jela.hehehe

Esok harinya lepas bersiapsiap, oleh sebab terlalu awal nak makan kat kenduri
makcik aku pun mengajak kami bershopping shopping
wah, pucuk dicita ulam pon datang
aku ape lagi, ayoo ajela!
heeee

on the way to shop. see the MRT?

kami tak shopping jauhjauh pon
dekat dengan stesen MRT tu
barang die agak murah
maybe sebab sale untuk Christmast kot
tapi kalau dibandingkan dengan duit Malaysia, kira mahal jugakla
heee
oh, ye. rate untuk tukat duit Sing $1  = RM2.50

Clementi Town bebeh

little boipren.heheh

roomate, housemate, bestfriend so as mom!

lepas dah puas bershopping & sakit kaki nak berjalan
kami pun balik kenduri dan makan sampai kenyang.hehehe
dalam pukul 1 tengah hari kami dah bersiapsiap nak balik

ole-ole~

Oleh sebab masingmasing dah tau jalan
so,kami jalan kaki je ramairamai
untuk tambang naik MRT tu, lebih kurang $4 je untuk keseluruhan perjalanan
tambang bas nak balik Johor pulak cume $1.90 je.
So, tambang keseluruhan perjalan cume tak sampai $20 pun
see, sape kate mahal?

kalau ikutkan perjalanan kali ni agak tak puas
tapi takpe, mak ade cakap
lainkali nak pegi lagi just untuk jalanjalan je
cume tengah carik masa yang sesuai je
hehehe
sape nak ikut?jom!!!

psstt : nak pegi USS kena ade RM500 dalam tangan.huuu

Monday, December 17, 2012

Jalinan Kasih Wani & Bayle

Assalamualaikum

08.12.2012
Was her big day
and our happy day
it was like a mini reunion for us
even in just half day
but still memorable

selamat pengantin baru Wani & Bayle
^^,

and for cik kiah's friend
our short reunion will be my long term memories

nampak tak gaya kat situ?  

pencari cinderella

masih bujang trangtangtang

pengantin berdebar~

amek berkot~

dengan yang dirindui

^^,



suka candid yang ini

i'm now missing u girls (T,T)

kellas kau bita!
dah selamat kahwin sorang kawan aku
lepas ni turn siapa agaknya
antara yang Melaka, Kelantan, Pahang, Kedah, Perak atau Johor
kita tungguuu~

yang sorang ni entah bile nak kawen :P
psstt : semakin ramai kawan yang nak masuk rumah bertangga ni. anda bile lagi?

Tuesday, November 13, 2012

mini hang out

Assalamualaikum

ape kabar semua?
harap2 in a pelangi of health
haha
aduyai, blur nak wat intro

ya, mini hang out with SDPians
oke, sapekah mereka?
pada siapa yang amek tau pasal aku
(ade ke?)
mesti diorang tau aku penah keje kilang
and diorang merupakan antara bestfriend paling best aku jumpe kat sane
diorang adelah Hisham, Noni, Epul & Ika
and believe me
aku paling tua antara mereka
(T,T)

and 
after one year
kami baru berpeluang hang out samasama
but still ade yang tak dapat join
iaitu Epul & Ika 
sebab diorang adelah pelajar UiTM yang baru lepas naik cuti
Aku & Hisham dah keje.
so bilebile pon ade kat Jb
and kebetulan Noni balik cuti sem

So,here we go
Setelah berbincang lebat di malam hari
pagi tu aku boleh terlupa yang aku ade dating ngan diorang
jadi,bile ade 2 misskol dari Hisham
aku baru teringat
damn~! aku belum mandi dan belum iron baju
sedangkan diorang lagi 10 minit nak sampai uma
haha.
mintak maaf lame tunggu ye korang :P

so, firstly first
kitorang menyinggah untuk main boling
di Daiman Bowl

   
Location : Johor Jaya
and lepas puas memasukkan bola boling kelongkang
kami pon angkat kaki dari situ
perut pon dah berkeroncong
jadi, aku ngajak deme makan kat Hutan Bandar
place full of memories :)
sebab ape tulis gitu
sebab Hutan Bandar tu letaknya depan sekolah & asrama aku dulu
heeee

aku pun dah lame rase teringin nak makan kacang pool
jadi aku order 1
Noni order nasi ayam penyet
Hisham pulak order tahu bakar
(menu orang diet :P )
tak lupe air favret. Bancau (bandung cincau)

menu hebat
lepas berjaya mengisi perut
aku ngajak deme berjalanjalan cuci mate kat dalam hutan bandar
sambil solat zohor sekali

urut kaki dengan batu

budak besar jadi budak kecik balik.isk3

US!
oke,then
next destination
makan abc
kat kampung melayu
kemuncak segala event

daebak!!
double double double kenyang
aktiviti seterusnya
sesi menonton wayang
alamak, kamera Sham dah abes bateri
so,xde gambar dah
and wayang yang kami tengok memang berbaloi
tengokla
Istanbul, aku datang ^^,

Err, actually malas nak membebel panjang2
sekarang mase dah sangat limited
penat kerja la u olls
heee
oke, that's all
salam sayang
Wasalam

Psstt : idea nak update blog mencurah-curah ke ladang gandum, tapi apekan daya cik tangan malas nak berfungsi~

Appointment as Account Assistant

Assalamualaikum

mesti korang dapat agak ape yang aku nak cerita
dengan tajuk diatas kan?
ye, akhirnya
kerja itu milik aku
alhamdulillah

but before tu
let me story to you
(sile abaikan grammar dan struktur ayat diatas)

perjalanan untuk mencarik kerja tu tak semudah yang orang sangkakan
dan ia membuat aku terfikir
walau sepandai mana pun kite, walau seaktif mana pun kita
akhirnya ia akan depends pada diri kita
macamane cara kite bersifat profesional
macamane cara kita nak tackle penemuduga
macamane cara kita nak bawak diri
it's all depends on ourself, not on our grades
(ofismate aku ade yang hanya berkelayakan tahap SPM je)

ramai orang cakap
'eh, kau duduk Johor, banyak kot kerja'
ya, memang banyak kerja
tapi kerja yang tak sesuai lebih banyak
bukan kate aku memilih
tapi kalau kerja menjual kupon
dan menabur kata-kata manis untuk orang beli
it is totally not me
TOTALLY!

kesannya sangat menusuk kalbu bile family kite sendiri
dah rase mnyampah atas kepengangguran kite
dan buat aku tekad
ape pon kerja yang aku dapat, aku akan amek no matter what!

dan one day,
Bita bagitau ade Career fair kat pasir gudang
and aku pun mengajak Tan
(Tan, aku rindu kat kau)
Jadi, kami pergi bertiga

and masa berjalan-jalan tu
ade jugak aku tinggalkan resume kat beberapa tempat
and suddenly tersinggah one booth
Account Assistant? totally out dengan economy
but still mencuba nasib
tapi dalam hati memang tak harap ape-apepon
acuh tak acuh je
but then after 3 days
there's a phone call says
' Kalau u ditawarkan untuk jawatan ni, u nak tak?'

dan tanpa berfikir panjang aku jawab
NAKKKK!!
dan akhirnya
alhamdulillah
sebulan sudah di Giant Hypermarket plentong
as an Account Assistant
masih dalam suasana membiasakan diri
dengan kerja-kerja yang luarbiasa sibuknye

dan dalam masa yang sama
masih berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik 
dengan jaminan yang lebih baik
Mohon doanya ye ^^,

inilah kawasan jajahan saya ^^,
ppssstt  : dah semakin berjinak-jinak pakai handbag :P

Way to Convo : Part Last

Assalamualaikum

Haaa, akhirnya dah sampai part last  pun
hangpa pon mesti bosan kan
dah lebih sebulan abes konvo masih lagi dok update pasal konvo

Jadi, pengakhiran pada perjalanan konvo saya ( oh my god! bertatasusilanya aku)
adalah sesi berlancongkan diri bersama keluarga terchenta
Lokasinya? of course round island bebeh
tapi, takdapat nak round semua
tukar plan jadi round 1/2 island
pon boleyh~

lepas majlis tak tamat lagi
mereka dah ngajak blah
amboi, datang bukan nak pegi konvo
ade maksud lain rupenye
ish3..sabo sajela~

jadi. lokasi pertame adelah
teng teneng~~

   
welkem to Penang Hill
punye seronok deme dapat naik situ
rase macam kat Genting pulak
(eleh, Genting pon tak penah gi, memandai je cakap gitu)
aku pon kali terakhir pegi dulu time tahun 1 mase kat USM
mase tu belum renovate lagi
sesak macam sardin nak naik train die
tapi sekarang
fuhhh!
lebih kurang je~
cume lebih selesa berbanding dulu
harganya
dewasa - RM4
kanak-kanak - RM2



bagi aku berbaloi sebab masa tak limit pun
kau nak spend sebanyak mane pon mase kat atas tu lantak kau
asalkan pandai-pandai nak turun time nak tutup
hehehe

then oleh kerana masing-masing dah penat
kami pun balik ke Lunas, Kedah untuk merehatkan diri
tapi untuk kesana kami menggunakan perkhidmatan feri
heee
aku pon dengan berlagaknya cerita tentang itu ini
dah macam tourguide profesional
haha
full of cars-  time dah rase sangat melengas
maka, berakhirlah one day yang berharag
esoknya pulak
pagipagi dah bersiapsiap
lokasi pertama adalah studio untuk amek gambar family
harganya humangaih
nasihat aku pada siapasiapa nak grad tu
prepare la dalam paling sikit rm300 ye
banyak beno bende nak di settlekan
dengan money~money~money~

jadi, lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke Penang
tempat yang paling semua orang perempuan tak sabar nak pegi
dan tempat orang lelaki paling nyampes nak pegi
shoping time
beli jeruk & souvenier untuk yang diingati 
 
jeruk Nasir, jeruk tanpa guna perasa tiruan. boleh try sebelum beli

dak kecik ni pon sebok nak beli souvenier
 our next destination was
PADANG KOTA
actually nak ajak diorang makan pasemboq
tapi oleh kerana masing-masing dah isi full tank before keluar rumah
jadi, kami cume jalan-jalan kat sekitar area tu
dan kami singgah kat Fort Cornwalis
salah satu kota pertahanan pada zaman dulu
lebih kurang A famosa la
nak masuk kena bayar
tak ingat berape ringgit tapi tak lebih RM3 sorang



posing ditengah matahari terik

ni kat bahagian dalam. patung tu bukan Francis Light.harap maklum :P

tambah sikit gambar mak tengah posing dengan her bestfriend- auntie Nani



and that was our last destination
due to rush for their packing time
aku rileks saje sebab masih nak relaks dua tiga hari kat Kulim
dan malam tu masing-masing balik ke Johor
dan rumah akak kembali sunyi tanpa suara akim
dan 2 3 ari lepas tu
aku pulak yang balik rumah
and dapat hadiah special
thanks korang

Boni dah ade kawan named Cet :)

maka sekian untuk cerita pujangga
Way to Convo aku ni
Next Step
Perjalanan hidup yang semakin mencabar
dialam pekerjaan
so, thats all
XOXO
(sampai sekarang aku taktau ape makne perkataan yang tersebut diatas)
 Assalamualaikum

Psstt : Dalam otak penah tepikir nak amek Second Degree as a Psychologyst. Mampu ke?

Tuesday, November 6, 2012

Way to Convo part VI

Hadiah Buat Bapak

Akhirnya!!!
impian dari kecik nak mengambek skrol kat atas pentas
dengan baju jubah and topi graduan tercapai

segala penat lelah terbayar dengan kegembiraan
yang jelas terpancar dari wajaha-wajah ahli keluarga
how i wish you were here bapak :')

Buat bapak,
adik yakin
kalau bapak ade mesti bapak akan hepi macamane mak happy
walaupun bapakla orang paling pandai sembunyikan perasaan
i miss u bapak
really really miss u

even time adik pakai jubah 
adik terasa sangat sebaknya
sentiasa terdetik dalam hati
'kalaulah bapak ade, kalaulah bapak ade'
sampai menitis air mata ni bapak

lagi bertambah sedih bile adik pandang muke mak
sampai adik kalah dengan perasaan sendiri
adik peluk mak kuat kuat
kalau boleh nak menangis semahunya
tapi malu dengan orang ramai

and bapak
THIS IS FOR YOU
saya diantara beratus manusia


one space reserved for u, bapak

antara kawan paling rapat

antara terharu, sebak & gembira

geng Cik Kiah & Pak Jemah

thanx for coming from far Hanis.

 
your turn will come brada, trust me!
and thank you all 
for the chocolate, flowers &the cutie teddy


Tuesday, September 25, 2012

way to Convo Part V

Le friends G-Day

Assalamualaikum
hari ni aku akan mengepost entry secara pukal
disebabkan oleh kesengalan line dirumah
and kelajuan wifi di USM
heee

kali ni nak bercerita tentang hari konvo kawan kami
geng Cik Kiah - geng account
Sesi mereka disebelah petang
jadi, pagipagi lagi aku dah keluar dari kulim bergerak ke USM

meh kite tengok the happiness in their faces

With Anip's gf : pandai die carik bear muke serupa anip.haha

sesi beli bunga untuk deme

banyaknye dapat bunga.untunglaa orang ade tunang.haha

menstalker diorang yang tengah spend time dengan famili

happy G-Day anip & bilah

comel tak bebear untuk deme?

Aiseh, wawa plak takde



happy G -Day Nasaei!

friends like family!

  
candid disaat memasing terharu dapat bunga.heee
will be update for reherseal and the BIG day
nantikannya!

psstt : seronok tengok orang seronok. :P