Monday, February 27, 2012

Berbakti bersama siswa/i di Kg Seri Mendapat

Assalamualaikum
Wah,tajuk macam nak tulis buletin majalah sekolah.haha
Apekejadah sebenarnya ni ?
Actually, semester 5 aku kelmarin ditutup dengan program baktisiswa ke Kg Seri Mendapat, Batu Pahat.Johor


Trivia Kg Seri Mendapat

·         90% orang kampung ni berketurunan Banjar.
·         Sebutan Bahasa Banjar ni lebih laju dari bahasa melayu,Jawa ataupun Boyan.
               Bak kata nenek angkat aku ‘ bahasa banjar macam bahasa ayam patuk jagung’.
·         Kedudukan antara sebuah rumah dengan rumah yang lain jauh.
·         Makanan tradisional dorang disebut  ‘Nasi gaul’


Jumaat, 200112
Hari Pertama

Bertolak dari USM lepas solat jumaat.
Sampai ke Kg. Seri Mendapat pukul 1 pagi
Rupa-rupanya orang kampung dah menunggu dari pukul 10 malam lagi
Masing-masing dapat keluarga angkat malam tu jugak
Aku bertuah sebab nama mak angkat aku sama dengan nama aku
Dan disitu jugak aku dapat kawan baru,Lia dan kawan lama Fiza dan depa adalah adik beradik angkat aku.
Sampai rumah keluarga angkat terus rehat dan tidur.

Trivia keluarga Encik Mahdi dan Puan Faridah (parents angkat kami)

mak, kami dan ayah
·         Dalam rumah tu ade nenek, ayah, mak dan dua adik lelaki angkat kami,Fahmi(19) dan Fifi (17)
·         Kakak mak angkat kami ruparupanya penah menang pertandingan Tilawah Alquran peringkat kebangsaan. (Fuh,bangga kejap)
·         Nenek akan mengaji setiap lepas solat subuh (mulamula kami ingat suara tv, rupanya suara nenek)
·         Mak kami memang pandai masak.dan masakan die sume sedap
·         Ayah kami pemalu tapi suka bergurau
·         Fifi dan Fahmi pulak malumalu ayam tapi kaki pekena orang.

Fifi yang pemalu gila (kakakkakak die steady je buat muke xmalu)


Sabtu, 210112
Hari Kedua


Pagi tu pukul 9pagi persatuan aerobik makcik kampung  buat persembahan aerobik samasama  dengan kami.Sangat best!

oleh kerana daun pokok kelapa ni mengganggu sesi aerobik kami, sorang macik mengamek keputusan untuk mengikatnya
*kesian kau daun*
Lepas aerobik, kami kemas surau dan ade jugak yang rewang untuk kenduri malam nanti.

amboi as, matching beno dengan orang sebelah
Petangnya pulak ade aktiviti sukaneka dengan orang kampung.depa memang sporting =)
Malam tu depa buat kenduri kecil-kecilan dan kami jugak dapat makan makanan tradisional depa.kami makan dalam dulang.geng family angkat aku makan tambah dua dulang.haha
Kenyang~

inila rupe nasi gaul ye tuantuan
Berakhir kenduri,maka berakhir jugaklah aktiviti hari kedua.

Ahad, 220112
Hari Ketiga

Pagi tu depa buat pertandingan ukir buah dan jengjengjeng..the winner is family angkat saya!!!Fiza and mak la yang mengharumkan nama keluarga kami.sayang korang la.hehe






kretip sungguh orang kampung ni yek
Fahmi pulak hampirhampir je menang pertandingan lawan tangan.aku tetap bangga sebab even die kidal die tetap boleh.tapi cume lawan die badan tegap sangat.huhuhu
And tengah hari tu majlis penutup dan diorang serahkan gambar yang diamek pada malam pertama kami menjejakkan kaki ke kg. Seri Mendapat.hah,buruk gila muke mamai aku.haha
Petangnya,ayah ngan mak ajak kami pegi jalanjalan ke Ayer Itam.dan dapat la jugak cenderamata.paling best,mak belikan hadiah untuk kami bertiga.yeay~~
Malam tu pulak kami dapat tengok persembahan kuda kepang.best la jugak.ade unsur-unsur mistik.makan asap,makan kaca.and agak seram jugak.haha.

Isnin, 230112
Hari Keempat

Time to say goodbye to them.=’(
So, berakhirlah program berbakti dengan orangorang kampung yang ramah dan ceria.
Saat yang sangat emosional bagi kami especially yang dari utara sebab bukan selalu diorang nak datang johor
Family angkat jugak dah bergelengelen air mate yang keluar.sedih bebeno.huhu
Tapi aku dah pesan kat mak, jangan tangisi pemergian kami, nanti kami pun samasama sedih.

mata wani berkaca.wuuuu 

Thanx for orang kampung Seri Mendapat,
Aku dapat sesuatu dari program ni
Dapat kenal bahasa diorang, makanan tradisi diorang, dapat family angkat yang baik, dan adik beradik yang sporting gile.
Thanx jugak pada AJK yang bagi peluang untuk kami berkhidmat disini.
Kalau ade lagi jangan lupe ajak.
.dotz.

more pictures?
check it out :















Psstt : mak angkat aku terer giler ber sms and bahasa die sangat rock.wa sayang lu la mak.hehe

1 comment:

  1. wah!!!! best gilek...sgt envy pd awak!!!! pasni leh wat journal p oversea plak yea cik faried..haha

    ReplyDelete