Friday, May 17, 2013

selamat hari cikgu, cikgu sedunia!

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru kepada guruguru sedunia!
Especially cikgucikgu yang penah mengajar saya di :

1. Tabika Perpaduan Kampung Ubi Baru
- kenangan paling takboleh lupa sebab time tu banjir besar sampai tahap cecah kat atas bumbung tadika.
Yang paling best bile dapat berenang disamping pakcikpakcik bomba yang baik hati lagi gagah. Seronok! Paling taktahan bile asek kena kacau dengan Nathan (budak paling 'baik' kat tadika).

2. Sekolah Kebangsaan Sri Amar
- Kat sini saya cipta sejarah sebagai pelajar yang terpilih  untuk amek exam Penilaian Tahap Satu (PTS) dan membolehkan saya untuk melompat kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Seriously time tu xtau pon ape fungsi exam tu. Yang saya tau kalau saya lulus exam tu saya dapat jimatkan yuran sekolah selama setahun. hehehe

3. Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu
- Menjadik pelajar yang baru berpindah dengan environment baru, kawankawan baru, cikgu baru senang citer semua baru la. nak compete dengan kawankawan yang setahun lebih senior dari kite lagi.fuh, sangat mencabar tahu! but still boleh survive jugak. alhamdulillah :)

4. Sekolah Agama Puan Hajah Rahmah
- belajar sampai setakat darjah 4 apela sangat yang boleh dibanggakan. kekadang jeles tengok kawankawan yang dapat pangkat 1 darjah khas. tapi apepon, pencapaian yang boleh dibanggakan ialah dapat melompat kelas dari darjah 1 ke darjah 3 tanpa masuk darjah 2.heee

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau
- Setahun belajar kat sekolah ni mungkin tak banyak benda yang boleh di cerita, tapi satu benda berharga yang tak boleh lupa, dua kali nak dilantik jadi pengawas, dua kali tula yang tak menjadi. mungkin bukan rezeki kat situ. ade jugak sedikit sebanyak belajar tentang erti kehidupan remaja yang baru nak naik. biaselah, masingmasing dah rase besar.heheh

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
- Mungkin boleh dikatakan coincidence masuk sekolah ni. kalau diikutkan memang takkan dapat masuk sekolah ni, apetah lagi masuk asrama, tapi mungkin Allah bagi rezeki. Alhamdulillah. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan environment baru dengan kawankawan baru. tahuntahun pertama memang tahun yang menyesakkan, sampai boleh dikatakan takde kawan, down sangat. Tapi once dah dapat sesuaikan diri, rase taknak balik rumah. seronok sangat. Paling best mase tingkatan 6 sebab time tu rase betulbetul rapat dengan kawan sekelas even ade yang berlainan bangsa.

7. Universiti Sains Malaysia
- Saya akui pada mulanya memang taknak masuk usm, sebab bukan u favret saya. tapi once dah kat sane, takde 1 hari pun hari yang membosankan. sangat seronok sebab sambil belajar sambil melancong. ape yang takde? air terjun?laut?shopping?makanan?heaven~ semua ade. belajar benda baru, budaya baru memang seronok, Paling best kawankawan yang sangat sempoi. Ingat lagi, sanggup keluar kelas time lecturer mengajar sebab nak makan dengan alasan nak pegi toilet. hahah. nakal sangat! assignment? lecturer bagilah berapa banyak masa sekalipun, pasti akan buat last minute punye. yang kelakar tu, 6 bulan lecturer bagi tempoh siapkan assignment, boleh buat dalam masa 4 hari je. tupun siap pergi tengok konsert maher zain lagi. hang mampu?! time tu mulela nak menyesal kenapa tak buat awal-awal, dan harap markah lulus pun jadilah. hahah.

8. Sekolah memandu
- terimakasih cikgu zizan sebab tabah mengajaq kami yang super duper nervous tahap anxiety disorder. paling tak boleh lupa tagline beliau 'takpa, fida blajaq pelaan pelaan, fida buleh punya, abang zizan ajaq kasi pandai (sambil mengelap peluhpeluh didahi)'.* dear as, ingat lagi tak cabarancabaran yang kita tempuh sematamata nak blajar memandu ni.hahah*

9. Kelas mengaji
- terimakasih obek toyyib yang mengajar sampai saya boleh khatam dengan jayanya. sampai sekarang masih ingat lagi tajwidtajwid yang diajar dan kitab shafinatunnajah yang diajar.(tapi kebanyakannya dah lupa. ampun bek!hehe)

10. Kelas silat
- Masih ingat katakata seorang guru 'setinggi manapun kita belajar, banyak manapun kita belajar, kita tetap kosong dihadapanNya, pada akhirnya kita hanya akan berharap padaNya'. 

11. Paling penting sekali sekolah dirumah
- family lah cikgu sebenar kita. sebelum kita menjejakkan kaki ke sekolah, mak ayah antara orang pertama yang mengajar kita bertatih, berjalan, merangkak dan paling penting kenal erti hidup. adik beradik jugakla yang menjadi guru kita untuk berkasih sayang antara sesama kita.

eh, tak lupa jugak pada kawankawan yang bakal menjadi guru atau yang dah pun menjadi cikgu serta cikgi.
Susah kan sebenarnya nak jadi cikgu ni. banyak kerenah anak-anak murid yang menjadi cabaran. hehe

TERIMAKASIH BANYAKBANYAK KEPADA SEMUA CIKGU & CIKGI DIDUNIA!!
selamat dapat hadiah banyakbanyak. seronok ngat aih~
maap tak reti nak bersajak bagai.
ini saja yang mampu
dan tanpa kalian
mungkin saya tak dapat berdiri menjadi seorang saya sekarang ni.
terimakasih banyakbanyak
jasamu akan dikenang sepanjang hayat

eh, ade gambar  dengan cikgu time sekolah dulu
jom tengok!
 psst : maapla cume gambargambar ni je yang mampu diupload sebab dulu takde duit nak beli camera apetah lagi handset canggih tak mampu nak beli.

alhamdulillah, memasing mungkin dah menapak tangga kejayaan ^^,


ibu Azah. cikgu sejarah tingkatan 6

persatuan agama Islam.


Sidang Redaksi

cikgu PA kami. ^^,



cikgu ekonomi. cikgu salina

pengawas pusat sumber. eh, paling 'tinggi' la.haha

Kelab kaunseling.hihi
 psstt : takde hadiah yang paling berharga bagi seorang cikgu melainkan dengan melihat kejayaan anak murid mereka hasil daripada didikan & ajaran mereka sendiri. based on true story (pernah jadi cikgu tusyen & mengajar untuk adikadik 1st year dulu)

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete