Monday, May 14, 2012

Anak Cucu Mak Semah in the house


Assalamualaikum
humangaih panjang beno tajuk jang


Jadi, cerita nye begini
di minggu yang lopeh omak den ade kabo nak buek kenduri kek uma eh
(cop! sejak bile aku jadi orang nogori ni.tukar tune balik!)
insyaAllah jika diizinkan Tuhan, tak berapa lama lagi mak nak berziarah ke Mekah dan Medina
untuk perform umrah buat pertama kalinya

sebenarnya, keberangkatan beliau pada 13/05/2012 tapi disebabkan insiden perhimpunan B**S*H (ke?) kat Mekah/Medina, kerajaan Arab Saudi bekukan visa diorang
nilah kesan perhimpunan B**S*H ye tuantuan puanpuan.
yang aku geram sangat nih, kenapa nak berhimpun kat sane bagai?
kan ke kat sane nak beribadah. itu otak letak kat lutuit ka?
yang jadi mangsa nya 400 orang (ni yang kat johor je) yang terkandas nak pegi umrah
kalaulah dibuatnye orang yang teringin sangat nak ke umrah, meninggal tak sempat pegi umrah
tak ke sedih perasaan ahli keluarganya?
kesian kat diorang
jadinye, sekarang ni mereka (yang terkandas) pasrah jela menunggu visa dicairkan balik
dan mak cakap insyaAllah bulan 6 akan bertolak

Jadi, kenduri kesyukuran tetap dijalankan mengikut perancangan
lagipun kenduri ni bukan untuk itu je
kenduri ni sekali dengan kenduri tahlil arwah ayah, kesyukuran SPM manje dan cukur jambul sikicik mirsya
sekaligus dengan kenduri hari ibu (actually harihari hari ibu)

yang seronoknye
semua keluarga berkumpul
even abang ipar yang susah-nak-tunjuk-muka pun datang sekali
(yela, dah anak die yang cukur jambulnye pun)
dan kemuncak event nye yela sesi bergambar bersama keluarga
let me share with u guys
so,chekidauuuuutt :

Abg Amy, his wifey, wawa and newborn-to-be (tunggu hari je ni)

penganten baruii

kak enab and her one and only daughter


kak mega and her family (abg ipar yang payah nak bergambor)

buah hati pengarang jantung kesayangan mak andak
ilmi, icam, fazlee, wawa, akim, intan

abang man with his family
akim wat muka comel habess

Tinggal kami je yang bujang

mak dan bodyguardnye

dayangdayang istana

warisan kerajaan Asma dan Su'udi

anak cucu mak semah in the house!!
jadi,itu sajelah untuk hari ini
oleh kerana balik pun hari isnin
jadi, natijahnya ponteng kelas la aku
(ahhh, itu sumua alasan!)
heheh
thats all
wasalam

psstt : tahun ni bertambah lagi dua warisan pak Su'udi. full house raya ni nak oii!!

Sunday, May 6, 2012

Rindu tak terucap

Assalamualaikum
dedikasi buat sang ayah

bapak,
hari ni adik rase kosong sangat
dan jujur dalam hati ni adik rindu sangat kat bapak
adik tak setabah yang disangka
adik tak sekuat yang adik sendiri sangka
tak terase dah bertahun lamanya adik kehilangan bapak
kalau bapak ade, mesti bapak hepi dikelilingi banyak cucu

bapak tau?
kakmega akhirnye dapat anak perempuan
lepas 3 hero yang keluar
abang man pulak kawin dengan kak nisa'
dan dapat seorang anak lelaki yang comel
tak sangka kan bapak? jodoh die orang dekat rupenye
kak hana pula kawen dengan orang jauh
jauh tau bapak
jauh kat utara dan makin jauh dengan mak
manje dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM
mesti bapak bangga
anak kesayangan bapak kan?

bapak,
kalau bapak ade
adik nak cerita semua kat bapak
adik nak cerita bestnya adik belajar kat tempat orang
adik nak cerita jugak tentang taksabarnye adik nak grad
mesti bapak pun excited kan
even bapak tak tunjuk dengan riak muka

bapak
saat orang lain dipeluk ayah diorang
saat orang lain menjadikan ayah diorang sebagai wali pernikahan
saat tu adik rase sangat jeles bapak
kenapa adik takdapat hak yang sama macam diorang?
kenapa bapak pegi terlalu awal?
kenapa?

bapak
rindunya adik kat bapak
rindu nak buatkan kopi untuk bapak
rindu nak makan bekas bapak yang bapak kate berkat

bapak
kesian kat mak
sedalam mana adik rindu kat bapak
mesti lagi dalam rindu mak kat bapak
anak-anak mak sume dah semakin dewasa
mereka dah ade hidup sendiri
tinggal mak sorangsorang takde teman
kan best kalau bapak temankan
mesti korang sweet dan romentik

bapak
mungkin adik bukan anak yang terbaik
bukan jugak yang sangat solehah
tapi adik cube sedaya upaya untuk bahagiakan mak
itu janji adik
sayang bapak


psstt : one day adik akan bawak die pegi 'rumah' bapak.adik kenalkan die kat bapak ye. Alfateha buat Almarhum Su'udi bin mansur.

yes, i'm Johorean!


Assalamualaikum
Salam Perantauan


" Saat sang bulan merembeskan cahaya, hembusan bayu mendayu membuat aku sayu, lantas terlintas kampung halaman yang duduknya nun jauh di selatan tanah air - ya, aku anak Johor yang merantau di Utara"

*sori, keboringan menjadikan aku sedikit gile puitis.sile jangan muntah hijau*

So, back to the normal me. Ya people, marilah mari pergi mengundi aku kasitau serba sedikit tentang uniknya johor ( #iklan-sapetau lagu uniknya singapura?#)

fakta menarik orang Johor


# Kitorang takde loghat sendiri, same je lebih kurang dengan loghat orang selatan lain. Cume ade sikit kelainan dari care menyebutnye. let say orang Muar (orang Muar put your hand in the air~ ), diorang biasenye akan cakap dengan mulut dilopongkan pada suku kata terakhir. Contoh : Muar - Muor, Biar - bior, gebar - gebor, dan yang seangkatan dengannye. Haaa, nampak dah korang lopongkan mulut tuh. dan kebiasaannya akan diakhiri dengan ekkk.. Contoh : katne ekk??, gitu eekkk?, ekk digunakan untuk menggantikan tanda tanya atau pun sebagai kepastian kepada sesuatu.

# kata ganti nama yang digunakan jugak agak kiut. diorang suke gantikan saya kepada kite. Contoh : nama kite blablabla.. tak ke kiut gitu? macam orang Kedah guna Kami, macam orang Perak gune Awok, so begitulah jugak dengan johor.

# biasenye bile orang yang duduk kat daerah selain johor bahru, diorang akan panggil bandar johor bahru itu sebagai johor. dan johor disebut dengan tanpa r iaitu joho.. Contoh : Jah, aku nak ke Joho tengok menantu aku, ko tolong tengokkan gebor yang aku sidai kat atas gobok depan uma aku tu ye. gebor - selimut, gobok - gerobok/almari.

# Ade ayat-ayat yang kami gunakan tidak sesuai untuk disebut di negeri lain. Seperti Anu, Kopek dan sangap. Kitorang selalu guna perkataan anu untuk mintak tolong ataupon untuk ingat sesuatu. Contoh : Eh, susah pulak nak bukak keropok ni. Tolong anukan. ataupun "Anu..anu.. (sambil berusaha untuk ingat)"
Kopek pulak digunakan untuk bukak sesuatu seperti kopek buah kelapa, kopek keropok dan banyak lagi. Sangap pula menggantikan ayat menguap. Jadi, maafkanlah kami kalau tersebut. bukan berniat kotor,tapi sudah terbiase.ngehehehehe

#Dari segi makanan pulak, ade jugak makanan yang takde kaitan pon dengan namanya. Contohnya, Air bandung. padahal boleh je sebut sirap susu. Mee bandung padahal bukan dibuat di bandung, Rojak asma padahal bukan makcik asma yang jual. kan takde kaitan tu namanya? =.=''

# Orang Johor je yang berendut dan mempunyai endut ( by the way sekarang ni perkataan ni dah jarang digunakan anak muda). Endut tu maksudnye pakwe/makwe, berendut pulak bermaksud dating. tapi sekarang ramai je yang panggil couple and dating. maklumla dunia dah canggih, zaman dah maju.hahaha

#Makanan famous kat negeri Johor yang kureng ade kat tempat orang lain ialah Tempe goreng/pisang goreng cicah sambal kicap, nasi ambeng, otak-otak, beriyani gam,lontong,..(takleh sebut banyakbanyak nanti nanges nak balik sebab kat sini susah nak dapat sume bende nih)

Actually banyak lagi nak cerita tapi oleh kerana tahap kemalasan menaip tahap dewa, korang pikir-pikir la lagi ape yang selebihnye. So, kite (aku) nak stop sampai sini dulu. Sebarang tambahan boleh ditambah diruangan komen.hihihi. 
akhir kalam, kite sayang joho sangatsangat!
oke chiao!
Ilal liqa'


psstt : Kadangkadang kelakar sangat bile jumpe orang yang ngaku die orang jay bee tapi bile ditanya dok mane die kate die dok kat mersing. Jadi, senyum jela. (hanya orang jaybee je yang paham ape yang cube disampaikan).

Tuesday, May 1, 2012

Payung Emas? Aircond emas pon boleh~


Assalamualaikum
Ade sesuatu yang ingin dikongsi untuk kawankawan

ia tentang poligami ( topik hot kan?)

Alhamdulillah, 
sejak buat assignment tentang poligami ni
semakin banyak input yang aku dapat
antaranya

Poligami bukan untuk ditentang
tapi bukan juga untuk dijulang
melainkan cume satu jalan kecemasan
dikala diperlukan

post kali ni bukan untuk bagitau hukumhukum poligami
sebabsebab yang boleh menyebabkan poligami
atau syaratsyarat poligami
itu semua korang boleh usha sendiri kat internet

aku cume nak kongsi tentang satu isu mengenai poligami
yang menyatakan bahawa isteri akan dapat payung emas kat akhirat
kalau benarkan suami berpoligami

aku nak nasehatkan pada istri istri yang bakal dipoligamikan
kalau suami anda cakap berpoligami itu kerana untuk mengikut sunnah
kau cakap kat laki kau balik
'amboi bang, sunat kau ikut. sunat lain taknak pulak.aku sunatkan kau sekali lagi baru tau'
kalau die kate kau bakal dapat payung emas kau jawab gini
' tak payah nak payung emas sangatlah, kalau masuk syurga nanti nak mintak aircond emas pon dapat tau'

itu bagi suami yang hampeh jela
kalau sememangnya suami kau kak jah oi
kalau suami kau memang betulbetul mampu dan boleh berlaku adil
ape salahnye kan?
nanti laki outstation kau boleh bercuti dengan madu kau.kelesss~

dan izinkan aku
untuk share persoalan tentang  payung emas kat korang


oleh kerana tak puashati untuk mencarik bahan kepada assignment
aku tanya terus kat wall Ustaz Azhar Idrus
tapi tak sangka plak beliau me'reply'nye pun

dan tak puas dengan jawapan tu
aku try carik hadis mane yang maudhu' tu
memang takjumpe
tapi aku jumpe ini
tengoklah blog beliau
semoga korang akan lebih faham

dan apa yang aku pelajari
kalau isteri meredhai suami untuk berkahwin lain
maka syurga lah balasannya
dan disyurga kita akan dapat macammacam yang kite mintak
nak aircond emas pon boleh tau!

jadi,sekian untuk kali ini.

Psstt : ayat femes untuk wanita " aku setuju 100% kepada poligami dengan syarat lelaki itu bukan suamiku"

Abang Salleh Sayang~ Hakk!

Assalamualaikum
Salam Kebudayaan

haaa, cube tengok tajuk
ade macam penah dengar tak?
Haa, itu salah satu lagu zapin
(sampai sekarang dok terngiang-ngiang kat telinga)

Trivia Zapin
bagi sapesape yang taktau zapin tu tarian ape meh cik google bagitau
 *Asalnya zapin dikenali sebagai nama zafana yang berasal dari Yaman dan dimelayukan di tanah melayu*
* Mulanya zapin hanya ditarikan oleh penari lelaki tapi seiring dengan peredaran zaman wanita pun boleh menari ( dan sekarang pondan pon boleh join zapin)*
* Nak menari zapin kena berkumpulan dan bukannya berseorangan (itu gila namanya)*
oke, cukup itu saja. nak lebihlebih check sendiri kat makcik google

Kenapa tibetibe cakap pasal zapin ni? mamun ka?
Dakk, kami nak habaq yang kemaren kami pi tengok Fiesta kebudayaan Zapin kat USM nuh (FEKAZ)
awat, ampa tak pi ka? ruuuuugggii ( sambil menampar bahu)
Actually FEKAZ ni pertandingan zapin antara Universiti 
yang dituanrumahkan oleh USM

malaih nak cakap  cerita banyak
korang layan jela gambargambar kat bawah ni ye
.
.
.
.

Start from the AUDIENCES


Girlfriends

Mak Enon and Dr. Ana (insyaAllah one day)

para penonton bapakbapak ibuk ibuk
.
.
PERASMIAN yang unik (tapi agak kureng menyengat)
Kuda Kepang kau. Kau ade 

.
.
.

THE SHOWS

dah macam kek kaler bajunye kak

depa ni la yang dok abg salleh sayang.semangat menari noh
USIM tuh

klasik sangat.kelas~

from USM : amboi kat belakang tuh

jangan lebar sangat bang..bahayabahaya~


banyak lagi gambar, tapi maaf saya menjaga aurat anda =)
.
.
.
Jadi, dipendekkan cerita, pertandingan zapin ni dimenangi oleh 
1. UITM Shah Alam ( ombak~)
2. USIM ( Geng Abg Salleh)
3.UMT (ganung boh!)
 USM? go back and prektis =.=''
pemenangpemenang memang dah dapat diramalkan sebab koreografi depa memang superb
.
.
.
.

SESUDAH PROGRAM

ye, mereka lawa dan saya menyepoilkan gambar ini.ngehngengeh

guess who is him? Ahmad Jais junior (actualy kami pun baru kenal beliau)
eh, yang penting beliau bukan pegawai  Jabatan Agama Islam(JAIS) tau
.
.
.
.

JAPPPPPPP
.
.
.
ade satu lagi gambar otai yang tak-kira-nak-tunjuk-jugak

haaa, MAMPU? (sejak bile aku bermampu mampu ni)
oke,kesian eh sekian terima kaseh (n.n)

psstt : Teringat Pengarah Projek cakap mudah mudahan dengan adanya program ni kita akan dapat 'menjohorkan' orang yang selain johor. Tak kesah kalau tak Johor pon bang, asalkan mereka kenal budaya Johor dengan lebih baik.kotkot dapat mertua Johor, boleh berzapin amek hati. kan sweet tu ^^,