Assalamualaikum
Salam Perantauan
" Saat sang bulan merembeskan cahaya, hembusan bayu mendayu membuat aku sayu, lantas terlintas kampung halaman yang duduknya nun jauh di selatan tanah air - ya, aku anak Johor yang merantau di Utara"
*sori, keboringan menjadikan aku sedikit gile puitis.sile jangan muntah hijau*
So, back to the normal me. Ya people, marilah mari pergi mengundi aku kasitau serba sedikit tentang uniknya johor ( #iklan-sapetau lagu uniknya singapura?#)
fakta menarik orang Johor
# kata ganti nama yang digunakan jugak agak kiut. diorang suke gantikan saya kepada kite. Contoh : nama kite blablabla.. tak ke kiut gitu? macam orang Kedah guna Kami, macam orang Perak gune Awok, so begitulah jugak dengan johor.
# biasenye bile orang yang duduk kat daerah selain johor bahru, diorang akan panggil bandar johor bahru itu sebagai johor. dan johor disebut dengan tanpa r iaitu joho.. Contoh : Jah, aku nak ke Joho tengok menantu aku, ko tolong tengokkan gebor yang aku sidai kat atas gobok depan uma aku tu ye. gebor - selimut, gobok - gerobok/almari.
# Ade ayat-ayat yang kami gunakan tidak sesuai untuk disebut di negeri lain. Seperti Anu, Kopek dan sangap. Kitorang selalu guna perkataan anu untuk mintak tolong ataupon untuk ingat sesuatu. Contoh : Eh, susah pulak nak bukak keropok ni. Tolong anukan. ataupun "Anu..anu.. (sambil berusaha untuk ingat)"
Kopek pulak digunakan untuk bukak sesuatu seperti kopek buah kelapa, kopek keropok dan banyak lagi. Sangap pula menggantikan ayat menguap. Jadi, maafkanlah kami kalau tersebut. bukan berniat kotor,tapi sudah terbiase.ngehehehehe
#Dari segi makanan pulak, ade jugak makanan yang takde kaitan pon dengan namanya. Contohnya, Air bandung. padahal boleh je sebut sirap susu. Mee bandung padahal bukan dibuat di bandung, Rojak asma padahal bukan makcik asma yang jual. kan takde kaitan tu namanya? =.=''
# Orang Johor je yang berendut dan mempunyai endut ( by the way sekarang ni perkataan ni dah jarang digunakan anak muda). Endut tu maksudnye pakwe/makwe, berendut pulak bermaksud dating. tapi sekarang ramai je yang panggil couple and dating. maklumla dunia dah canggih, zaman dah maju.hahaha
#Makanan famous kat negeri Johor yang kureng ade kat tempat orang lain ialah Tempe goreng/pisang goreng cicah sambal kicap, nasi ambeng, otak-otak, beriyani gam,lontong,..(takleh sebut banyakbanyak nanti nanges nak balik sebab kat sini susah nak dapat sume bende nih)
Actually banyak lagi nak cerita tapi oleh kerana tahap kemalasan menaip tahap dewa, korang pikir-pikir la lagi ape yang selebihnye. So, kite (aku) nak stop sampai sini dulu. Sebarang tambahan boleh ditambah diruangan komen.hihihi.
akhir kalam, kite sayang joho sangatsangat!
oke chiao!
Ilal liqa'
No comments:
Post a Comment