Wednesday, March 23, 2011

jOm TuLis paSaL RETRO

kenape??mengape???purke??[bhs latin ok] tibe2 jek aku nak bercakaptulis tentang RETRO??ape kejadahnye??tibe-tibe je kan..xpasai2..haha..
ate,inile jawapannye.......disuatu hari yg indah,burung pon berkicau2 [dialog usop]..haha.

Latar  : Khaleel pukul 11 malam.[sambil mencicipi western style food]--> gedik!
Abg dauish : Guys,jom pegi dinner PEMANIS.
Kitorang : bile???[muke memasing blur ayam]
Abg Dauish : 9th April ni
Kitorang : oohh.. [sambil memasing check schedule  dalam otak]..berape ingget??
Abg Dauish : xmahal la..RM35 jek.
Kitorang: [-,-‘] [ok,fine xmahal rm35 tuh..bole wat makan 4 ari..]..mahal nye abg dauish..wat kat mane??
Abg Dauish : ok la tuh..makan kat otel kot..Hotel Park Royal. [sambil wat muke kerek..haha]
Kitorang : oooohhh [memasing macam tau giler kn tempat nih padahal ana je yg tau.ok sbb ana mmg org penang].hurmm,ok kot..berpatutan dengan style makan kat hotel..haha..erm,xde baju la abg dauish..mesti nak tema kan??tema ape??
Abg Dauish : Ala,korg pakai je baju ape2..xpyh nak ikot tema sangat la..
Bita : nak pakai tracksuit bole??
Kitorang + Abg Dauish : erkkk [-,-‘’]

Jadi,ramai la antara kite2 yang nak join..spesel kuota abg dauish bagi 10 org..haha..pendaftaran settle..ok,sekarang tema die..RETRO!!!!macamane nak carik??haaaa,ape lagi..google search la..[kau bab asgment xrajin nak wat research ae farieda,kalo bab yak a aw kemain lagi excited!!]
Hasilnye,tadaaaaa~
Ni ana punye
pink???ahaha..cute but not for me..hihi
Hehe..aku punye???jeng3..ni just cadangan laa..
Mule2 pilih warna dulu.aku cadang baju kaler hitam,biru atau merah.
Oke,start dari atas kepala.oleh kerana aku bertudung so aku serahkan bab2 hias tudung ni kat ana..sebab die sangat pandai kot bertudung..unik style..stlye ana tajama..ahaha.then,nak retro kan tudung tuh bubuh hairband..macam ni.
dah macam rembo plak
Ok,xdela serabai sangat cam patung ni pakai.hairband ni aku nak bubuh atas tudung macam ala2 sekap tuh..xmo hairband yang tebai2..yang simple tapi menonjol..so,tudung aku maybe bole pakai kaler peach ke cream ke..hairband kaler itam atau coklat.haaa,dapat bayang x??haha
Ok,settle tang tuh kite citer pasal baju pulak.aku nak pakai dress yang kembang2 kalo bleh tapi bak kate cik fika..kang makin nampak kembang [aku suda gumuk sikalang],so xpela..pakai macamni pon bole
ala2 sailormoon
atau
ngancam.but legging tuh out!!
Opkosla kene pakai inner..inner semestinye hitam atau putih..sebab aku nak matchingkan dengan sarung tangan..haha..gedik kan nak pakai sarung tangan..xkire,nak carik jugak sampai dapat..retro kot..haha..cth,camni

cam nak kawen plak.haha
atau
bole singgah laut jaring ikan skali
Oke,pastu suar just pakai je suar slack tuh..xpon carik suar yg tight cket..bukan legging oke..tight cket jek..hihihi..then,kasut plak..erm,ni yang malas nak cter ni..tang kasut je mesti FAILED!!huhuhu..xde saiz..so,kene carik kat children department la cmni..haish..tp,tringin gak nak pakai kasut cmni
 
comel kan!!!
Accesori plak..erm...accesori aku rase xperlu la kot..cume tambah spekky yang besor2 gaban tu jela kot..cmni pon okeyh

uuhh lala~
So,kesimpulannya,aku bercadang nak pakai begini..ok x kawan2??hahaha [ni hanya angan2 taik itik je tau]

atau


Pssst : hakikatnye,sanggup ke aku pakai begini..ahaha!!wait and see~~

Sunday, March 20, 2011

Cinta Agung mereka



Kisah bermula semasa si duda berkunjung ke rumah si dara.si duda yang kematian isteri buntu tentang siapa yang harus menjaga anak-anaknya yang masih kecil kerana dia tak mampu nak menjaga mereka berseorangan.Demi ternampakkan si dara dirumah saudara dara tersebut,si duda terus terpaut dengan kejelitaan si dara.Sidara yang tidak tahu apa-apa hanya menganggap bahawa renungan si duda itu hanya la renungan biasa.

Suatu hari yang indah,nenek saudara si dara menyuruh si dara untuk berpakaian sangat cantik dan bersolek bagaikan puteri.Demi patuh terhadap orangtuanya si dara pun bersiap dengan hati yang tertanya-tanya.Ternyata malam itu merupakan malam perkahwinan si dara bersama si duda..Ahhh!!si dara sungguh tidak berpuas hati kerana dia berasa dia terlalu muda untuk berkahwin..dia baru berusia 16 tahun..16 tahun!!!!sedang kawan-kawan lain bergurau senda dan enjoy menikmati zaman muda mereka si dara pula sudah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang duda..duda yang sudah mempunyai anak!!namun kerana kepatuhannya kepada orangtua memaksanya untuk menerima dengan hati yang pasrah..

Namun,tiada istilah malam pertama bagi mereka.si suami perlu ke luar kota untuk berkhidmat kepada negara,sedang si isteri hanya menunggu dirumah dengan penuh kegembiraan kerana dia juga cukup tidak suka akan si suami.Kebencian si isteri mengambil masa yang lama dan susah untuk dipujuk oleh sisuami.Tapi,si suami dengan sabar berusaha untuk mengambil hati si isteri.Bagi orang lain,pastinya mereka akan mengamuk jika si isteri tidak masak apabila mereka pulang setelah berpenat lelah mencari rezeki.Tetapi,si suami yang satu ini cukup sabar dan tabah.

‘kenapa kosong saja dibawah tudung saji ini?’tanya si suami.
‘nak makan,masak la sendri’ jawab si isteri acuh x acuh.
‘x apalah,biar abg masak ya’ si suami menjawab dengan penuh sabar.

Tahun demi tahun berlalu sehingga mereka mendapat anak pertama mereka.Si isteri masih lagi bersikap dingin dengan si suami.Dijaganya anak kecil itu acuh tak acuh.Malah,si suami yang menjaga anak itu dengan penuh kasih.Hati wanita manakah yang tidak akan tersentuh jika mempunyai suami seperti itu.Walau keras mana pun hatinya,suatu hari pasti akan cair juga.Bukankah bidalan penah menyatakan bahawa hati wanita itu seperti kerak nasi yang akan lembut dengan air.

Dekad demi dekad berlalu sehingga anak-anak meningkat remaja.Mereka hidup dengan aman dan bahagia.Si isteri sudah masak dengan perangai suami.Begitu juga sebaliknya.Namun,bahagia itu nyata tidak berpanjangan. Si suami terlebih dahulu menyahut seruan ilahi.Teringat si isteri tentang lagu mereka berdua.

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Si isteri bagaikan hilang arah tujuan hidup.Pada siapakah aku harus bergantung hidup?kemanakah arah hidupku selepas ini?Bagaimanakah masa depan anak-anakku kelak?Mampukah aku menggalas beban ini berseorangan?Berbagai persoalan muncul dimindanya.Digagahi juga langkahnya menyahut cabaran menjadi seorang janda.Bukan sekali  caci maki yang diterima,  dia perlu menghadapi kerisauan isteri-isteri lain yang bimbang jika dia merampas suami mereka.Jua godaan yang datang bersilih ganti dari lelaki hidung belang yang menaburkan janji-janji manis untuk membela hidupnya dan anak-anak.

‘Ahhh,Biarlah mereka!!’
‘Aku hidup untuk anak-anakku saja’
‘Tiada seorang pun yang layak menggantikan tempatnya’

Kini,7 tahun berlalu setelah pemergian si suami.Si isteri masih tabah menjalani hidupnya.Laluan yang berliku terpaksa ditempuhi.Ya,si isteri masih sendiri ditemani sepi.Dia sentiasa tersenyum di didepan orang namun di hati siapa yang tahu.Betapa sepinya menjadi seorang perindu.Perindu pada yang xkembali.Bertemankan doa dan Fateha yang menjadi pengubat rindunya kepada kekasih hati.

‘Abg,harap abang bahagia di sana..Mudah-mudahan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh’
‘Ank2 kite dah besar bang..mega suda pindah ruma.xlagi duduk ruma kayu lg,sulman suda punya anak,ana pun suda nak kawin,insyaAllah ujung thun ni,adik dh dpt masuk u,manje suda masuk asrama ikut jejak adik.kalaula abg bole tgk ni sume’

Hmm,itula die asma..Seorang mak yang sangat manja..ketabahannye jadi inspirasi idop aku.Mak,adik tau banyak sangat kesakitan yang mak tanggung slame ni..Bile mak sakit mak xcakap kat sape2 pon..Tapi bile adik sakit adik carik mak..Bile mak nangis mak slalu nagis sorang2..macam la adik xtau kn..Kat kubur bapak mak selalu sentuh nisan die macam die ade kat sisi mak..mak rindu bapak kan??Mak,andai ade lelaki yang layak ambik tempat bapak adik redha seandainya mak pilih die jadi ayah baru kami.Jangan risau,kami sporting!!anak mak kn..yeyeah~~



Pssst : baju pengantin mak aku masih ade lagi sampai sekarang.tapi xmuat dah kot sebab umo aku suda 21 taon..haha [mak aku mase umo 16 tahun sangat comel ok]

Saturday, March 19, 2011

LeLaki Tau kE??


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. [n_n]

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan
mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.[;_ ;]

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
 semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.[#_#]


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.[:o} ]

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, [! , !]


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. [@,@]

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.[$.$]

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.[~,n]

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu
akan sentiasa bermain di mata. [^,^]

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata
lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
 Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.[o,*]
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana
lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut
 kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.[-,0]

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.[:))]

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
 yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya [Q,Q]

Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
 yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula 
membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

pssst : Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, February 16, 2011

sape name awak??

Aku xpernah ade masalah kalau orang tanye aku sapa name aku..
aku hanya jawab. ' NAMA SAYA FARIDAH' with the sweetest face ever..lalalaa
tp,aku akan termagu bile org tanya nak panggil name ape ek??
hahhahaha..aku terpikir dan terus berpikir..sebabnye aku banyak sangat name timangan dari semnjak bayi lg..ngahaha~

ADIK
dari semenjak bayi lagi famili aku panggil aku adik..sebab sume orang expect aku ank last dlm famili..tapi setelah 4thn tibe2 jek muncul adik lelaki aku tuh..haaa,memasing dok pening nak panggil die name ape..nak panggil adik?sori cket..tu aku punye...haha..so,dorang pon panggil die manje [syyh,it supposed to be a secret sbb die malu org panggil die mnje]..so,begitula aku dimanjekan dan terbiase manje smpai sekarang [teeeet!!]..weyh,biase la tu ank pompuan manje ngan mak..malahan,kekadang mak aku masih menyuap aku lagi tau [yela,sbb ko mengade2 sgt].hihihi..yee,sile jgn jeles..then,name adik tuh melekat ngan org kampung aku sampai aku darjah 3..bayangkan dari penghulu kampung ke bdk2 rkn sebaya aku panggil aku adik..haha

IDA
huh!ni yg aku xbape nak gemor ni..xtau cmne bleh melekat name ni..name ni tibe2 muncul time aku pindah ke tok siak..isyh,xpastila aku mane dtgnye name ni..tp time tuh aku relaks je bile org panggil aku ida.but now aku rase geli giler bile ade yg panggil begitu..hahak..geli yaw~name bertahan sampai aku pindah uma kot..tapi kat skola xde kot rasenye yang panggil aku ida..dorang panggil nama penuh..its better la..

FARIEDA
ya,ni la name timangan aku yang paling pemes..hahaha..org yg xbpe knl aku akan panggil aku farieda.dan ni nama formal aku time skola menengah dulu..sampai aku form5 melekat name ni..hehe

SAFA
how come jadi safa??it stand for Su'udi(my dad) + Asma (my mom) + Family + Adik (me) = SAFA
actually,ni nama pena aku jek..nama samaran or nama yang aku guna time chitchat dulu..haha,dulu kan pemes kampungchat n watsoever tuh..hahah..tapi,mase aku keje sumtimes aku gune name ni gak..sampai ade sorg kawan tuh ckp eh safa,name ko ni cam name abg aku la'..ye,aku rase memang macam nak terbarai kat situ gak..tapi aku act cool jek..hahaha

FARID
hiiii..aku suke name ni..terserlah ke'rock'an aku..melekat time form6..apim yang stat panggil begitu..then,yg len pon secara pelan2 panggil aku farid..ok per..xsmestinye aku kene jadi tomboi utk menjadi 'farid' kn..as long as maksud die same kan..sampai kan aku masuk u ni pon ade gak yang panggil aku farid..ye,trime kaseh cik eja sebab panggil name aku farid..hihihi

FIDA
ok,mase mule2 masuk u dulu aku terpikir nak soh orang panggil aku ape..FARIEDA mungkin pjg sgt..then aku pendekkan jadi farid..hurm..xmnjadi..msti org pk len..so,aku pendekkan lagi FARIEDA-->FRIDA-->FIDA..haaa,bru btol..aku rase dalam byk2 aku prefer yang ni..ganas sgt pon x dan ia xlembut sangat.very suit on me..hahaha..so,sile la panggil aku fida yek..


pssst : its not the matter of how u pronounce my name but its the matter of how my name sound in your heart.

MISI BANTUAN BANJIR DI PAGOH,JOHOR


yeah!!sy menyahut seruan ini utk membantu ank2 negeri saya yg sedang kesusahan..wonderpet!wonderpet kami dtg!!ape yg penting KERJASAMA pe yg penting KERJASAMA~ [sgt patriotik..haha]

perjalanan jauh xkurasa,kerna hatiku melonjak sama..ingin berjumpa..berjumpa..berjumjumjumjumpapapa..[sori,cd rosak]..malas nak bebel banyak-banyak..so,kite teruskan dengan tentatif program jela yek..haha..

11 februari 2011
kesampaian ke Pagohan sekitar pkl 6ptg..then,bersih2,kmas..pkl 8.00mlm bertolak mencarik makanan utk mkn mlm..then,mlm itu hanya berehat dan bersedia utk hari kejadian esok..

12 februari 2011 [hari kejadian]
8.00 pagi : berkumpul kat kantin sekolah yang kitorang tumpang menetap [aiya,ayt depavali btol la]
9 lebih senget : bertolak dari sekolah ke tempat perkumpulan..[err,kalo xsilap tempat err ape nme tempat tuh tah..aish,suda lupe la sy suda lupe]
10 lbh kot : baru sampai ke estet Sime Darby..bhgi2 kan kumpulan..
kumpulan : kumpulan sy..teng teneng..sile lht gmbr dibwh..
wonderpet?wondergirl??wonderlife suda..
ok,settle bagi kumpulan..skrg bg kawasan plak.nila kwsn jajahan kitorg pda hari kejadian..sile nengok lagi dibawah ini..
SJKT Ladang Nordanal
aktiviti hari kejadian yela sughigham gham sughigham a.k.a siram menyiram..ish3..nengok jela bwh nih..

ko sengaje kn siram kat c2 kn jan

siram je keje ko

haaa,bru nmpk wat keje cket..eja sile jgn over. ;p

jejaka jejaka gagah..aiseh,tgn sape plak ni?

yeah..look bz..haha
 huhuhu..sampai tgh hari buta gak la kitorang wat keje nih..tp,xde rungutan..suka dan rela okeyh..n yg pnting ktorang hepi sgt2..atleast dpt ringankn beban uncle n aunty2 kn..huhuhu..oke,kitorang bertolak balik dengan kenderaan yg sgt spesel..taraaa..
nila 'limousin' kami..hebat bukan..:)
jadik,lepas aktiviti tersebut kami pon berangkat pulang ke desa sekolah tempat kami tinggal..plan awl pkl 5ptg nk pegi batu pahat jek tp dh tukar trus balik ke destinasi kami..usm,penang..no jalan2 oke..ni bkn jln2 carik psl..ni jln2 nk jlnkn misi...okeyh,kitorang singgah di batu pahat dan beramah mesra dgn pegawai Belia [aduh,maafla aku lupe lagi..ape tah nme tmpt tuh.,sori,mkn semut byk sgt nih]..yg pnting pgwai tuh ade kaitan la ngn usm..

then selepas itu,kami pon singgah di MOHD SHAH BERIYANI ..beriyani gam yg sgt2 sdap..huhuhu..mmg mengancam la..pattla JALAN2 CARI MAKAN pnh singgah kat c2..mabeles mabeles..huhuhu..
jom2 pegi sini lagi!!

  
sangat sedap oke!
tapi,ade sesuatu berlaku mase kitorang otw balik ke usm..bas lagi satu tayar die bleh meletop plak..sdgkn kitorang kat ayer keroh dan dorang masih lagi kat tangkak.semntare mnunggu pomen smpai dari pagoh so,ktorang pon benti kat R&R ayer keroh melaka sambil mkn2..hahaha,mkn lgik..mkn jek keje ko ek..
pau dan laksa dan jajan dan mcm2 ada
haha,akhirnye stelah settle ngn urusan bas tersebut kitorang pon pulang la ke kampus kitorang..sampai usm pada pkl 8.00 pagi senget2..sekian laporan yg sangat xrasmi daripada sy farieda sikicik..lalalala~

pssst : sakit sakit belakang masih terasa..aktip sangat membongkok mase bersihkan gobok tu ari kot..huhu