Monday, January 2, 2012

aku mahu berubah dan ianya kerana Allah

Assalamualaikum
(sedapnya kalau update blog sambil makan goreng pisang)

alhamdulillah,
lately ni aku terase macam ade sinaran baru 
yang muncul dalam hidup aku
terasa macam nyaman, tenang dan seronok
tau kenape?
sebab mungkin aku dah terpanggil untuk berubah menjadi lebih baik
ye,mungkin bukan sebaik wanita solehah
(^^,)
well, for me..
this is just baby's single step
and doakan agar aku dapat beristiqamah

aku tak ingat sejak bile bermulanye hijrah ni
tapi jujur aku cakap
aku mudah cair bile tengok orang yang pakai tudung labuh
wah,melting dowh~~~
lagilagi kalo yang kecik molek bertudung labuh
alolor,comelnye
(oke, aku wanita sejati bukan lesbo)
dan hati aku semakin kuat bile tengok kawan aku sendiri
dah berhijrah pakai tudung labuh
aku tengok lepas pakai tudung labuh hidup dia tenang je
cool sangat

** dear meet ( Siti Khadijah), terimakasih sebab banyak nasihatkan fida**

then,
aku mulakan langkah dengan

1. asingkan pakaian yang xsesuai macam baju xlepas punggung (banyak rupanya), baju ketat kat pinggang, baju yang kecik.(jangan dibuang sebab boleh guna untuk basahan), just asingkan dari pakaian harian.
2. simpan tudung yang pendek dan jarang.(actually, bawal is always better than shawl)
3. pakai baju yang loose, senangsenang pakai baju kurung. fleksibel
4. kurangkan pakai seluar jeans, banyakkan pakai slack
5. then, setiap kali pakai tudung/shawl pastikan MELEBIHI bawah dada. repeat. melebihi.
6. pastikan lengan baju bukan paras tiga suku.
7. dalam solat, pastikan berdoa bersungguh-sungguh even kite nak cepat macamane sekalipun.sebab tula sumber kekuatan nak menempuhi hidup seharian
(aku akui dulu aku selalu melecehkan doa dan kadangkadang tak tau pon ape yang aku doakan.Astagfirullah)
8. Gunakan ayat yang baikbaik. tinggalkan katakata kesat dan kurang berfaedah.
9. berhatihati letak gambar kat facebook.takut membawak dosa berantai (kau faham tak ape tu dosa berantai? dosa yang kita dapat setiap kali orang tengok gambar kita)
10. then baru diteruskan dengan perkaraperkara sunnah lainnya (n,n)

disini aku nak kongsikan guideline 
pada siapasiapa yang nak berhijrah bertudung labuh
( guideline untuk aku jugak)
dan aku jugak nak mintak maaf kepada sesiapa yang aku penah sakiti hatinya
doakan aku supaya aku boleh beristiqamah

ini bukan azam tahun baru 2012
tapi ini hijrah untuk 1433 H
mudahmudahan aku dapat jadi yang jauh lebih baik daripada aku yang dulu
tolong bimbing aku ya kawankawan ..=')
mungkin aku belum cukup kuat untuk melakukan perubahan yang lebih besar
tapi biarlah dengan baby step ini mampu kuatkan aku supaya jadi muslimah yang lebih solehah
dan percayalah dengan kuatkan solat juga kita akan dapat kuatkan sifat mahmudah yang lain
(alhamdulillah, aku dah rasa sikit kekuatan tu)

aku masih aku yang dulu cuma bertukar kulit saja
dalaman masih sama tapi mungkin akan di upgrade sikit

dan akhir kata

AKU MAHU BERUBAH DAN IANYA KERANA ALLAH
bukan kerana makhluk


psstt : ikhlaskan niat kita hanya kerana Allah dalam setiap tindakan kita baru kita akan mencapai kemanisan iman.Wallahualam (pesanan dari seorang makhluk Allah). Terima kasih jugak kepada incek awak sebab selalu bagi sokongan. =)

5 comments:

  1. Alhamdulillah. saya malu la dengan awak. saya nak jadi macam tu jugak. semoga awak, saya dan mereka sentiasa dalam redha Allah. saya sayang awak fillah. (erk!!!)
    v(^_^)v

    ReplyDelete
  2. yan, kamu pon salah satu contoh yang boleh di follow..nice je aku tengok kau (^^,)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    Moga lepas nie ak plak diberi hidayah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Kak Faridah, doakan kite sekali. Lately ni, ade jgk sukakan tudung labuh ni. Moga semuanya dipermudahkan, kerana Allah. May Allah bless you too.
    Uhibuki fillah :)

    ReplyDelete