Sunday, May 6, 2012

Rindu tak terucap

Assalamualaikum
dedikasi buat sang ayah

bapak,
hari ni adik rase kosong sangat
dan jujur dalam hati ni adik rindu sangat kat bapak
adik tak setabah yang disangka
adik tak sekuat yang adik sendiri sangka
tak terase dah bertahun lamanya adik kehilangan bapak
kalau bapak ade, mesti bapak hepi dikelilingi banyak cucu

bapak tau?
kakmega akhirnye dapat anak perempuan
lepas 3 hero yang keluar
abang man pulak kawin dengan kak nisa'
dan dapat seorang anak lelaki yang comel
tak sangka kan bapak? jodoh die orang dekat rupenye
kak hana pula kawen dengan orang jauh
jauh tau bapak
jauh kat utara dan makin jauh dengan mak
manje dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM
mesti bapak bangga
anak kesayangan bapak kan?

bapak,
kalau bapak ade
adik nak cerita semua kat bapak
adik nak cerita bestnya adik belajar kat tempat orang
adik nak cerita jugak tentang taksabarnye adik nak grad
mesti bapak pun excited kan
even bapak tak tunjuk dengan riak muka

bapak
saat orang lain dipeluk ayah diorang
saat orang lain menjadikan ayah diorang sebagai wali pernikahan
saat tu adik rase sangat jeles bapak
kenapa adik takdapat hak yang sama macam diorang?
kenapa bapak pegi terlalu awal?
kenapa?

bapak
rindunya adik kat bapak
rindu nak buatkan kopi untuk bapak
rindu nak makan bekas bapak yang bapak kate berkat

bapak
kesian kat mak
sedalam mana adik rindu kat bapak
mesti lagi dalam rindu mak kat bapak
anak-anak mak sume dah semakin dewasa
mereka dah ade hidup sendiri
tinggal mak sorangsorang takde teman
kan best kalau bapak temankan
mesti korang sweet dan romentik

bapak
mungkin adik bukan anak yang terbaik
bukan jugak yang sangat solehah
tapi adik cube sedaya upaya untuk bahagiakan mak
itu janji adik
sayang bapak


psstt : one day adik akan bawak die pegi 'rumah' bapak.adik kenalkan die kat bapak ye. Alfateha buat Almarhum Su'udi bin mansur.

7 comments:

  1. sabo ea fida...Memang dah takdir jalannya begitu..
    Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan : ' Rasulullah SAW mengambil anak perempuan baginda yang hampir meninggal untuk diletakkan di pangkuan baginda. Akhirnya, anak itu meninggal di pangkuan baginda hingga Ummu Aiman menangis. Rasulullah SAW bersabda, ' Kenapa engkau menangis dihadapanku?'

    Dia menjawab,' Bukankah engkau pernah menangis?'

    Baginda bersabda, ' Aku tidak bermaksud menangis, tapi sebagai bentuk kasih sayang. Sungguh, orang beriman selalu merasa baik ( tenang ) dalam setiap keadaan. Ketika melihat seseorang meninggal dunia, ia tetap memuji Allah SWT '

    ( Riwayat at-Tarmizi, Nasa'i dan Ahmad )

    be strong, ur bapak ada tapi dlm hati kamu.kalau pun bapak dah xde, bapak tetap bangga dgn kamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita...

      Delete
  2. Aku ingat nasib aku paling dirundum pilu. Rupanya ada orang lebih pilu. Sepilu-pilu kita, mesti ada yang lagi pilu kan.
    Alhamdulillah ujian ini menjadikan kita lebih menghargai apa adanya kita, InsyaAllah.
    v(^_^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian itu adalah tarbiyah hidup. Malah, dengan ujian itulah kita mengenal erti kehidupan. Ketahuilah bahawa ujian itu tanda Allah SWT menyayangi diri kita. Oleh itu, Dia menurunkan sedikit ujian agar kita tidak terus tersesat di dalam kegelapan dan alpa dengan kesenangan hidup. Ketika Dia menghulurkan cahaya kegemilangan-Nya dikala kesusahan, sambutlah ia dengan penuh mesra sambil mengucapkan alhamdulillah.

      Delete
  3. hadis yg disebut oleh saudari fara bertepatan dengan situasi anda..ingat sahabt semunakahat ku..jika kamu kasih dan sayang pada arwah..jagalah tingkah laku mu..sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah..ingat,apa yang berlaku mempunyai hikmh nya..mungkin jika arwah ayah kamu ada,kamu tak mungkin masuk universiti..sesetgh orang punya ayah,tetapi mereka tak hargai ayah...mereka campak ayah ke rumah orang tua2..ayahmu bertuah kerna dia sekrang berada di alam yang lain..hanya doa ank yang soleh mnjadi penemannya disana..,siapa yang akhir kalamnya menyebut kalimah Laila haillallah,maka wajib baginya syurga..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. awak.. be strong...sebak bace post awk..kite xde wording or such nice words to say kat awk..tapi percayelah.. sedikit sebanyak, kita pernah berkongsi saat2 duka dgn awk and mak..dan segalanya masih segar..semoga kita menjadi ank yg solehah and jadi saham akhirat utk mereka kelak..insyaAllah..
    p/s: kite syg awk, ..ana uhibbukifillah (^^.)

    ReplyDelete