Monday, July 16, 2012

dia yang bernama...

Fazley Yaakob
familiar?
yeah, finalis top 2 Master Chef Selebriti Malaysia

dia yang jarang keluar kaca TV
dia yang jarang keluar album baru
tapi dia yang jadi idola aku
sejak berkurun lamanya
(amboi, hiperbola betul ayat)

siapa Fazley Yaakob ni?
jom berkenalan dengan beliau

nama diberi Fadzli Yaakob
lahir pada 18 April 1978
orang nogori Sombilan ni
dapat gelaran Dato' pada usia muda (2011)
but still humble menggelar diri Fazley Yaakob atau Paji

sumber : google image
apa yang buat aku bangga dengan beliau ialah daripada segi pendidikan beliau :
pernah bersekolah kat Jakarta International School
Mendapat 8A1 SPM ( St. John Instituition)
Pemegang diploma dari Taylor's College
Bachelor's Degree of Victoria University of Wellington, New Zealand
Master Pentadbiran Perniagaan dari United Kingdom
Doctor of Bussiness Administration, UK

mudamuda dah dapat title Dato'
dan mungkin ramai taktahu 
selain daripada jadi artis (pelakon, penyanyi, pengacara)
beliau jugak ade memegang jawatan lain
such as
Pengarah Eksekutif di Putra World Trade Centre (PWTC) KL.
Pengarah Urusan Seri Anjungseri Production.
Pengarah Eksekutif dan pengasas Fazley International College
Kolumnis tetap yang bertugas menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk berbagai media cetak mainstream seperti E-Baca, Mangga, Skor SPM, Remaja dan Utusan Malaysia.
Motivational Speaker 
Bussinesman

apa yang buat aku suka sangat dengan beliau ni

oke, 1st dia memang seorang pakar motivasi yang buat aku jatuh cinta dari motivasi pertamanya lagi
masa tu umur aku belasan tahun.
cara dia dekati kami sangat mesra, sangat humble dan sangat enjoy. dan masa tu aku terfikir
"hey, dia penyanyi, pelakon but still dia boleh jadi motivator? and his educational background was superb. jarang nak tengok artis yang sangat mementingkan pendidikan"

sumber : facebook page beliau

2nd,  dia adalah seorang lelaki yang terlalu amat mementingkan keluarga.
seorang abang long yang sayang kat adik-adik dia
seorang anak yang baik dan rapat dengan mak dia
seorang suami yang loving, caring dan tabah
(mungkin tak ramai yang tau mak kepada isteri die adalah orang yang bertanggungjawab nak menjatuhkan beliau)
seorang ayah kepada tiga hero (Payish, Piyash, Piyush) yang sangat bertanggungjawab


bahagia dengan isteri dan anak-anak

3rd, dia sentiasa berpegang pada agama
ye, mungkin tak alim but still
dia akan sentiasa bawak anak-anak solat jumaat
dan alhamdulillah berjaya mendidik isteri untuk bertudung


solat jumaat dengan anak-anak 


haaa, cukupla dengan 3 sebab ni
sebenanye ade banyak lagi yang dia ade yang buat aku 'jatuh hati' kat dia
tapi nanti xlarat nak bace pulak ye dak


dulu,
pantang nampak dia dalam suratkhabar
mesti cop suratkabar tu taknak bagi orang bace pasal beliau
siap simpan cebisan suratkhabar yang ade kisah tentang beliau
pernah jugak jadikan pembalut diary.haaa, amekaw!
tu belum hardcore lagi
sanggup beli buku motivasi beliau dan masih disimpan sampai sekarang
segala berita tentang beliau
gosipgosip pasal beliau semua amek tau
senang cerita jatuh bangun beliau semua aku amek tau
and alhamdulillah
walau banyak mana cubaan and cabaran yang datang
beliau tetap cool dan tak pernah patah semangat

dan seperti yang korang tengok kat masterchef selebriti
beliau sentiasa cool
dan takde drama king pun (tak macam certain contestant tu)
sentiasa steady sentiasa profesional
Abang Paji, i know u can do your very best
goodluck and i'll always support you!

all the best!!

minat aku pada beliau bukan sebab beliau artis
again. bukan sebab beliau artis!
tapi sebab kehidupan beliau
sebab cara beliau yang buat aku rasa
'yeah, he is my idol and will always be'

oh, by the way
this is his facebook page Fazley yaakob
and thisss is his twitter FazleyYaakob
sokong beliau untuk jadi juara masterchef selebriti malaysia yang pertama

psstt : takkan pernah lupa masa ternampak beliau kat BJ masa birthday aku yang ke 20. what a sweet memory -incidentally- birthday present for me

No comments:

Post a Comment