Sunday, January 16, 2011

Percintaan Tan Hong Ming dan Umi Qazrina



''Umi Qazrina,i like her
Why did u like her?
She wears earing,she tied pony tail,she’s  pretty.
Did she know u love her?
No,i’ll keep it as secret.I dont want the whole world to know.
Because evrybody will laugh at me.
My name is umi Qazrina.I had a boyfren.He is Tan Hong Ming''

Ingat lagi x iklan tuh??how sweet kan..ok,kali ni biar aku sambung plak percintaan depa di alam dewasa.Pheewwiiitt~ [ini hanya rekaan semata-mata,tiada kaitan antara yang hidup,mati,sedang koma ataupon yang sedang main tengteng]

Tan Hong Ming

Dia membesar menjadi seorang lelaki yang kurang kacak tetapi memilik hati budi yang sangat disenangi kawan-kawannya.Kawan-kawannya pula terdiri daripada pelbagai bangsa.Tak kira melayu ka,kadazan ka,iban ka,india ka,mamak ka.Dia tidak sekurus dulu lagi.Dan dia mula memakai cermin mata kerana tahap kerabunan yang tinggi dan kurang memakan carrot.Setelah beberapa tahun berpisah dengan Umi Qazrina [percintaannya di zaman kanak-kanak dianggap percintaan monyet], Tan Hong Ming tumbuh menjadi seorang lelaki yang normal tanpa memalu2 cakap depan kamera[hah,bygkan die terpleot2 bcakap dpan kamera mse die kecik2 dlu].Dia sangat aktif melibatkan diri dengan program disekolah dan menjadi kesayangan setiap orang disekolahnya.Malah,dia merupakan ketua pelajar disekolah.Selepas berhempas pulas belajar siang malam,maka dia pon dapat tawaran untuk masuk ke Universiti X.Universiti yang jauh daripada negeri tercinta.Tapi xmengapa,sebab dia suka begitu.

Umi Qazrina

Masih cantik seperti dulu.Cuma bezanya pony tail itu suda bertukar menjadi tudung yang menutupi kelapakepala.Tak berbudi bahasa sangat tapi masih dalam kategori menghormati orangtua dan orang sekeliling.Ramai juga yang ingin memilikinya tetapi Umi tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercinta semasa belajar.Baginya,percintaan dengan Tang Hong Ming suatu ketika dahulu hanyalah permainan semasa kanak-kanak sahaja.Umi bukan seorang yang aktif dengan program disekolah tetapi dia aktif untuk bergosip dengan kawan-kawannya.Tergolong antara pelajar yang sederhana.Namun,dengan usaha kerasnya dia juga berjaya mendapat tempat di universiti.dan dia tidak mengetahui bahawa dia akan ke universiti yang sama dengan Tan Hong Ming.Dia sangat tidak suka untuk ke universiti itu kerana terlalu jauh dengan negeri tercinta.Tetapi dengan sokongan padu ahli keluarga,dia pon dengan langkah yang lemah menjejakkan kaki ke universiti itu.

Tan Hong Ming dan Umi Qazrina

Takdir menemukan mereka semula di universiti yang sama.Namun,mereka membawa diri masing-masing kerana mereka berlainan kos.Tetapi suatu hari yang indah di semester baru mereka dipertemukan semula oleh takdir.Mereka dapat kelas yang sama yang harus di ambil oleh semua pelajar di universiti itu.Pada mulanya masing2 xperasan dengan entiti masing2.mereka buat hal sendiri.Umi bergosip dengan kawan2nya manakala Tan Hong Ming bermain game kat handsetnya.Mereka baru tersedar semasa sesi memperkenalkan diri.Terdetik debaran di hati masing2 apabila mendengar  nama  disebutkan oleh empunya diri.
‘’macam pernah aku dengar nama ini tapi dimana ya?’’..
Mungkin itu yang terdetik dihati mereka.Lalu,hari demi hari mereka mula berkawan semula.Namun,ianya hanya sebatas nama sebuah persahabatan dan tidak pernah mereka mengungkit kisah lama mereka.Walaupun berbeza agama dan budaya tetapi mereka tidak pernah mempersoalkannya.Malah,mereka menjadikannya sebagai suatu kelebihan yang tiada pada orang lain.Mereka menghormati  budaya masing2.Mereka juga pernah bertukar kuih raya dengan tanglung.Tetapi,entah mengapa perasaan persahabatan itu bertukar menjadi suatu perasaan yang sangat indah.Tetapi masing-masing cube untuk menidakkannya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Dalam diam Umi Qazrina cuba untuk mempelajari sedikit2 budaya Tan Hong Ming dan juga sebaliknya.Tetapi mereka hanya melakukannya dalam diam sahaja.Kelainan yang berlaku ini dapat dihidu oleh sahabat mereka iaitu Orked.Orked mengagak sesuatu berlaku antara mereka.Lalu,Orked cuba mencari kepastian dengan bertanya kepada mereka secara berasingan.Dan daripada simptom2 yg ada orked mengagak bahawa mereka sudah jatuh cinta!!!

Dilema bermula

Bagi Umi Qazrina,ia merupakan suatu kesalahan untuk mencintai sahabat sendiri.Lagipula dia berbelah bahagi kerana keluarganya sangat berpegang teguh pada agama.Dia bimbang keluarganya tidak akan dapat menerima kehadiran Tan Hong Ming.Dan juga ibunya pernah berpesan bahawa ibunya hanya mahu bermenantukan seorang lelaki yang soleh yang boleh membimbing umi ke jalan kebenaran.Dalam masa yang sama ibunya memperkenalkannya dengan seorang lelaki yang sangat baik.Mempunyai ciri-ciri menantu kesayangan semua ibu mertua.Pandai mengaji alQuran,pandai melakukan kerja rumah [bertukang],memiliki otak yang cerdas dan bertanggungjawab pada familynya.Pendek kata dia memiliki ciri-ciri suami idaman setiap wanita.Umi menyenangi sikap lelaki itu tetapi dia berasa lelaki itu terlalu baik untuknya sedangkan umi hanya seperti  remaja yang lain yang selalu bersuka ria dan kadang-kala suka melakukan perkara-perkara yang sengal.Tan Hong Ming?baginya biarlah Tang Hong Ming lebih cintakan agamanya drpd mencintai dirinya.
Bagi Tan Hong Ming pula,masalah agama merupakan masalah terbesar yang harus difikirkan.Ya,mungkin dia mencintai Umi tapi adakah dia bisa mencintai agama Umi??Itu merupakan satu-satunya perkara yang memusykilkannya..Apakah perlu dia menukar agama demi cintanya pada Umi?Bagaimana pula kalau suatu hari ditakdirkan dia bercerai atau bergaduh dengan Umi ??Keputusan itu adalah keputusan yang akan merubah kehidupannya.arghhh!!!sungguh complicated~

Jadi,Apa pengakhiran cerita mereka??haaaa,lu pk la sendiri..;p

1 comment:

  1. Pengakhiran cerita adalah Tan Hong Meng akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan juga Umi.

    ReplyDelete