Friday, October 7, 2011

PMS oh PMS !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera (ala-ala yb nak berucap)
PMS??
Bagi perempuan PMS nih dah familiar sangat kat kepalahotak kalian kan?
bagi lelaki plak agk-agak macam penah ku dengar tapi dimana ya??
(^,~)''



Whatdefish is that
oke.mari mendefiniskannya!
PMS = PreMenstrual Syndrome/Sindrom Pra Haid
atau dalam bahasa seharian dia
gejala-gejala yang dihadapi seorang wanita menjelang haid
(oh,baru pakcik paham!)
tau x korang,
kajian dah dilakukan
dan didapati sebanyak lebih kurang 150 gejala
yang dialami oleh wanita yang berbeza seluruh dunia!
tapi,kebiasaannya gejala-gejala nih just gejala kecil yang tak memudaratkan
tapi,bakal meng'annoyingkan orang sekeliling.hohoh


ade 3 aspek gejala yang biase terjadi:

i.Gejala tingkahlaku
lesu, insomnia, pening-pening,MENGIDAM MAKANAN TERTENTU (ape kau ingat perempuan mengandung je ke boleh mengidam?), makan secara berlebihan.

ii.Gejala Psikologi
panasa baran, mudah marah, kemurungan, mudah nanges, keliru (blur), pelupa, tekanan perasaan, trase lonely, trase xyakin

iii.Gejala fizikal
sakit kepala, sakit bahagian dada, sakit belakang(pinggang), perut kembong (bukan boncet ya.ulang skali lagi.bukan boncet), naik berat badan, bengkak tangan dan kaki, loya.

tak semua gejala ni ade kat semua perempuan.setiap orang ade gejala yang lain.
Haa,ni baru gejala nak datang period.
bile period lagi la
nak menghadap senggugut lagi


senggugut??ape tu??
haaa,
senggugut ni plak orang kampung aku panggil  'dysmenorrhoe'
iaitu kesakitan pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki
sebab tu orang perempuan nih selalu dok pegang bawah perut time period
lelaki xprasan kan? bagus!! kitorang pandai cover~
senggugut ni sakitnye depends kat orang
ade yang rase biase-biase je
ade yang sakit teramat sampai nak pingsan
berpeluh-peluh,pucat muka
trase macam nak beranak
nak tido pon xboleh,nak berdiri pon xsenang
yang boleh cume meringkuk macam kedudukan baby dalam perut
seriously sangat xselesa!

macamane nak ilangkan senggugut ni ye?
hurm,dulu aku pernah alami senggugut yang sangat teruk
sampaikan kena ponteng satu hari kalo period time sekolah/keje
menangis-nangis sebab terlalu xtahan, muke xyah cakapla
zombi pon takot kot tengok (hiperbola!)
macam nak beranak kembar siam (haha. macam penah beranak je kaw!)


so,mule-mule akak aku bagi telan ubat senggugut.
ubat khas untuk senggugut
then, the next period kalau senggugut je nak makan ubat
xdapat ubat tuh aku telan paracetamol
but one day, ade orang cakap (xpasti sape)
x elok amalkan makan ubat
kesannya masa tua nanti dowh! (xyah dowh sangat r!)
jadi,akhirnye
aku mengambek keputusan wat tradisional style
boh ayaq suam kat botol then tuam kat bahagian yang saket tuh
(warning!jangan bubuh ayaq panas nanti melecur kang)


dan aku pasti ade banyak lagi rawatan alternatif selain dari makan ubat kan?
kenape aku tibe-tibe bercerite pasal bende alah ni
bukan ke sepatutnye ia rahsia perempuan
no,please open your mind guys
lelaki perlu tau pasal bende ni
so that, dorang boleh faham kenapa adakalanya perempuan bersifat 'split personality' tibe-tibe
dan supaya mereka tahu bahawa wanita ni kuat dan tabah nak tahan 'penyakit' ni tiap bulan
cube lelaki senggugut.tak ke buruk rupenye menahan sakit tuh? :P
untuk perempuan pon
seharusnya kita meng'cover'kan diri
jangan sampai kantoi sebab mak aku cakap ni berkaitan maruah kite sebagai perempuan


jadi,pesanan aku
lelaki : fahami sahabat/kekasih/isteri/adikberadik/ibu anda jika mereka tibe-tibe berubah tingkahlaku
alah,kejap je tuh.pandai-pandai lah ambik hati keyh~
perempuan : jangan tunjuk sangat 'split personality' tu kat lelaki.kalau boleh buat macam biasa je.
biar mereka yang tertanya-tanya 'tarikh keramat' kite nih.tapi kalau anda sudah berkahwin anda wajib bagitau suami ok! haha dan tabahla menghadapi pms dan senggugut.we can do it!

psst : kadang-kadang orang period nih boleh habeskan 2pinggan nasik beriyani.jadi, lelaki sile jangan pelik ye.

No comments:

Post a Comment