Friday, December 16, 2011

Bila Perempuan Menangis

Kenapa perempuan boleh menangis hanya kerana seorang lelaki? Bukan sebab untuk dijadikan senjata meminta simpati, bukan juga untuk menunjukkan kelemahan diri tapi hanya pabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata - mata kerana anda




So, lelaki.. Ingatlah
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya
Bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan
Berbaloikah dia menangis,
Di hadapan anda
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tak mampu lagi untuk menangis dalam hati,
Kesedihan yang dirasai menjadi semakin berat untuk disimpan




Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir
Jika sidia menangis hanya kerana anda
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali dimana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya

Fikirkan,
kerana suatu hari nanti
Ianya mungkin terlambat untuk menyesal
atau untuk ucapkan 'maafkan saya'


Guys, 
kalau seorang perempuan menangis kerana anda
Janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan
Beradalah di sisinya, temani dia,
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda

Guys,
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
Janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih perlukan anda
kerana anda akan merosakkan hidup dia

Guys, 
jangan pernah mengungkapkan cinta anda kepada seorang perempuan
selagi anda belum benar - benar yakin dan bersedia untuk bercinta
Kerana anda hanya akan membuatkan dia menangis dan sengsara
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura - pura melupakan cinta lamanya
terutama cinta pertama, tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.



No comments:

Post a Comment