Saturday, December 3, 2011

misteri balik pulau

Assalamualaikum,
kali ni aku nak cerita tentang kisah misteri kat Penang plak
tapi yang ni bukan cerita aku
aku dapat daripada forum yang dikongsi oleh wawa (yang juga dia kongsi dr boyfienya)
 Balik Pulau ni nak kata berhantu takde la sangat
sebab alhamdulillah setakat ni xpernah kena kasau (kacau versi style bita cakap)
even dah berkalikali (padahal 2x je pon) lalu kawasan situ memalam buta

firstly,
biar aku kasitau dulu macamane rupe jalan balik pulau
balik pulau ni jalan die berlikuliku a.k.a jalan initial D
dan jalan situ memang sangat challenging
sebab korang memang nak kene lalu koner maut memanjang
dan balik pulau akan bertukar jadi tempat yang menyeramkan gila
bila hari beransur malam

nampak tak jalan ''initial D'' tu
sebabnya kebanyakan jalan kat bukit balik pulau tu takde lampu jalan
dan kalau korang jatuh gaung xkan ada sapa perasan
sebab kat situ sangat jarang ada kereta yang lalu
(kecuali orang yang xda keja memalam buta je yang nak lalu situ)
cerita ni agak panjang tapi quite interesting
berdasarkan cerita sebenar insan bernama TT (aku pon tak kenai sapa)

here we go..

cerita ni jadi tahun 2009. time tu aku naik kereta.aku dengan membe aku penuh 1 kereta. aku ni memang jenis bangsa yang suka merayau tengahtengah malam. cerita ni jadi malam jumaat. Aku ni memang taksuka drive walaupun naik kereta sendiri so aku suruh membe aku, G drive. As ni pulak badan besar so dia kena duduk depan. Kami 3 orang badan kecik duduk belakang. Kami start round island dari Gelugor naik ikut balik pulau. So, jalan dia lebih kurang Gelugor > Balik Pulau > Teluk Bahang > Batu Feringghi > Gurney > Gelugor. Kami bertolak dalam  pukul 1 pagi. Selalu round island ni kalau bawak slowslow dalam 2 jam lebihla. Kitorang naik Balik Pulau tu macam biase je tapi memang sunyi. Lepas kawasan bukit, kitorang akan lalu kawasan pekan balik pulau dalam 20 minit sebelum sampai ke kawasan bukit lagi 1 (bukit ni angker gila). Korang takkan jumpa sebijik kenderaan pun lalu bukit ni time tengah malam kecuali orang gila cam kitorang.hehe..

Time jalan kat pekan kitorang masingmasing celupar la tambahtambah aku dengan si wan ni. Aku cakap kat wan ''aku mintak hang nampak mak lang (langsuir) tapi aku taknampak'' wan ni pulak cakap ''hang duduk tepi tingkap, hang la yang patut nampak'' memang kitorang bising gila time tu. Time nak masuk kawasan bukit ni , masingmasing dah start takut sikit. Semua tutup tingkap, pasang aircond. Bukit ni orang penang panggil Bukit Titi Kerawang. jalan ni amek masa 30 minit untuk sampai ke teluk bahang, Jalan 5 minit baru ada 1 tiang lampu, memang gelap tahap cipan la. Jalan bukit bukau penuh dengan corner baring. Dekat sini bermula cerita seram kitorang....

Kitorang dah separuh jalan dari bukit titi kerawang ni sebab tengahtengah ada air terjun. Lepas kitorang lalu je kawasan air terjun tu, selalunya amik masa 15 minit untuk sampai ke empangan Teluk Bahang. Tapi lepas 45 minit kitorang masih lagi lalu tempat yang sama 2x. Time ni sorangsorang  start diam. Kitorang memang hafal la jalan bukit ni. Sepatutnya lepas je satu selekoh ni mesti nampak empangan. Kitorang dah lalu selekoh ni tapi still kat tengahtengah bukit. 2X jadi benda yang sama. So, maknanya kami dah 3x berada di tengahtengah bukit balik. Semua sedar dah tapi masingmasing tak mau tegur. Si G tutup radio dan kami diam. Kali ke 3 lalu selekoh terakhir ni kami baru nampak empangan tu. Kami pon lega la sebab dah tau kami memang nak keluar dari kawasan tu. Memang kebiasaan kami akan berhenti kat empangan setiap kali round island. Kami pon berhenti cam biasa. Turun je keta si as ni start tanya ''hampa takrasa lain macam ke tadi? kitorang jawab '' tula, rasa macam kita lalu tempat yang sama ja''. Tibatiba G ni cakap ''hampa jangan sembang pasal benda ni, satg balik baru crita la''.

 Lepas 15 minit kami teruskan perjalanan. So, sekarang kitorang kat area Teluk Bahang nak ke Batu Feringghi. Lalu 1 jalan lurus yang panjang sangat dalam 3km sebelum start jalan bukit balik. Kat jalan lurus ni G tibatiba boleh jerit ''hampa tengok depan'' sambil tangan tunjuk kat depan keta. Dalam 300meter depan kete tu kitorang nampak 1 objek putih melintas.. Memang semua orang nampak. Kalau ponti selalunya seorang dua je yang nampak. So, aku fokus betul kat tempat yang benda tu melintas. Sampai je tempat tu aku suruh G slow. Aku tengok kiri kanan. Korang tau apa yang aku nampak? sebelah kiri : rumah tinggal, sebelah kanan : kubur cina.pergghh, time tu tanpa segan silu aku suruh G bawak lajulaju.

Lepas kitorang blah dari kawsan kubur tu, kitorang lalu jalan Batu Feringghi plak. Still jalan berbukit. Then kitorang masuk area bukit terakhir sekali iaitu bukit salbiah (mount erskine). tempat ni diberi nama bukit salbiah sebab ada kes bunuh dan buang mayat kat sini. Mangsa bunuh tu namanya salbiah. Kes ni sekitar tahun 80an taksilap aku. Korang penah dengar cerita ni?? Time masuk bukit salbiah tula kami kena kacau lagi. Sampai je kat area bukit tu, kami dengar bunyi macam ada benda jatuh atas bumbung kereta.DUMM!! kuat gila bunyi tu.. G nak berhenti tapi tapi aku cakap jalan je. Nanti la kita tengok sebab area tu sunyi sepi. langsug takda kereta. 

Kitorang teruskan perjalanan tapi dua tiga minit lepas tu As ni cakap ''wei, korang tengok tingkap''.. Kitorang semua pandang tepi dan nampak ada kain putih terjulur turun dari keduadua belah.. Kiranya ada sesuatu la atas kereta ni. Apalagi, masingmasing start baca ayat yang kitorang tau. Tapi still boleh nampak benda tu lagi.. Dalam beberapa minit lepas tu dah tak nampak kain tu. Tibatiba si Wan ni pulak cakap ''dia dok terbang ikut kita pulak''. Ruparupanya cik pon ni terbang ikut kitorang macam dalam cerita Jangan Pandang Belakang.. Muka dia jangan cakap la angker gila. Kami semua tunduk dan taknak pandang luar lagi. Si G bawak keta selaju yang mungkin untuk keluar dari kawasan bukit salbiah tu.. Lepas sampai kawasan yang banyak orang, kami pun angkat kepala balik dan tengok sekeliling manatau dia ada lagi.. Tapi tak nampak dah. 

Kitorang pon lepak kat Gurney dan cerita balik. Ruparupanya semua orang dapat rasa yang kami memang berpusing kat tempat yang sama time kat Titi kerawang pusing 3x tempat yang sama. Si G marah gila kat aku dengan wan sebab kami yang paling celupar sekali. Dia cakap ''nak tengok sangat kan. la ni dia siap ikut lagi. Satg ikut hampa balik rumah la''. Aku menggunakan kuasa veto tuan keta cakap ''kita balik lepas subuh jela, lepak sini dulu. So, kalau korang rasa nak jumpa bendabenda camni, pegila tempat sunyi dan mulut biarla takde insuran cam kami. Kompem dia datang..''

psstt : untuk cerita lain korang boleh baca kat sini Malay Forum.. terimakasih sebab baca sampai habis (n,n)

No comments:

Post a Comment