Friday, December 2, 2011

kenapa aku bertudung

Assalamualaikum,
alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk berblog

bila aku tengok budakbudak zaman sekarang
aku jadi teringat zaman aku duludulu
berbeza sangat

dulu kita main lastiklastik burung dialam nyata
sekarang diorang main lastik burung dialam maya
dulu kita main pondokpondok, kawinkawin,masakmasak
sekarang diorang boleh siap bukak bisnes lagi kat alam maya.
dan yang paling sedih, depa pun pandai main kawinkawin yang 'real'

ya,
aku pon pernah mude
dan kalau nak dibandingkan dengan aku yang dulu
jauh berbeza dengan sekarang
jangan kate kesedaran bertudung, nak tutup aurat pon susah
dan aku pernah leka 
mempamerkan rambut ( yang kononkonon cantik)
dan berpakaian seksi (skirt pendek dah jadi pakaian ruji)
 even just nak ke kedai depan rumah sekalipun

tapi alhamdulillah,
sejak masuk asrama (umur mase tu 13tahun)
mata aku semakin terbuka untuk bertudung
masa tu takde sesiape pon yang mendorong aku untuk bertudung
mulamula sebab ikutkan peraturan asrama
tapi lamelame aku semakin selesa dengan cara camni
dan ade jugak beberapa sebab kenapa aku bertudung
(yang ni aku amek daripada facebook dan aku bersetuju dengan apa yang diorang tulis)


1) Tuntutan agama Islam yang suci, 
 Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.Nauzubillahiminzalik.

2) Lebih cerdik,selesa dan sihat
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik. Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala. (tapi kena pandai jaga kebersihan rambut,jangan sampai anda yang menternak seranggaserangga tu)

3) Tidak membazir
Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun  untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!


4) Lebih sopan dan manis
Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis.
(betul kan lelaki?)

5) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!


6) Menjadikan diri anda “Mahal”
 Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
(^^,)V

7 ) Lebih dihormati dan dihargai
Wanita bertudung lebih dihormati ramai,setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

8.) Lebih disayangi oleh ALLAH
 Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.InsyaAllah

9.) Calon Isteri J
 Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. 
(lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya)



psstt : kepada yang bertudung tu, jagejage la tingkahlaku tu. jangan kerana anda seorang, semua wanita bertudung mendapat nama. (n,n)

No comments:

Post a Comment